gara gara demam 'debat' Agendadaily

Thursday, October 30, 2008


Untuk kesekian hari nya, pelbagai perdebatan telah diluahkan demi menjayakan debat yg saban hari di disebut mutakhir ini. Acara perdebatan diantara calun calun pilihan umno, yang agak ketara sekarang mereka ini masih lagi menerima pancalunan dari pelbagai cawangan di keputusan mesyuarat kawasan masing masing.

Agendadaily memainkan peranan nya dalam hal ini, demi merealisasikan lagi apa yang diinginkan untuk bakal menjadi kepastian. Beberapa orang tokoh telah disebut sebutkan untuk turut bersama menjadi pendebat dalam majlis itu. Menurut Agendadaily Siri debat itu melibatkan jawatan Timbalan Presiden (jika ada pertandingan) ,Naib Presiden,Ketua Pemuda UMNO,Ketua Wanita (jika ada pertandingan) dan Ketua Puteri UMNO.

Dikalangan mereka banyak andaian yg diberi, ada yang bersetuju dan ada disebaliknya dengan pelbagai alasan yg katakan. Ada yang berkata ianya adalan baik bagi memperkemaskan bakat kepimpinan, ada yang kata ia bagus sekiranya untuk menonjolkan dan bersebab, pendapat Dato Hishamuddin. Ada juga yang bimbang tentang pekara ini, takut pihak pembangkang mengambil kesempatan dan ada juga yang berkata Agendadaily mempunyai agenda tersendiri mengenai hal ini.

Ada juga yang membisu seribukata dan Muhyidin Yassin turut bersuara "ianya lebih banyak keburukan dari kebaikan" katanya selepas ditanya wartawan di satu majlis di Kuala Lumpur, tak perlulah diadakan tambahnya lagi.

Tika isu debat ini terus menjadi polimik, mursyidul am PAS turut menyentuh. Beliau menyokong ianya diadakan. Bagi membuat rakyat menilai kemampuan pemimpin nya, dalam gerakan Islam kita berhak menilai kemampuan pemimpin dari segi ilmu pengetahuannya, ketaqwaan nya mahu pun latar belakangnya.Kata Nik Aziz Nik Mat ketika bercakap di majlis Pusat Pembangunan Wanita Kelantan hati ini.

Jika debat dalam satu kem ini, ianya agak sukar berlaku, namun ianya juga boleh berlaku umpamanya 'Debat Olok Olok' yang agak riuh satu waktu dahulu.

-