Tumpuan, pergolakan dan Anwar Ibrahim

Friday, September 12, 2008


Tak perlulah kita sebuk memperkotakkatikan, apa yg seringkali dihamburkan oleh saudara Anwar Ibrahim yg saban hari cuba menjinakan lebih 30 orang ahli parlimen untuk menyertai program penubuhan kerajaan Malaysia baru nya, Pakatan Rakyat itu.

Seharusnya kerajaan sendiri ataupun BN hendaklah lebih menumpukan kepada masaalah2 yg dihadapi kerajaan mutakhir ini, dengan kepelbagaian peristiwa yg berlaku sepertimana kes rompak bunuh diawal ramadhan ini, cukup menghiriskan perasaan kita.

Kerajaan/BN cukup perihatin melayani tindaktanduk pergerakkan Anwar Ibrahim dengan serba satu pengharapannya untuk melaksanakan harapan yg belum pasti, sehinggakan diri sendiri mula nampak keretakannya, inilah yg perlu sekali di titikberatkan. Diakui juga tak semestinya hasrat saudara Anwar ini di nafikan begitu saja. Seolah olah teori Anwar ini cukup menghantui lamunan para pembesar tanah air.

Apa yg perlu dibimbangkan, apa perlu kita rasa curiga, apa perlu diperahkan otak memikirkannya? tak perlu gusar kerana semuanya masih kukuh, semua ahli parlimen di Malaysia timur tetap setia. Bukankah planning Anwar ini hanya omong kosong semata? dan hanya buang masa melayani mimpinya?

Media arus perdana setiap inci saban ketika melaungkan kekebalan, kekuatan, kesetiaan dan apabila difikir selapis lagi seolah olah menafikan kekuasaan yg maha kuasa, na'uzubillah!
Apa yg perlu digusarkan sangat matlamat picisan ini?

Kita perkasakan.. tapi dah mula bertukar kemesraan, tiap bulan melawat Malaysia timur, bajet tahunan melambai kasihsayang. Dengan kekuatan yg ada kesetiaas yg jitu apa perlu 'penculikan 49 ahli parlimen ke Taiwan"? kalau setakat hendak belajar pertanian tu, hanya menambah scrip yg lucu sahaja. Dengan kekebalan yg ada tak perlulah nak buat 'upacara sumpah bersiri' sepertimana tika piliharaya kecil baru2 ini.

Perkemaskan keluarga dahulu yg sekian hari menampakan riak nya, apa cerita dengan kepercayaa parti SUPP? apa cerita dengan matlamat dua beranak Mukhriz dan ayahndanya?
Apa kesah dengan Ku li? dan yg terbaru ini dengan ucapan Muhyidin Yasin berhasrat agar peralihan kuasa di percepatkan. Ahli parlimen Kimanis Anifah Aman sudah beberapa kali menegur dan buat peringatan tentang pekara ini. Begitu jua ngan ahli parlimen Mas Gading Dr.Tiki Lafe pula berkata 'parti2 komponen BN yg lain mula berasa bimbang' dengan pergolakkan ini, tanda2 krisis nula nampak tambahnya, ekuran ucapan Muhyidin itu.

Pelbagai peristiwa mula menyerlah kini, kes penggantungan Dato Ismail Ahmad di Pulai Pinang.
Kelmarin penghijrahan beramai ramai para pemimpin bahagian dan penyokong di negeri sembilan ke PKR.. dan fikir fikirkan sendiri!