Aku & Ketua Pergerakan Wanita

Saturday, November 22, 2008



Image Hosted by UploadHouse.com

Saya bukan gila jawatan kabinet, kata Bu menteri kita Rafidah Aziz, malah sebalik nya ia ingin mengukuhkan kedudokan wanita umno dalam BN yg mana kalah teruk dalam pilihanraya ke 12 baru baru ini. Pekara ini dijelaskan nya apabila menyentuh hasrat naib ketua wanita umno Sharizat Ab.Jalil yg mengumumkan akan menentang beliau dalam kancah perebutan ketua dalam pergerakkan itu.



Kerja gila, jika ada orang yg berkata beliau akan mengekal jawatan ketua wanita hanya kerana menginginkan jawatan di cabinet, tambah si-menteri yg paling lama memegang jawatan dalam kebinet ini.

Seandainya beliau terus memegang jawatan tersebut, tidak semestinya pergerakan itu terus kukuh di persada politik hari ini sebagaimana yg didakwa nya sebelum ini. Jika pergerakan itu tetap kukuh di bawah kendalian nya, mengapa pula terlalu banyak cawangan di seluruh Negara mula beralih rasa memertabatkan Sharizat pula untuk meraih tempat utama pergerakan itu.



Takkan beliau sudah melupai pelbagai tindak tanduk nya sebelum ini yg begitu memualkan di kalangan regu nya sendiri. Pihak pembangkang juga terlalu banyak menghentam beliau dari segenap sudut, apa cerita dengan menantu nya malah Ezam Mohd Nor sendiri pernah mengaitkan dapa ni di muka pengadilan, namun ia gagal utnuk ke mahkamah.

Tun Mahathir juga dengan lantang menyuruh Rafidah memberi penjelasan isu yg membabitkan survival proton mahu pun AP yg cukup memuncak suatu ketika dahulu. Yang mana puan Rafidah ini Cuma menjelaskan hanya melalui surat sahaja kepada bekas PM itu, hal ini di anggap kurang bersopan, apalah salah nya jika beliau sendiri mengunjung Tun Mahathir untuk membuat penjelasan, malah Tun Mahathir bukanlah asing bagi nya.

Beliau agak terkilan dengan hasrat naib pergerakan wanita itu yang tidak mampu menunggu peralihan kuasa yg di jadualkan. Dalam lapuran Agenda Daily 22//11/08 beliau adalah menteri yg paling lama memegang jawatan di kabinet.

- an nur/editor