129 Ahli Parlimen sokong luluskan usul kerajaan mengenai kenaikan harga minyak

Monday, June 23, 2008


23/06/2008 7:51pm

KUALA LUMPUR 23 Jun – Usul kenaikan harga minyak dan barangan yang dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad telah diterima oleh Dewan Rakyat selepas 129 wakil menyatakan persetujuan mereka.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika membacakan keputusan itu berkata, sebanyak 78 Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan usul tersebut yang dibahaskan selama tujuh jam.

Keputusan itu dibuat secara undi belah bahagi selepas sembilan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan sembilan daripada pembangkang membahaskan usul tersebut.