Saiful dilindungi polis, Anwar tak perlu..

Tuesday, July 22, 2008


Saiful dibayar untuk dedah, perangkap Anwar?

Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak dibayar untuk membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa telah meliwatnya, kata peguamnya Zamri Idrus.

Menafikan dakwaan terhadap teori konspirasi sesetengah pihak bahawa beliau dibayar oleh pihak tertentu untuk membuat laporan polis, peguam Mohd Saiful berkata: "Itu tidak benar."

Zamri, yang mewakili bapa Mohd. Saiful, Azlan Mohd Lazim pada satu sidang akhbar hari ini, beria-ia menafikan dakwaan bahawa anak guamnya adalah seorang homoseksual.

Zamri berkata, beliau percaya dan yakin dengan kes Mohd Saiful.
Bapa saudara Mohd Saiful, yang hanya mahu dikenali sebagai "Uncle Pet", berkata gambar Mohd Saiful dengan beberapa menteri diperoleh semasa beliau menjadi pemimpin pelajar dan Mohd Saiful tidak mengenali mereka secara peribadi.

"Saya rasa kalau manamana ketua pelajar pun pasti akan mengambil gambar dengan menteri sebagai kenangan. Memang dia tidak kenal manamana (menteri)," katanya.

Bersetuju dengan pendapat Uncle Pet, Zamri berkata: "Anda boleh mengambil gambar dengan sesiapa sahaja anda suka. Gambar tidak menceritakan apa-apa. Ia hanya gambar. Dan dalam masa itu (Mohd) Saiful merupakan bekas pemimpin, ketua pelajar semasa di universiti."

Zamri, yang mengakui menemui Mohd. Saiful beberapa hari lepas, berkata anak guamnya pada masa ini "selamat" di bawah perlindungan polis dan sihat.
Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan di mana Mohd Saiful berada.

"Kami tetap teruskan kehidupan. Ini kerana kita orang Islam, kita berserah kepada Allah.

"Selagi kita berserah kepada Allah, bantuan tetap akan datang. Itu sahaja," kata Uncle Pet ketika ditanya mengenai keadaan keluarganya dan bagaimana mereka menghadapi saatsaat sukar ini. BERNAMA