ada kuasa aku berbisa, tanpa kuasa aku bersisa

Thursday, October 16, 2008

Begitulah hari bertukar hari, tahun berganti tahun dan PM kita sileh berganti. Siapa yang ada 'power' dialah tersanjung, siapa yg berkuasa dialah beruntung. Ketika bersalam terus memeluk, tangan dicium hingga ke siku dan inilah bukan permainan kata kata dah bertelas dihadapan yang nyata. Bukan iri hati tetapi telah terbukti.

Bak kata Johari Baharom timbalan menteri di jabatan perdana menteri, "saya lihat kini sudah ada pihak yang melarikan diri dari Pak Lah" pada saat saat akhir khidmat beliau.. tambah nya, beliau sudah melalui pada zaman Mahathir dulu, dan segala apa yang dilalui Tun Mahathir itu akan di lalui pula oleh Pak Lah sekarang ini.

.. dan ada sebuah tajuk berita di media perdana berbunyi "Anggota kabinet di selar, mula jauhi Pak Lah"..

Sebagai satu contoh, tadi ada berita diakhbar2 yang mana Abdullah Ahmad Badawi PM kita mengarahkan para peniaga menurun harga barang dek kerana penurunan harga minyak, cuba pastikan peniaga mana yg menerima pelawaan ini? sebagaimana yg diketahui beliau bakal bersara beberapa bulan lagi dan pengaruhnya sudah mula pudar. Peniaga terus bergirang dan rakyat bawahan terus merubah cara hidup nya.

Dari sini kita boleh fikirkan, begitulah mentaliti bagi mereka yang ketagihan 'kuasa' apabila pengaruh sudah beransur hilang sanjungan dan belaian terus melayang. Seolah olah pengaruh wang juga merubah walau pun ia tiada mengubah.

Semoga kita semua dapat berfikir dan mengelak semua ini, merujuk kembali kejalan yang baik ke arah mentahuhidkan yang satu.

- eM-jr