Hanya kerana lapuran akhbar Teresa Kok merengkok di akta ISA

Sunday, September 21, 2008


Exco kanan negeri Selangor Teresa Kok, melahirkan kedukacitaannya terhadap badan pemerintahan dinegara kita hari ini. Ini berikutan dengan gara gara penahanan beliau dibawah akta ISA yang dikenali juga sebagai 'sumbat kepenjara tanpa bicara'.

Kekesalan exco itu disuarakan selepas pembebasan nya beberapa hari lalu, yang lebih mendukacitakannya siasatan keatas beliau yg juga ahli parlimen Seputeh itu langsung tiada memenuhi etika sebenar kaedah yg membabitkan kes ISA, kerana hanyalah berdasarkan lapuran sebuah akhbar ia itu utusan malaysia yg mengulaskan pasal isu azan, tulisan jawi juga UTM membuatkan beliau terseret ke penjara. Katanya pihak siasatan polis tiada mengemukakan sebarang bukti dalam kes itu kecuali hanya membangkitkan isu isu tadi.

Teresa Kok menafikan dua tuduhan tersebut ia itu mengajak penduduk Kinrara menyerah petisyen bantahan seruan azan di masjid Kinrara dan dikatakan beliau turut memohon peruntukan JAIS sebanyak 30% untuk diagih agihkan kepada badan badan bukan Islam. Hanya kes tulisan jawi beliau terlibat bersama sama penduduk menegur DBKL kerana dengan sewenang wenangnya menukar papan tanda tanpa memikirkan kos wang awam.

Beliau terus berkata kalau setakat soalan soalan isu itu yg hendak di bangkitkan oleh pihak polis ia nya tak perlulah menahannya dengan menggunakan akta ISA, cukuplah dengan memanggilnya untuk memberi keterangan dimana mana balai polis. Tak sepadan dengan kesalahan yg menjebakkannya di bawah akta ISA banyak lagi kes kes yg lebih berat yg perlu diambil kira berhubungan dengan akta ISA itu. Apatah lagi hanya disebabkan dengan lapuran sebuah akhbar yg belum tentu kesahihannya lagi, beliau merengkuk di penjara.

Teresa juga berharap pihak polis dapat menyiasat penulis artikel utusan malaysia Zaini Hassan dan editor2 terbabit bagi membuktikan kesahihannya, termasuk Khir Toyo sendiri ekuran kes tersebut. Serta beliau sendiri takkan teragak agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap ketiga tiga pihak yg terbabit... Malaysia boleh!

- matjejakrasul/r/mStar