Jika Tentera Perancis terus serang, TLDM pula cuma bayar wang tebusan - episod Somalia

Saturday, October 4, 2008


Pada 2 september 2008 sebuah kapal layar Perancis 'Carre q'as' ditawan lanun diperairan Somalia, pihak kerajaan Perancis menghantar angkatan tentera lautnya yang memantau secara dekat oleh frigete le Courbet ke atas pergerakan kumpulan lanun itu selama sepuluh hari.

Tengah malam 16 september anggota2 komando tentera laut Perancis itu diterjunkan dengan payung terjun ditengah laut berhampiran tenggara Somalia. Pihak lanun itu meminta wang tebusan sebanyak 1 juta euro (RM4.8 juta). Lanun2 ini mempunyai sistem yang baik dengan menggunakan 8 hingga 10 anggota bagi sesebuah bot yg cukup laju dalam operasinya menyerbu kapal kapal yg ingin ditawannya, serta menggunakan senjata senjata yg baik. Bagi kapal kapal yg ditawannya, akan dibawa ke pelabuhan Eyl, Puntland diutara Somalia yg pernah mengistiharkan mereka bebas merdeka dari Somalia pada 1998 lalu.

Pihak angkatan laut Perancis terus menyerbu anggota2 lanun ini sebelum kapal layar yg ditawannya di bawa ke pelabuhan tersebut, yg mana disana anggota2 lanun ini begitu ramai untuk mengawasi kapal yg di tawannya. Dalam operasi serbuan itu tentera Perancis berjaya membebaskan semua tebusan dan membunuh sorang lanun dan menahan enam yg lain. Kesimpulannya, tebusan selamat dan wang tebusan gagal di miliki oleh lanun lanun itu.

Bagi TLDM kita pula, kerajaan menghantar KD.Kasturi dan KD.Inderapura bagi menyelamat dua buah kapal MISC Bunga Melati 2 dan sepuloh hari kemudian Bunga Melati 5 yg berlaku pada 19 ogos lalu. Runding punya runding maka tercapailah' kata sepakat' dan bergembiralah di lanun lanun itu menerima wang berjuta juta. Bila dibaca dimedia perdana, berapa jumlah tersebut, "o.. oo.. ini kita tak boleh hebahkan nanti apa pula anggapan pihak lain".. dan satu cerita lagi " ha.. ini adalah hariraya buat kita semua".. tebusan kita dibebaskan dan seorang terbunuh kerna peluru sesat.

Dibebas setelah dibayar atau kita dapat hadiah raya kerana setelah dibayar. Berapa jumlah wang tebusan kita tak tahu.. itulah kekuatan kerajaan kita dan TLDM yg diwar war saban ketika, sehinggakan lapuran Bernama 4hb10, menyatakan TLDM setaraf dengan Perancis, Kanada, Denmark, Endgland, Amareka dan Sepanyol semasa di Somalia dan sama samalah kita fikirkan.

- Em-JR/rf/B/Online