Asam didarat ikan dilaut di Kelantan bertemu juga

Sunday, October 19, 2008


Umno dan Pas adalah diantara dua parti utama bagi orang melayau dinegara ini. Malah kedua kumpulan ini takdapat tidak tetap mengutuhkan pegangan masing masing berasama haluan yang berbeza.

Satu ketika dahulu pernah disiarkan artikel yg punyai motif hampir serupa, ia itu dua beradik dalam satu keluarga yang berbeza pegangan kepartian nya. Khalid Samad ahli parlimen Pas Shah Alam dan abang nya Sharil Samad ahli parlimen BN ia itu menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan kini giliran dua ADUN pula yang menjadi besan berasama dek kerana berlangsungnya perkahwinan kedua anak mereka.

Adun Bukit Bunga Mohd Adnan Kechik BN dan Adun Sg.Abong Johor Dr.Sheikh Ibrahim Salleh dari Pas. Mohd Adnan berkata perhubungan kedua mempelai itu tak perlulah dihalang kerana perbezaan parti bagi kedua orang tua masing masing kerana ianya tidak menguntungkan mana mana pihak. Sementara Dr.Sheikh Ibrahim pula berkata atas dasar kasihsayang agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan dihati bagi membahagikan anak masing masing.

Kedua dua pengantin ini pernah bertemu sebelum ini tika dizaman persekolahan tapi kerana perbezaan kerja org tua mereka berpisah dan bertemu semula di universiti yg sama dengan jurusan yg sama. Selama 3 tahun berkawan rapat dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan mendapat restu dari kedua orang tuanya. Selamat pengantin baru!

editor m/cahaya