Shahidan Kasim mula berdendang

Thursday, October 9, 2008



Bekas MB Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Perlis tidak sambung kontrak Mufti Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.Katanya kepada wartawan petang Isnin sebenarnya kerajaan pimpinannya telah sambung kontrak berkenaan yang sepatutnya habis Oktober ini dua tahun lagi pada bulan Januari lalu.Beliau bertanya apakah kerajaan negeri nak bersikap seperti kerajaan-kerajaan di Afrika yang bila tukar pimpinan semua keputusan dah tak digunapakai lagi.Shahidan menilai Dr Mohd Asri sebagai seorang ilmuan Islam yang popular dikalangan rakyat.Beliau mencadangkan kerajaan-kerajaan negeri lain memberi tempat kepada Mufti Perlis itu untuk membolehkannya menyambung khidmat dalam bidang keagamaan.- a/daily