Ustaz Mohamed Bello diarah ceraikan 82 orang isterinya

Monday, September 15, 2008


Dari segi hukum syariah Islam, sesaorang lelaki itu hanya dibolehkan menpunyai 4 orang isteri sahaja dalam satu satu masa. Hal ini amat berlawanan dengan seorang lelaki Islam yg mempunyai isteri lebih dari jumlah tersebut, pekara ini telah berlaku di negara Negeria.

Pemimpin agama dan masyarakat tempatan di Bida, sebuah bandar di tengah negeri Niger, memberi tempoh sehingga Ahad lalu untuk membolehkannya mematuhi undang-undang Syariah yang membenarkan seorang lelaki hanya mengahwini empat wanita.

Baru baru ini sebuah mahkamah disana telah mengarahkan seorang 'ustaz' yang berusia 84 tahun yang mana beliau mempunyai 86 isteri supaya menceraikan 82 isteri isteri nya itu, sebelum pihak mahkamah mengambil tindakan yg sesuai keatas nya. Retetan dari peristiwa tersebut beberapa orang pegawai setempat mengamcam untuk mengusir ustaz tersebut ia itu Mohamed Bello Abu Bakar dari perkampongan mereka.

Mohamed Bello yang menpunyai 170 orang anak itu, dalam petisyennya manganggap ugutan itu sebagai menganggu hak kebebasan, keselamatan dan peribadi keluraganya.

Hakim mahkamah tinggi G.Kalawole berkata 'pemohon telah diberi banyak masa untuk bebas menjalani kehidupan dan bergerak kesana sini' dan mahkamah menangguhkan kes itu sehingga 18 september ini atau pun dua hari melewati 16 september hari yg di war warkan oleh PR untuk menubuhkan kerajaan Malaysia Baru, walau bagaimana pun itulah hanya jangkaan sahaja.

Mohamed Bello juga menerima ancaman bunuh selepas media di Nigeria melaporkan kisah hidupnya yang mempunyai isteri yang terlalu ramai.

- labu labu..