Berbuka puasa di gerai terapung - Tranungkite Online

Thursday, September 25, 2008


Bebarapa hari lalu, berlangsungnya majlis berbuka puasa yg dijayakan oleh para ahli sebuah laman web yg agak'disegani' di negara kita ini, ia lebih dikenali dengan TKO @ Tranungkite Online. Walaubagaimana pun hanya sebahagian ahli ahlinya yg tinggal didaerah ini mengadakan majlis itu.. dan ia juga merupakan inisiatif rakan rakan itu sendiri, iaitu bagi ahli ahli diperingkat daerah .

Maklumat yg diterima laman tersebut juga akan mengadakan majlis yg sama selaras dengan acara dialog yg akan diadakan di akhir ramadhan nanti serta mengundang ahli ahlinya diseluruh negara khas nya.

Majlis tadi diadakan disebuah gerai terapung yg satu satunya terdapat didaerah ini, keheningan petang itu jelas sekali dan ada beberapa ahli yg hadhir merasa agak 'kelainan' dek terasa imbalan gerai itu beralun perlahan ditempuh arus sungai di petang itu dan sesekali air berkocak dibirainya.
Mana mana ahli yg tiba lebih awal tu, sempat juga bermain main buaian bersama anak anak masing masing di taman rikriasi di tebing berdekatan dengan gerai tersebut.

Dimajlis itu turut dihadiri pengerusi kelabTKO timur, bagi laman web itu. Dimaklumkan juga ada dua orang ahli perempuan dari Kuala Lumpur yg hadhir dan mungkin beliau ada tugas disini lalu 'menyuarakan' hasrat untuk sama sama berbuka puasa dengan ahli ahli tempatan yg lain. Seramai 21 orang yg menghadiri majlis ini.

Semasa 'geng' enak menjamu selera, kita orang berbincang bincang sama ada akan ke jemputan undangan dari webmaster ke majlis yg diperkatakan tadi, dan beberapa orang ahli telah menyatakan persetujuan untuk kesana nanti.



Ketika majlis hampir bersurai, kami dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki yg tak dikenali yg tiba tiba datang bersalam dan mengenalkan diri yg beliau juga merupakan seorang ahli laman web yg sama tetapi berbuka dalam group yg berlaianan di tengah tengah gerai itu, beliau memperkenalkan "odey" sebagai nickname nya. Kami turut gembira dengan perkembangan itu.
Terdapat juga seorang "muda" belasan tahun yg baru saja mendaftar sebagai ahli pada hari itu, beliau memperkenalkan nickname nya "selendanglima" dan beliau adalah anaknda kepada "selendangtujoh", pengirim berita ini hanya tersenyum melihat gelagat masing masing pada petang itu, dan selamat berbuka puasa pada mereka yg berpuasa seandainya tiba waktu berbuka.
- pulau penyengat 08/Em-JR/sumber tranungkite.net