PEWARIS memilih PAS sebagai jalan terakhir...

Tuesday, December 30, 2008

29 Dis (Bernama) -- Kira-kira 300 anggota pertubuhan bukan kerajaan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) berkumpul di hadapan Stadium Bandar Baru Bangi dekat sini malam ini bagi menyerahkan memorandum meminta PAS membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Ketika itu sedang berjalan ceramah perdana bertajuk "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan sedikit kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Bagaimanapun selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Timbalan Pengerusi Pewaris Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Pewaris dan Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.


Katanya pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.


- refer Bernama, pening jugak ni..mengapa PEWARIS dan NGO ini memilih Pas sebagai jalan terakhir untuk mengatasi masaalah babi di Melaka? apakakah PAS boleh atau diberi kuasa autoriti oleh pemerintah secara luarannya melakukan untuk mengatasi hal ini?

Kenapa PEWARIS dan NGO ini tidak direct menyerah memo atau mengadu terus kepada Kerajaan kita? bukankah kita ada wakil yg dipilih rakyat untuk mengambil kira hal hal begini. Kita ada pemerintah, kita ada bahagian keselamata, kita ada badan kerajaan tempatan dan banyak lagi 'orang' yang berkuasa yg berkebolehan, kenapa tak pergi mengadu? dah banyak aduan katanya.. dan PAS adalah jalan terakhir..

Secara khusus nya Pas boleh mendengar aduan2 sebegitu dan paling kurang nya membawa pekara ini ke parlimen dan pergi ke selapis lagi boleh bermunajat. Yang agak pening nya napa diserah ketika majlis sesuatu acara lain sedang dilangsungkan, mengapa dipilih disuasana sedemikian. Macam ada sesuatu yg tersirat dah nyata apa yg tersurat. Fikir2lah sendiri.

- sekam tak berapi Kuala Rompin/08