.. he.. banyak nya cerita,.. pot.. pet.. pot.. pet..

Friday, October 10, 2008


Raya puasa sudah lama berlalu, sebulan kita menahan lapar dahaga serta hal hal yg kurang baik dari sudut agama kita dan kini bermula episod syawal juga masih mungkin ramai yg masih lagi belum menyambut raya 6.

Pelbagai 'documentry' mula memenuhi sajian kita, al kisah pertikaian replika Anwar Ibrahim nya, pelberantakan memenuhi jawatan timbalan perresiden, ketua pemuda UMNO dan sebagainya. Dengan parti Gerakan dengan kesah rumahtangga nya, apa pula dengan pengkesahan HINDRAF yg terus diperjudikan di media media utama mahu pun dengan isu hangat "kau pergi jua" duhai PM ku.. dan bermulalah era si-Najib memburu kerusi utama nya. Banyak perlu diambil kira dengan menjelangnya syawal ini, dan tidak ketinggalan juga dengan 'susulan' perletakan jawatan mufti Perlis yg terus berkocak dek pelbagai angkara.

Walau pun demam peralihan kuasa masih lagi belum reda sepenuhnya, kita semua bakal menempuhi pelbagai gelombang politik yang tidak menentu. Tanda tanda berantakan perkembangan politik tanah air semakin jelas mutakhir ini. Sama samalah kita semua dapat mengharungi gelombang ini dengan baik dan terus berfikir untuk kepentingan agama dan bangsa.