"Aduh Saliha" turut mengundang pemimpin 3 parti

Monday, October 27, 2008






Penyanyi lagu 'aduh saliha' Mawi, dijangka melangsungkan perkahwinannya pada 20hb disember nanti. Sememangnya orang popular apabila mengadakan majlis sebegini yg pastinya pelbagai kesanimbungan diambil bagi mencernakan kemeriahan dan kenangan yg bakal dihadapi nanti. Tarikh 20 disember dibuat keputusan antara dua keluarga itu, telah ditanya adakah ada apa2 'simbolik' di sebaliknya, "tarikh itu sebenarnya tiada sebarang makna, cuma kebetulan dibuat pada cuti sekolah. Senang saudara mara nak datang" ucap beliau ketika diadakan sidang akhbar baru baru ini.

Selepas akad nikah majlis kenduri diadakan pula di stadium tertutup JB, pada sebelah malam nya yg diadakan pihak perempuan. “Ada dua lagi majlis resepsi yang akan berlangsung selepas itu iaitu untuk pihak saya, majlisnya akan berlangsung di Dewan Felda Taib Andak dan pada tahun depan, akan ada satu lagi majlis resepsi istimewa yang akan diadakan di Palace Of The Golden Horses. Nampaknya dua tahun berturut-turut majlis perkahwinan saya berlangsung,”ujar Mawi berseloroh.

Antara atucara yang bakal di adakan, termasuklah:-

  • Sabtu, 20 Disember 2008 - upacara akad nikah di Johor Bahru
  • Sabtu, 20 Disember 2008 - majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup JB
  • Sabtu, 27 Disember 2008 - malam konsert Mawi di Padang Felda Taib Andak, Kulai
  • Ahad, 28 Disember 2008 - majlis resepsi keluarga Mawi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai
  • Ahad, 11 Januari 2009 - majlis resepsi istimewa di Palace Of The Golden

  • Majlis resepsi di Palace Of The Golden agak teristimewa kerana ramai pemimpin2 negara yg bakal diundang bagi memeriahkan lagi majlis itu nanti. Mawi yang dihubungi Harian Metro berkata, memang menjadi impiannya majlis bersejarah itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mawi menambah, sudah menjadi impiannya untuk menjemput para pemimpin ini, dan juga termasuklah Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishamudin Husien dan bekas pengurusi felda Datuk Yusuf Nor.

    Sidang akhbar itu telah diadakan di Theatrette Conference, Hotel Palace Of Golden Horses selasa lalu.

    - ref. nmjnh/w/press & eM-jr