Bahasa yang puitis by ahli akademik

Monday, November 17, 2008

Rafiah dakwa khidmatnya tidak disambung kerana dia wanita

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa wujudnya prasangka jantina oleh kerajaan terhadap ahli-ahli akademik tempatan ekoran kontroversi selepas perkhidmatannya tidak disambung.

um rafiah salim interview 171108 05Sebagai wanita pertama dilantik sebagai naib canselor di negara ini, kontrak Rafiah tidak disambung dan beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu 48 jam sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.

Beliau dilantik menerajui UM pada bulan Mei 2006.

"Hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu di celah kangkang, maka kita tidak bagus," kata Rafiah kepada Malaysiakini di pejabat barunya di UM hari ini.

Bekas-bekas naib canselor UM - universiti tertua di negara ini - biasanya disediakan premis pejabat untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan.

Rafiah berkata ia amat menyedihkan kerana ada kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengajian tinggi dan "anda mengharap mereka bersikap lebih liberal dan maju dalam pemikiran mereka".

Rafiah, 61, adalah bekas pensyarah undang-undang dan bekas penolong gabenor Bank Negara.

Ditanya mengenai dakwaannya tentang berlakunya prasangka jantina itu, Rafiah berkata beliau mendapat baru-baru ini bahawa naib canselor wanita diberi kontrak perkhidmatan selama dua tahun, sedangkan naib canselor lelaki mendapat kontrak tiga tahun.

Ini termasuk kontrak perkhidmatan penggantinya, Prof Dr Ghauth Jasmon.

"Tidakkah ini [menunjukkan mereka] lebih yakin dengan lelaki berbanding dengan wanita," soalnya. - Beh Lih Yi/ref Malaysiakini