Related Posts with Thumbnails

Archive

label


Dalam masa rakyat bercakap tentang kehidupan yang tertekan akibat kenaikan harga minyak, kesusahan dan kemiskinan, pemimpin UMNO bercakap tentang samada hendak menggunakan Mercedes E200 Kompressor atau Proton Perdana V6 Executive. Anggota Parlimen Kubang Kerian, YB Salahudin Ayob berkata, pemimpin UMNO sering bercakap tentang integriti, buat pelan integriti, namun rasuah menjadi amalan negara.

Beliau berkata pemimpin UMNO khususnya di Terengganu bukan berbincang bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat, tetapi berbincang tentang masalah kereta yang hendak digunakan oleh kerajaan.

”Bukan mereka bincang bagaimana nak mengeluarkan negeri Terengganu dari kemiskinan, bukan mereka bincang nak gunakan wang royalti minyak supaya sampai kesetiap rumah orang miskin,

“tapi hari ini tuan-tuan mendengar, dikedai-kedai kopi orang kampong mendengar, Menteri Besar Terengganu dan Perdana Menteri bergaduh tentang Proton Perdana dan kereta Mercedes,” ujar Salahudin dalam ceramah yang diadakan di Ma’ahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Jalan Kelantan dekat sini semalam.


Beliau berkata demikian dalam mengulas isu pertukaran kereta rasmi kerajaan Terengganu yang sehingga kini belum selesai dan menyifatkannya sebagai membuang masa dan memalukan Negara.

-sedutan B/Utama

Kereta Malaysia tak bermutu?


Kos senggara sebuah Proton Perdana V6 Executive dalam usia empat tahun mencecah sehingga RM175,229.97 - kira-kira RM45,000 lebih tinggi daripada harga beliannya iaitu RM130,000. Sebuah lagi ‘menghisap’ RM132,357.76 bagi tempoh yang sama.

Kos senggara yang sangat tinggi ini melibatkan kotak gear yang sering rosak walaupun dibaiki setiap kali mengalami masalah.

Begitulah pengalaman kerajaan negeri Terengganu yang memiliki 14 buah kereta nasional berkenaan untuk kegunaan rasmi para pentadbir kanannya. Akibat kos senggara yang sangat tinggi itu, kerajaan tersebut tidak mampu lagi menghabiskan wang rakyat untuk tujuan itu.

Sebaliknya, kerajaan pimpinan Menteri Besar Datok Ahmad Said itu membuat rumusan dan keputusan bahawa Proton Perdana adalah tidak sesuai untuk kegunaan rasmi para pentadbir dan akhirnya membeli 14 buah Mercedes Benz E200 Kompresor. Kos pembelian ialah RM3.43 juta.

Sebagai justifikasi atau menghalalkan langkah tersebut, Ahmad Said menonjolkan Mercedes Benz yang digunakannya adalah kereta yang telah digunakan sejak 18 tahun lalu dan masih boleh bertahan jauh lebih baik daripada Proton Perdana yang baru berusia empat tahun.

Kerajaan Negeri Terengganu juga mengesahkan kesemua kereta rasmi itu dipesan terus daripada EON yang memberi maksud ‘tidak ada kong-kalikong’ dalam pembeliaannya.

Jika benar kereta-kereta rasmi kerajaan negeri Terengganu itu menghadapi masalah yang sangat serius itu, Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) harus bangkit dari bangku empuknya dan menyiasat ‘what when wrong’?




ubah cara hidup.. perbanyakkan makan ubi dan ini cara nak mengatasi kenaikan harga minyak


Para peserta pelumba basikal tour of Qatar mengayuh melepasi tempat simpanan paip pain berhampiran Umm Said, Qatar.

Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian seorang mekanik dibelasah sewaktu kekecohan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) berkata, dia masih ingat wajah anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terbabit, menurutnya seorang yang "kacak".

"Saya boleh mengecamnya kerana dia seorang yang kacak," kata Lai Wai Chong, 34, ketika memberi keterangan dalam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

mahkota cheras fru assault youth victim chang jiun haur 100608Suhakam sedang menyiasat sama ada polis telah menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam insiden pada 27 Mei lalu.

Semalam, mekanik Chang Jiun Haur (kiri) dan adik perempuannya, Jiun Mein menceritakan bagaimana Chang didakwa diheret keluar dari keretanya dan dibelasah oleh anggota FRU.

Menceritakan semula apa yang berlaku, Lai berkata beliau masih ingat anggota polis terbabit kerana dia seorang yang 'kacak'. Menurutnya, anggota polis itu tidak memakai cermin pelindung topi keledar.

Bagaimanapun, Lai yang bekerja sebagai pemasang alat penggera, memberitahu siasatan tersebut bahawa dia hanya boleh mengecam anggota polis tersebut jika dia "memakai pakaian seragam yang sama dipakainya pada malam tersebut".

"Jika tidak, saya tidak dapat mengecamnya kerana saya tidak tahu sama ada dia botak atau tidak," katanya yang membuat hadirin ketawa.
'Jerit henti pukul'

Lai, yang merupakan saksi pertama hari ini berkata, beliau nampakoleh tiga hingga empat orang anggota polis berpakaian biasa, mengheret Chang keluar dari kereta. Mereka kemudiannya didakwa "menyepak dan memukul" mekanik tersebut.

"Apabila melihatnya, saya dan orang ramai di situ mula menjerit 'polis, jangan hentam rakyat!.

"(Tetapi) selepas kami menjerit, polis berhenti (memukulnya). Saya nampak dia (Chang) jatuh ke tanah dan dia disepak lagi," tambahnya.

Ekoran itu, kata Lai, mekanik tersebut cuba bangun dan ketika itulah dia dipukul oleh anggota FRU yang 'kacak' itu.

"Bila dia bangun, saya nampak anggota FRU itu meluru ke arahnya dan menggunakan perisainya untuk memukul orang itu (Chang) dan pada masa yang sama, menyepaknya. Saya rasa polis ingat dia mahu lari," tambahnya.

Ketika diminta menceritakan bagaimana anggota polis itu memukul Chang itu, Lai menjawab, dia menghentak Chang sekali dengan perisainya dan menyepaknya dua tiga kali di bahagian perut.

Siasatan awam Suhakam itu masuk ke hari kedua di ibupejabat suruhajaya tersebut di Menara Tun Razak di Kuala Lumpur.

Ia didengar oleh panel tiga anggota pesuruhjaya Suhakam yang dipengerusikan oleh Datuk Zaiton Othman. Dua lagi anggota panel tersebut ialah Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Datuk Khalid Ibrahim.

Siasatan tersebut yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama dua hari, telah dilanjut sehari lagi sehingga esok.

Seramai 12 saksi telah dipanggil setakat ini manakala 10 lagi saksi dijangka dipanggil memberi keterangan esok.

- oleh Rahmah Ghazali

Datuk Jins Shamsuddin tidak pernah berubah.Dari dulu sampai sekarang stailnya memang begitu...terus maintain .Orang yang tidak biasa boleh terperanjat dibuatnya.

Beliau ibarat kata orang…kalau kata A itu A dan kalau B itu B.Sebab itu ada orang yang tidak menyelami perangai dan caranya bawa mulut kata seniman terkenal ini agak lorat,tak mau dengar cakap orang lain dan lebih dari itu…sombong.

Wartawan Agendadaily sendiri tersentak ketika mula menyapanya di bawah pejabatnya di Hulu Kelang. “Nak buat apa kamera ni?” beliau bertanya ketika kami baru melangkah keluar dari kereta.

Bila diberitahu tujuannya untuk ambil gambar semasa interbiu,Jins berkata semasa temujanji dibuat kata nak interbiu saja tak sebut nak ambil gambar sekali.

“Jadi interbiu saja…tak boleh ambil gambar,”katanya sambil memberitahu beliau tidak berpakaian kemas kerana ketika itu hari Ahad.

Suaranya tegas membuat kami hampir putus asa.

Setelah beberapa ketika berbual kemudiannya beliau tiba-tiba beralih kepada anaknya Putera Hang Jebat yang kebetulan turut berada di situ.

“Pergi balik ambil bush jaket ayah,”katanya.Rumah Jins terletak tidak jauh dari pejabatnya di tepi Lebuhraya MRR2.

Selepas itu semasa berbual di dalam ruangan pejabatnya pula Jins menjelaskan beliau sebenarnya jarang sekali memberi interbiu kepada wartawan.

Katanya pernah dua orang bekas wartawan hiburan kanan akhbar arus perdana hampir menangis kerana beliau menolak permintaan mereka untuk mengadakan interbiu.

“Saya tak suka publisiti yang murahan….seperti hal-hal peribadi,pergi holiday atau beli rumah baru pun nak masuk suratkhabar.

Beliau menilai over publicity mengenai hal-hal remeh seperti itu adalah antara faktor yang menjejaskan imej seorang seniman.

“Saya tak kisah kalau interbiu berkisar tentang perkara-perkara yang berfaedah.Maksud saya apa yang saya cakap memberi faedah atau menambah pengetahuan kepada orang yang membaca,”katanya yang mula melibatkan diri sebagai pelakon pada tahun 1956.

Katanya bukan sekarang saja sifatnya begitu malah semasa jadi pelakon di Shaw Malay Filem Production di Jalan Ampas ,Singapura beliau jarang beri interbiu.

Dicelah-celah seriusnya itu Jins sering juga berjenaka misalnya ketika memberitahu beliau amat tidak gemar guna telefon bimbit.

Ketika dilantik sebagai Senator baru-baru ini saja beliau pertama kali guna telefon bimbit. “ Ini pun terpaksa,”katanya.

Semasa beberapa panggilan masuk Jins mengunakan speakerphone .Perbualannya dengan pemanggil dapat didengar dengan jelas. “Tak bagus letak telefon bimbit pada telinga…boleh rosak telinga kalau selalu,”katanya.

Berbanding dengan orang lain,Jins ada menerbitkan biograpfi hidupnya bertajuk “ Suria Kencana ” pada tahun 1998.

Beliau sedang mengusahakan penerbitan sebuah lagi biografi.Ia sudah siap hanya tunggu untuk dibukukan saja.

“Biografi seseorang biasanya ditulis selepas dia meninggal dunia sebab itu kerapkali banyak fakta yang salah…kalau salah dengan siapa kita nak check .

“Contohnya banyak fakta dalam biografi Allahyarham P Ramlee salah.Allahyarham sudah tiada…bagaimana ia hendak diperbetulkan,”katanya.

Sepanjang kira-kira tiga jam bersamanya Jins banyak bercerita tentang liku-liku penglibatannya dalam layar perak,perjuangannya untuk mengangkat martabat industri itu hinggalah mengenai perlantikannya sebagai seorang Senator.

Sebenarnya semasa timbul khabar angin mengenai perlantikan beliau sebagai senator dulu ada kedengaran suara-suara yang bertanya apa istimewa dan sumbangan Jins hingga beliau nak dilantik ke jawatan itu.

Kata mereka setakat status ‘orang lama’ dalam industri ini tidak cukup melayakannya.

Ada yang bimbang beliau tidak dapat menjadi tali penghubung yang berkesan antara industri ini dengan pihak kerajaan kerana zaman sudah berubah.

Kami tidak mengemukakan soalan itu kepada Jins kerana dari apa yang diceritakan semasa berbual banyak memberi jawapan kepada persoalan itu.

Selain aktif menjadi penceramah di majlis politik dan sebagainya kebelakangan ini,antara tiga yang memberi impak besar hingga ke hari ini ialah beliau menjadi peneraju utama bagi pembelian tanah Studio Merdeka di Hulu Kelang (sebelah Zoo Negara) dari Shaw Brothers dimana terletaknya komplek FINAS sekarang.



Beliau berulangalik ke Singapura bersama bekas Ketua Pengarah FINAS Datuk Ismail Zain untuk merundingkan pembelian tanah itu.

Jins,69 yang dilahirkan di Taiping,Perak juga menjadi peneraju hingga terbentuknya FINAS.

Begitu juga dalam soal drama swasta yang saban hari ditayang di televisyen sekarang.

Beliau yang membawa hal ini kepada kerajaan hingga sekarang ramai produser yang boleh cari makan buat drama swasta.

“Walaupun saya perjuangkan drama swasta…saya sendiri sampai ke hari ini tidak pernah menerbitkan satupun drama swasta,”katanya.

Impiannya sekarang ialah untuk menjadikan apa yang diperjuangkanya selama ini iaitu Dasar Perfileman Nasional satu kenyataan.

Jins gembira kerana Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Warisan,Datuk Seri Rais Yatim mendokong usaha itu. “InsyaAllah ia akan jadi satu kenyataan,”katanya.

“Dasar itu perlu ada…semua benda ada dasar penentunya yang tersendiri…tetapi sehingga ke hari ini satu dasar khusus untuk filem tidak ada,”katanya lagi.

Jins mengakui beliau agak terkilan apabila media hanya highlight mengenai cadangannya agar ditiadakan ruangan gosip di akhbar semasa ucapan sulongnya di Dewan Negara Disember lalu.

Katanya beliau tidak meminta kerajaan mengharamkan ruangan itu tetapi hanya mencadangkan agar ia dikurangkan atau ditiadakan kerana ia lebih mendatangkan mudarat dari faedah kepada industri.

“Perkara mengenai gosip itu saya sentuh secara ringkas saja…itupun dihujung ucapan sedangkan banyak hal-hal penting lain yang saya nyatakan dalam ucapan itu,”katanya.

Sebagai Senator pertama yang mewakili orang seni,Jins berkata beliau tetap seperti dirinya iaitu bersuara pada apa jua perkara yang patut diketengahkan tanpa ragu dan gentar bila ke parlimen.


Saiful dibayar untuk dedah, perangkap Anwar?

Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak dibayar untuk membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa telah meliwatnya, kata peguamnya Zamri Idrus.

Menafikan dakwaan terhadap teori konspirasi sesetengah pihak bahawa beliau dibayar oleh pihak tertentu untuk membuat laporan polis, peguam Mohd Saiful berkata: "Itu tidak benar."

Zamri, yang mewakili bapa Mohd. Saiful, Azlan Mohd Lazim pada satu sidang akhbar hari ini, beria-ia menafikan dakwaan bahawa anak guamnya adalah seorang homoseksual.

Zamri berkata, beliau percaya dan yakin dengan kes Mohd Saiful.
Bapa saudara Mohd Saiful, yang hanya mahu dikenali sebagai "Uncle Pet", berkata gambar Mohd Saiful dengan beberapa menteri diperoleh semasa beliau menjadi pemimpin pelajar dan Mohd Saiful tidak mengenali mereka secara peribadi.

"Saya rasa kalau manamana ketua pelajar pun pasti akan mengambil gambar dengan menteri sebagai kenangan. Memang dia tidak kenal manamana (menteri)," katanya.

Bersetuju dengan pendapat Uncle Pet, Zamri berkata: "Anda boleh mengambil gambar dengan sesiapa sahaja anda suka. Gambar tidak menceritakan apa-apa. Ia hanya gambar. Dan dalam masa itu (Mohd) Saiful merupakan bekas pemimpin, ketua pelajar semasa di universiti."

Zamri, yang mengakui menemui Mohd. Saiful beberapa hari lepas, berkata anak guamnya pada masa ini "selamat" di bawah perlindungan polis dan sihat.
Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan di mana Mohd Saiful berada.

"Kami tetap teruskan kehidupan. Ini kerana kita orang Islam, kita berserah kepada Allah.

"Selagi kita berserah kepada Allah, bantuan tetap akan datang. Itu sahaja," kata Uncle Pet ketika ditanya mengenai keadaan keluarganya dan bagaimana mereka menghadapi saatsaat sukar ini. BERNAMA

Anwar bersumpah?


Anwar Bersumpah Akan Gulingkan PM
Kuala Lumpur, Tribun - Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, bersumpah akan menjatuhkan perdana menteri atas usaha yang disebutnya ingin menghancurkan karier dan melakukan intimidasi. Demikian dikutip harian Singapura, The Strait Times, Senin (21/7).
Anwar menyatakan bahwa tudingan sodomi yang dilontarkan terhadapnya dari mantan pembantunya yang berusia 23 tahun membuatnya melakukan ancaman kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin koalisi Front Nasional dan memerintah Malaysia selama lebih dari 50 tahun.

"Kami berada di jalan untuk mengambil alih pemerintahan. Kami akan mengejar agenda untuk melakukan reformasi. Secara jelas saya katakan saya melakukan ancaman berbau politik," demikian kata Anwar kepada wartawan.

Anwar menolak tudingan yang dialamatkan oleh Mohamad Saiful Bukhari Azlan yang dikatakannya dilontarkan untuk menghalanginya mengambil tampuk kekuasaan setelah secara tak terduga pihak oposisi memenangkan suara secara mayoritas, Maret lalu.

"Apa isunya? Saya tidak laporan (polisi) yang dibuat (Saiful)," katanya. Partai Keadilan di mana Anwar duduk sebagai penasehatnya mengatakan akan melakukan koalisi baru di akhir tahun ini. "Kami percaya diri bisa melakukan perubahan di pemerintahan pada akhir tahun ini," demikian kata Tian Chua, kepala informasi partai tersebut.

Anwar yang dipecat dari jabatannya sebagai deputi perdana menteri pada tahun 1998 atas tuduhan sodomi dan korupsi juga mengutuk tindakan polisi yang menangkapnya pada Kamis, pekan lalu, di mana ia menghabiskan semalam di sel dan diperlakukan secara tak manusiawi.

"Mengapa menangkap saya? Mengapa menempatkan saya di sel? Mengapa memperlakukan saya seperti seorang kriminal. Ini ada sebuah pola yang sengaja dilakukan untuk menghancurkan dan menekan saya," katanya.

Sementara, Saiful berada dalam penjagaan polisi sejak kasus sodomi yang dilakukan oleh Anwar mengemuka ke publik dengan alasan keamanan. Anwar dinyatakan bersalah dan menghabiskan waktu di penjara selama enam tahun atas kasus sodomo sebelum akhirnya Mahkamah Agung Malaysia membatalkan keputusan tersebut.
- the s/time singapore/trinbun indanesia

Buahnya menyerupai buah tin..



Kami sekeluarga telah pun memakan buah ini pada bulan mei lepas, ia nya begitu menyerupai buah tin yang selalu dibawa pulang dari mereka yang mengerjakan haji mahu pun umrah ditanah suci.

Pokoknya cantik dan rendang, mungkin buah tin versi Malaysia atau pun spesies yang dengan pokok ficus carica. Pokok ini dikenali sebagai pokok ara.

by Matjejakrasul

Adik PAS & abang UMNO


Ringkasan selepas majlis debat antara Anwar Ibrahim dan Shabery Cik 15 julai lalu, iaitu pertemuan adik abang dalam kem politik yang berbeza. Khalid Samad ahli parlimen PAS Shah Alam dengan abangnya Sharil Samad menteri perdagangan dalam negeri & hal ehwal pengguna.

Mungkin "perdebatan" akan diteruskan lagi dimasa akan datang antara kerajaan dengan pembangkang, jika dilihat didalam gambar tersebut si-abang tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh si-adiknya.




Para pembunuh menunggu sehingga hari gelap pada 22 julai 2007, penyerang penyerang yang tak dikenali ini mengendap ngendap dikawasan hutan berhampiran dan bersiap siap untuk membunuh satu keluarga gorila ini.

Dengan bersenjata automatik para pembunuh ini bersembunyi dilereng gunung berapi Mikeno di Repuplik Congo untuk memburu keluarga 'Rugendo' yang seramai 12 gorila, ringkasan cerita peristiwa tersebut.

-Foto oleh Brent Stirton

Nik Aziz tegur media


Mursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.

Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.

"Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)...kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia," katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak. BERNAMA

Anwar ditahan polis bertopeng




Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Dua jurugambar dipukul oleh petugas keselamatan ketika mahu keluar dari bilik media massa di tingkat dua bangunan lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tempat berlangsungnya debat bersejarah isu kenaikan harga minyak malam ini.

Debat selama sejam itu menyaksikan pertikaman hujah antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Datuk Shabery Cheek malam ini.

journalist beaten up at anwar shabery debate 150708 03Kekecohan berlaku apabila petugas media tersebut dikunci dari luar, menyebabkan mereka marah kerana tidak dapat keluar.

Difahamkan bilik tersebut dikunci oleh petugas keselamatan untuk memberi laluan kepada tetamu VIP meninggalkan dewan itu terlebih dahulu.

Apabila keadaan menjadi kecoh, seorang petugas keselamatan - dipercayai dari pihak penganjur Agendadaily.com - datang membuka pintu bilik tersebut.

Ketika itu, seorang petugas keselamatan didakwa telah membentes kaki seorang jurugambar yang sedang turun tangga, menyebabkan dia tersungkur.

Ekoran itu, berlaku pergaduhan antara jurugambar berkenaan dan dibantu oleh petugas yang lain, dengan petugas keselamatan dan rakan-rakannya.

Keadaan ini menyebabkan anggota polis datang dan membantu membawa jurugambar keluar dari situ, sehingga ke luar kawasan lobi.

Apabila mereka sampai di luar, dengan diiringi oleh beberapa anggota polis, petugas keselamatan berkenaan meluru dan memukul jurugambar berkenaan.

Polis meleraikan keadaan sehingga semua petugas media keluar dari tempat tersebut.

Dua jurugambar tersebut dikenali sebagai Khairul Hasnor Mohamad Khalili dari The Edge dan Zulkifli Ersal dari The Sun.

Ketika ditemui, Zulkifli berkata, petugas keselamatan tersebut menendangnya di bahagian perut.

Difahamkan mereka mereka dijangka membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

Sementara itu di luar dewan debat, kira-kira 200 berkumpul dengan harapan dapat masuk untuk mengikuti dengan dekat perdebatan bersejarah itu.

Mereka, termasuk hampir 50 penyokong Angkatan Muda PKR, berkumpul sebelum jam 9 malam lagi sehingga setengah jam selepas tamat perdebatan itu.

Selepas gagal menyertainya - kerana penonton yang dibenarkan masuk hanya yang memilik pas khas - mereka menonton siaran langsung melalui televiyen di warung di penjuru luar dewan tersebut.

Kira-kira 50 anggota polis, termasuk trafik, mengawal keadaan di luar pagar Dewan Bahasa dan Pustaka.


Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini mencadangkan kepada TV3 agar menyemak latar belakang penceramah dan isi kandungan yang bakal disampaikan untuk mengelak berulang kesilapan fakta seperti yang berlaku dalam slot 'Sirah' dalam rancangan Al-Hidayah TV3.

Difahamkan rancangan ini dikendalikan oleh penceramah motivasi terkenal Ustazah Siti Norbayah Mahmood yang dikenali dengan cadangan teknik cakar harimaunya untuk memikat hati suami.

Ketika dihubungi, Dr Asri berkata, banyak pihak telah mengadu kepadanya mengenai Slot Sirah dalam Rancangan al-Hidayah TV3 yang dikendali oleh seorang ‘ustazah.’

"Saya tidak dapat memberi respon sebelum ini kerana tidak berkesempatan menontonnya. Pada 13hb Julai 2008 yang lepas saya berkesempatan menontonnya pada waktu pagi.

"Ternyata apa yang menjadi kegusaran banyak pihak itu benar. Ustazah berkenaan telah menceritakan tentang Nabi ‘Isa a.s. tanpa berdasarkan sumber-sumber yang sahih. Bahkan kisah itu dibaluti dengan kekarutan yang amat sangat.

"Beliau mengisbatkan bahawa Maryam ibu Nabi Isa wafat sebelum Nabi a.s. dan mengemukakan kisah yang tiada sumber yang sah daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Bahkan bertentang juga dengan Bible.

"Kemungkinan besar beliau mengutip kisah ini daripada laman web Syiah sempena Perayaan “Mengingati Kewafatan Maryam” yang diraikan oleh Syiah Imamiyyah," kata Dr Asri yang terkenal dengan kelantangannya menegur sesuatu yang tidak betul.

Katanya lagi, kecenderungan penceramah-penceramah sebegini mengambil sumber-sumber yang tidak sahih tentang agama; termasuk hadis palsu dan riwayat Israiliyyat boleh mengelirukan orang awam mengenai Islam yang sebenar.

Oleh itu orang ramai diminta berhati-hati dalam mempercayai kisah-kisah yang dimuatkan dalam rancangan tersebut.

Dr Asri berkata, pihak stesen TV perlu menyemak latar belakang penceramah dan isi kandungan yang bakal disampaikan untuk mengelak berulang kesilapan fakta.

"Kalau rancangan itu (mengenai) sirah, semak dengan orang (yang mahir) sirah. Kalau syariah, semak dengan orang yang berkelayakan dalam syariah, semak dengan orang yang betul-betul ahli," katanya.

"Apa saja yang melibatkan fakta dalam agama, kena hati-hati," kata Dr Asri.



6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu

Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? “

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

-sumber DPPRompin

ceramah Ezam di Melor

Biasanya kalau hujan saya jadi malas untuk keluar rumah. Dalam suasana dingin tentu sahaja sedap lena berpeluk dengan anak-anak. Hee… Tapi malam 11 Julai hati saya membuak-buak untuk mendengar ceramah Ezam di kedai Melor. Mungkin faktor otak politiknya yang berubah-ubah, saya mahu mendengar secara langsung ucapannya selepas kembali ke lubuk lamanya Umno. Lubuk maknanya tempat ikan mencari makan.

Saya sampai di lokasi ceramah kurang lebih jam 9.45 malam. Kedengaran suara pengerusi memulakan majlis. Katanya seorang ustaz. Ada lagi ustaz dalam Umno. Tercabut wayar sungguh.

Saya cuba mencari lokasi strategik. Hah! Atas kalbord saya tertonggeng (bukan tungging Carburetor Dung.. aar) sambil memegang payung buruk. Pandang kiri kanan tak ada yang kenal. Seorang yang bertopi cap dacing mengawal lalu lintas konon. Kenderaan sebuah dua yang lalu. Tercabut wayar lagi.

Penceramah pertama Azmi Ishak bekas tok wakil BN lepas, yang kali ini kalah di tangan Us Wan Ismail. Sebut saja Wan Smail apa lagi. Peluang untuk hentam.

“Ore Melor ni dio berehi nikoh cerai wei”.

“Mulo nikoh ngan PAS, cerai nikoh ngan Umno.”

“Cerai pulok, nikoh ngan PAS.”

Barangkali dalam hati Ezam kata “Dia ni perli wan Smail ke sindir aku.” Tercabut wayar betul.

Perut saya terasa lapar pulak. Di tepi tapak ceramah ada fun fair. Malam itu marry go round tak berpusing. Tak dibenarkan operasi kut. Sambil mencari-cari gerai burger, perlahan-perlahan kereta Kancil menghampiri saya.

“Ustaz nyamar dih..” Rupanya Jemat dengan anak Pok Mud rokok.

Tak menyamar macamana saya pakai cap rakan cop warna oren (hadiah daripada Ustaz Soh Darul Anuar) dan berjeket kain hitam berlengan kelabu.

Sebelum Hamdan Taha dijemput ustaz pengerusi Umno itu buat ulasan yang tah apa-apa. Cabut wayar jugok.

Hamdan menceritakan perjuangan Umno yang membela bangsa dan agama. “Tengoklah tuan-tuan di Selangor dan Perak masih ada kelab dangdut dan kedai arak, malah makin bertambah” Gilaa!!. Siapa yang buka kedai tu. Negeri hok mun perintah lagu mano? Cabut wayar, cabut wayar.

Kehadiran malam itu boleh kata ramailah kalau nisbah ceramah biasa anjuran Umno. Tapi saya yakin bukan orang Umno sahaja yang hadir. Buktinya kawan saya Jemat, rakannya dan ada yang saya kenal. Kemudian di sekeliling saya beberapa orang tua yang tah tahan duduk menyampuk

“Ho la, mugo Nuar tu baso jenih berehi j**** t***..” sebagai respon pada ucapan Ezam

Rasanya dalam 15 atau 20 minit Ezam berucap saya mula perlahan-lahan angkat kaki. Apa tidaknya dalam masa 15 minit yang diulang ialah

“Siapa yang habis wang kerana Anwar??

“Saya!!”

“ Siapa yang 2 kali masuk penjara??.”

Saya!!”

“Siapa yang dedah rasuah menteri??.”

“Saya!!”

Dalam 15 minit itu tidak kurang daripada 5 kali disebut-sebut nama Saipul Buhari Azlan!!

Saya tak tahulah sampai habis ceramah dia berapa kali dia akan sebut Saipul! Saipul! Saipul!

Memang sah. Ezam dah tercabut wayar!

- oleh annasru


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
- sumber hangat artikel


Khutbah Jumaat tengahari tadi khabarnya telah membincangkan isu fitnah dan liwat yang sedang hangat melanda negara kita sekarang.

Khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertarikh 11 Julai itu bertajuk "Budaya memfitnah mengundang bala bencana" telah mengundang berbagai reaksi dari umat Islam.

Beberapa SMS dan panggilan diterima melahirkan kebimbangan dan rata-rata tidak senang isi khutbah pada hari ini seolah-olah memihak kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi dakwaan isu liwat oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Antara yang melahirkan kebimbangan ini adalah seorang ahli akademik yang mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi memantau perkembangan terbaru ini.

"Saya sangsi tujuan JAKIM mengeluarkan isi khutbah yang berbunyi begitu. Sedangkan sebelum ini, kita ada dengar 'orang Anwar' ada dalam JAKIM. Katanya lagi, dakwaan liwat itu baru saja di failkan di Mahkamah Syariah di bawah undang-undang 'qazaf' kelmarin," katanya.

Kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim difailkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengikut undang-undang peruntukan 'qazaf' dibawah Seksyen 41 ‘Qazaf’ Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997 oleh peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzzaman.

'Qazaf' ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.

Seksyen 41 ‘Qazaf’ secara spesifik menyentuh persoalan tuduhan zina, dan menurut hukum syarak, Saiful mungkin menghadapi penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau kedua-duanya, sekiranya gagal mengemukakan empat orang saksi lelaki atau iqrar tertuduh.

"Belum tahu lagi biji butirnya, kesahihan kedua-dua pihak tetapi di dalam khutbah Jumaat sudah menceritakan hukum 'qazaf'. Kenapa tidak dibincangkan isu bermubahalah yang pernah dibuat Nabi SAW dulu. Adakah kerana JAKIM tidak setuju maka isu itu tidak diberi tumpuan?," katanya lagi.

Antara petikan khutbah yang dilihat 'pro Anwar' itu dakwanya lagi, apabila isinya menjurus menyentuh hukum qazaf dan hukuman tegas untuk orang yang terlibat dalam aktiviti memfitnah dalam Islam.

Petikan khutbah Jummat hari ini antara lain menyebut, "Dalam fitnah kes liwat atau zina misalnya, Islam memperuntukkan hukum qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan dikhalayak ramai. Hukum qazaf dikenakan jika penuduh-penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik. Pada prinsipnya hukuman di dalam Islam adalah untuk menegakkan keadilan, mendidik manusia dan bukan menghukum dengan sewenang-wenangnya."

Sebelum ini Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan "membenarkan bermubahalah dan tidak diperbesarkan dakwaan isu liwat Anwar ini kerana dikhuatiri bakal membuka ruang kepada pihak lain untuk campur tangan, sekali gus akan menimbulkan kesulitan kepada negara dan masyarakat.”

Khutbah Jumaat pada hari ini ditutup dengan peringatan agar tidak memfitnah, tambahan "jika mangsa fitnah itu adalah orang yang beriman dan bukan kaki maksiat dan jangan begitu mudah memfitnah orang lain sekiranya kita tidak mahu dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak."

Oleh ZIEMAN

-


Hamba sudah beberakali menerima email yang sama sebagaimana yang dilampirkan dibawah ini,
para pengantar menginginkan pendapat berkenaan dengan email tersebut dari si-penerima ini.

Walaupun salinan email yang sama tidaklah pula dianggap sebagai 'surat' berantai dan jika para pembaca memberi sedikit comment eloklah untuk kita kongsi pendapat bersama, demi mengoptimakan hasrat rakan rakan yang berkaitan.

Untuk hamba memberi sedikit pendapat mungkin dikeluaran akan datang, terimakasih terlebih dahulu.

Email nya:-

Assalamualaikum.

Pada mulanya saya berhajat nak memberi tajuk tulisan ini dgn tajuk " Mungkinkah Anuar akan membunuh Hadi ", tapi saya teringat akan tuntutan berbaik sangka seperti yg kita pelajari. Oleh itu saya ubah tajuknya seperti yang tetera diatas.

Dengan ringkasnya saya sampaikan apa yang bersarang dihati.

Kes pertama :-
Sdr sdr pernah membaca kesah perjuangan Tengku Chik Dawud Dibereueh, Kalau tak pernah baca pun tak apa. Kesimpulannya ia sebagai

pejuang islam tulin telah bergabung dengan pro islami ketika itu ( Sukarno) untuk menghalau penjajah Belanda. Belanda berjaya dihalau, Sukarno

menjadi Presiden, Tengku Chik Dawud mati ekoran siksaan rejmin Sukarno. Dengan kata ringkasnya, Musuh islam tumbang tapi yg bangkit bukan juga islam. Apakah sejarah ini tidak memberi apa apa pelajaran bagi kita?

Kes kedua :-
Sdr sdr pernah membaca kesah perjuangan Assyahid Sayid Qutb, Kolonel Jamal Abdul Nasir dibantu oleh ikhwan Muslimin menjatuhkan kerajaan Raja boneka diMesir .Sayid Qutb antara pengerak utama ikhwan muslimin di tawarkan jawatan menteri pelajaran yang mana sesuai dengan ilmunya.

Seperti yg kita ketahui, ia meletakkan jawatan apabila saranannya agar melaksanakan menurut tuntutan islam tidak diendahkan....Malangnya kita diakhir ini, bila dah ramai jadi ahli parlimen....nak demo pun kena buat dalam stadium, takut kena tangkap... Nanti tak leh masuk palimen, tak leh gaji ahli palimen.........

Akhirnya spt yg kita ketahui, Sayid Qutb syahid ditali gantung dipemerintahan Kolonel Jamal Nasir !. Musuh islam tumbang tapi yg bangkit bukan juga islam. Mungkin begitu juga sejarah desakan kemerdekaan negara kita.

Banyak lagi kes yg seumpama ini. Tidak menjadi kesalahan gerakan islam tulin bergabung tenaga dgn mana mana pihak,malah ianya sunnah! Terutama pula menjatuhkan musuh yang lebih rakus. Dizaman nabi sesudah jatuhnya jahiliah, ianya diganti dengan islam . Kenapa dewasa ini tidak begitu? Satu kajian perlu dibuat.

Oleh itu saya ingin menyampaikan apa yg asyik bermain diminda sejak keputusan PR yang lalu......... Mungkinkah PAS tertipu bagaikan Ikhwan,Tg chik dll?

Apakah gerakan islam perlu dipatuk ular berkali kali disatu lubang yang sama?

Ekoran insiden daripada protes minyak kali ini, Ia semakin menguatkan semangat saya untuk menulis.Trend masa kini bagai membenarkan andaian saya ini akan berlaku.

UMNO akan tumbang,masa sahaja yang menentukannya. Bagi saya kemungkinan untuk sistem islam mengantikannya amat tipis???. Sesuatu perlu kita lakukan bersama!

zar


Najib bersumpah depan pimpinan UMNO seluruh negara

Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.

Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis.

Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.

Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib.

Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya.

Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat.

“Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka.

Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Beliau kata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Semasa berucap pada satu majlis di Pekan Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Katanya hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya. - 10/7/2008

Turki merupakan suatu negeri yang memiliki kisah panjang tentang jatuh bangunnya peradaban. Di negeri ini pula Islam pernah sedemikian bercahaya gemerlap tatkala Kekhalifahan Islam Turki Utsmani masih berdiri kokoh. Dan seorang Abdullah ‘Azzam, pernah pula berlinang airmata kesedihan ketika menulis satu demi satu kalimat yang diuntainya menjadi sebuah buku berjudul ‘Pelita Yang Hilang’. Turki merupakan pelita Islam di gerbang Eropa. Sebab itu, musuh-musuh Allah senantiasa berupaya sekuat tenaga untuk memadamkan pelita tersebut.

Konspirasi Yahudi Internasional-lah, lewat seorang Yahudi dari Dumamah bernama Mustafa Kemal, yang meruntuhkan kekhalifahan Turki Ustmaniyah. Sejak itu, Mustafa Kemal menghancurkan semua simbol-simbol keIslaman dari negeri tersebut dan membunuh siapa saja yang berani menghalang-halanginya.

Setelah kekhalifahan hancur, Mustafa Kemal segera memberlakukan hokum sekularisme di negeri tersebut. Semua yang terkait dengan simbol-simbol keIslaman, walau sekecil apa pun, menjadi sesuatu yang dilarang. Barangsiapa yang masih mempergunakannya maka akan diseret ke penjara. Adzan pun yang di mana-mana mempergunakan bahasa Arab diganti dengan bahasa Turki. Allahu Akbar menjadi Allahu Buyuk. Jangan tanya soal hijab atau jilbab, semuanya dicampakkan jauh-jauh.

Sekularisme yang dilancarkan Mustafa Kemal didukung penuh oleh angkatan bersenjata Turki yang memang telah dikondisikan jauh-jauh hari oleh jaringan Yahudi Internasional. Sampai hari ini pun, militer Turki dikenal sebagai penjaga nilai-nilai sekularisme paling depan dan senantiasa siap untuk memberangus siapa pun yang ingin meruntuhkan nilai-nilai sekularisme Turki tersebut.

- Berita E/muslim 2008/10


Menteri besar Kelantan bercadang membawa usul untuk mewajibkan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib pengambilan bekerja bagi pemimpin semua peringkat, termasuk ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata syarat menunaikan solat itu akan dicadangkan sebagai satu kemestian dalam memegang jawatan seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan, lapor Bernama.

"Saya akan mencadangkan di dalam dewan (undangan negeri Kelantan) sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat.

"Syarat ini bagi memastikan mereka yang dipilih adalah mereka yang menjaga akhlak mereka supaya menjauhi daripada elemen rasuah dan tidak bermoral," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita semasa sidang dewan itu berhenti rehat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas soalan lisan wakil rakyat Demit, Muhamad Mustafa mengenai langkah kerajaan negeri bagi mengatasi gejala
meninggalkan solat khususnya solat Jumaat dan sejauh mana penguatkuasaan undang-undang terhadap isu itu.

Nik Aziz berkata mereka yang tidak menunaikan rukun itu mempunyai masalah di dalam hati, iaitu kelemahan di dalam nilai akhlak dan moral.

"Mereka yang tidak menunaikan sembahyang itu menunjukkan bahawa mereka sudah tidak takut kepada Tuhan, Tuhan yang maha berkuasa, apatah lagi kepada manusia, yang sememangnya kurang berkuasa.

"Mesti mereka ini tidak takut dan berani berbuat apa saja," katanya.

Sementara itu menjawab wakil rakyat yang sama, exco kerajaan negeri Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan sedang menyiapkan enakmen bagi membolehkan mereka yang tidak menunaikan solat lima kali sehari dikenakan tindakan.

Pengerusi jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan dan dakwah dilaporkan berkata, kajian akhir bagi menyiapkan enakmen tersebut sedang dilakukan.

Enakmen ini akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang apabila siap sepenuhnya, katanya seperti lapor Harakahdaily.net.

Tambahnya, hukuman bagi orang Islam yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut sudah ada - denda tidak lebih RM1,000 atau penjara kurang satu tahun.

Mohd Amar berkata, peraturan itu terkandung dalam enakmen di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).



Pihak Berikat telah menghantar satu ketumbukan tentera laut terdiri dari enam buah kapal ke Singapura untuk mempertahankan wilayah itu termasuk semenanjung Tanah melayu dari serangan pihak Jepun.

Kumpulan kapal kapal ini terdiri dari kapal perang berat HMS Repulse, HMS Princes Of Wales, dan empat kapal pembinasa HMS Tenedos, HMS Vampire, HMS Electra dan HMS Express yang tiba di Singapura pada 2 december 1941.

Apabila menerima lapuran yang pihak Jepun sudah bergerak pantas untuk menakluki Tanah Melayu, Laksamana Tom Philips yg mengetuai angkatan itu mengarah angkatan laut itu ke pantai timur semenanjung untuk mempertahankan perairan tersebut yang mula dicerobohi kapalterbang kapalterbang Jepun yang berpusat di Saigon Vietnam Selatan.

Setibanya armada ini berhampiran dengan Kuantan HMS Princes Of Wales telah menerima isyarat dari radar nya akan kedatangan kapalterbang kapalterbang Jepun yang dikenali dengan G3M Nel bagi kumpulan pertama sebanyak 12 buah dan kumpulan kedua sebanyak 24 buah yang dikenali sebagai G4M Betty.

Armada tentera Berikat ini serang dan mereka berjaya menenggelamkan dua buah kapal perang utama ia itu HMS Princes Of Wales dan HMS Repulse dan terkorban sejumlah 840 kelasi kedua dua buah kapal ini termasuk laksamana nya Tom Philips.

Bermula nya era pemerintahan Jepun di semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1941.


PROTES MARATON... Siri ucapan pembangkang mengkritik kerajaan menaikkan harga minyak, berkuat kuasa awal bulan lalu, mewarnai perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) bermula pukul 10 pagi semalam. Perhimpunan akan berlarutan sehingga 12 tengah malam.

Wartawan mStar Online, ARIFFUDIN ISHAK dan LEE YAN XIU yang berada di lokasi berkata, sehingga pukul 9 malam kira-kira 10,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya, Selangor.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama keluarganya tiba kira-kira pukul 9.30 malam. Dalam ucapannya Anwar menyentuh isu dakwaan meliwat dihadapi beliau dan juga menyatakan keseidaan untuk mengambil bahagian forum debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini.

Pihak polis pula menguatkuasakan pemeriksaan ketat ke atas kenderaan yang menuju ke ibu negara dan ke Kelana Jaya, bermula sejak awal pagi semalam. Rondaan dari udara dilakukan oleh PDRM. Tiada sebarang tangkapan ataupun kejadian tidak diingini dilaporkan.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli menjangkakan sejuta orang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan hari ini tetapi secara purata ia hanya dapat menarik kira-kira 20,000 orang sejak awal pagi semalam. Kira-kira 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan. Polis juga mula memperketatkan kawalan di sekitar stadium tersebut.

Sejak pagi semalam, lebih 10 pemimpin peringkat pertengahan Pakatan Rakyat menyampaikan ucapan di samping persembahaan pentas yang menimbulkan kecoh. Antara pemimpin yang berucap termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimm, penyelaras perhimpunan Dr. Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS; Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez; anggota Parlimen Batu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, pemimpin Hindraf S. Jayathas, anggota Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan Anggota Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa.

Pemimpin pembangkang lain yang hadir dalam perhimpunan itu termasuk Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PAS Mohamed Sabu serta Penasihat DAP Lim Kit Siang

Anwar sedia bersumpah


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

"Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya," katanya dalam cermah kepada kira-kira 25,000 di Stadium Kelana Jaya, di Petaling jaya malam ini.

"Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

"Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, Insya-Allah saya akan lakukan," katanya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

"Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

"Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan

"Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama Sivaji The Boss, kita main drama Sivaji The Boss.

"Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan...," ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.
-malaysiakin


Berita sedih yang kita terima jam 6.25 petang semalam di mana Allahyarhamah Aina Mardiah Shahrial, 17 meninggal dunia setelah koma akibat terjatuh di rumahnya. Allahyarham merupakan anak mangsa kekejaman ISA kerajaan BN iaitu Shahrial Sirin.

Allahyarham dan keluarganya telah disiksa selama 7 tahun oleh kerajaan BN akibat penahanan tanpa bicara di bawah ISA ke atas ayahnya. Sudahlah ayahnya ditahan begitu lama, pada saat genting di mana beliau koma pun kerajaan terus menzalimi Allahyarhamah, ayahnya dan keluarganya apabila melengah-lengahkan proses kebenaran untuk ayahnya menziarahi beliau di saat Allahyarhamah sedang nazak.

a

Inilah sebuah kerajaan yang sangat zalim di mana pada ketika genting tentang soal sakit dan mati pun pemimpin kerajaan zalim ini masih tidak bertimbangrasa. Sudahlah mereka Allahyarhamah disiksa selama 7 tahun kerana dipisahkan dengan ayahanda tercinta, dibesarkan tanpa belaian ayahandanya, pada ketika beliau akan pergi buat selama-lamanya pun kerajaan Bn masih terus menzalimi beliau. Sampai hati kerajaan BN dan Menteri Dalam Negeri menyiksa beliau dan keluarganya sehingga ke tahap yang kita boleh katakan TIDAK WARAS.


Kita semua yakin KEZALIMAN yang sudah sampai ke kemuncak ini akan tetap mendapat BALASAN AZAB di sisi Allah kalau tidak di dunia sudah pasti di AKHIRAT akan dibalasNYA. Ingatlah kebaikan atau kejahatan sebesar ZARAH pun akan dikira dan dihitung oleh Allah dan akan diberi pembalasan setimpal.

Apakah kerajaan BN dan Menteri Dalam Negeri tidak takut akan pembalasan Allah ini. Kita hidup tidak lama, janganlah kita bermegah dengan kuasa, pangkat dan harta benda. Takutlah kepada doa orang yang kena zalim, sesungguhnya tiada hijab doa mereka dengan Allah.

Bapa kandung Allahyarhamah, Shahrial Sirin yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi masih belum tiba di hospital.
(Kita hairan mengapa setelah 5 jam beliau bertolak dari Kamunting bapanya belum sampai sehingga di saat Allahyarhaman meninggal pun bapanya belum kelihatan)

Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat.

Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.

Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), untuk mendapatkan pelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.

"Walaupun permohonan telah dibuat awal (semalam) namun, jam 1.00 petang tadi barulah pelepasan itu dapat diberikan, inikah moral kerajaan tatkala soal nyawa anak tahanan menjadi taruhan," kata Aliza Jaffar salah seorang ahli PSK GMI yang ditemui di Hospital Kajang sebentar tadi.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman turut berada di hospital setelah mendapat berita pemergian Aina Mardhiah.

"Semoga Allah SWT memberi kesabaran kepada keluarga Allahyarhamah dan memberi balasan setimpal kepada mereka yang menzalimi keluarga ini," ujar Lutfi kesal.

Saya menggesa kerajaan BN dan Menteri Dalam Negeri memohon maaf dan membebaskan Shahrial dan semua tahanan ISA serta merta ataupun hadapkan mereka ke mahkamah untuk diadili.

Sebahagian artikel dipetik dari Harakahdaily.

Gambar : Jenazah Allahyarhamah di hospital untuk dibawa pulang ke rumahnya dan gambar adik-adik Allahyarhamah

-
Oleh SOFIWAHAB



Baru baru ini saya berkesempatan memenuhi waktu cuti untuk berkunjung ke Kuala Rompin yg terletak di area tenggara negeri Pahang. Saya rasa peluang ini agak menarik kerana selain terdapat rumah rumah sanak saudara daerah ini juga terkenal dengan tembikainya, udang galah, terletakknya pulau pelancungan Tioman dan taman negeri Endau/Rompin mahu pun pesta pantai tahunan nya serta pertandingan memancing ikan layaran yg di adakan saban tahun. Sama ada Tioman mahupun pancingan ikan layaran nya daerah ini mula dikenali diperingkat antarabangsa.

Apa yg ingin disentuh disini adalah sedikit kesah yg saya lalui di sebuah kampong di daerah tersebut iaitu kampong Kuala Pontian yg terkenal disana sejak 50an lagi dan kebelakangan ini ianya agak 'pudar' kerana penghijrahan para penduduk ke rancangan rancagan tanah anjuran kerajaan.

Semasa perjalanan pulang dari kampong tersebut saya turut singgah dirumah macik yg pernah dikenali suatu ketita dahulu dan waktu melintasi rumah jiran beliau saya terpandang satu pokok yg tak pernah dilihat sebelum ini, ianya agak rendang dan berdaun lebar dan lebat, lantas saya berhenti dan bertemu tuan rumah pokok tersebut untuk bertanya dan snap gambar pokok itu sebagai koleksi.

Tuan rumah itu tidah begitu pasti nama pokok yg ditanamnya sejak 10 tahun lalu, beberapa orang kampong memanggil pokok tersebut dengan beberapa panggilan ada yg menamakan pokok ara dan sebagainya. Saya diberi beberapa biji buahnya yg masak merah/maroon untuk dicuba merasai nya, apabila di belah buah itu terdapat banyak biji biji halus dan saya terus memakannnya. Saya agak terperanjat kerana sebelum ini saya sudah selalu memakannya tetapi buah itu dalam keadaan dikeringkan. Mungkin anda semua pernah merasainya buah itu ketika saudara mara yg membawa pulang buah buahan tersebut dari tanah suci sama ada menunaikan umrah atau pun fardhu haji.

Buah tin atau pun dengan nama saintifik nya ficus carica, dan mungkin juga spesis yang sama fig tree yang banyak menghiasai disebelah eropah.

Saya juga berpeluang mendapat benih pokok itu yang disemai oleh tuan rumah dan teringin sekali untuk menanam nya di masa terdekat ini.

Nik Aziz kunjungi pejabat Anwar


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang tadi.

Dalam pertemuan dua mata itu antaranya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), kata Anwar ketika mengulas pertemuan tersebut.

Ujar Anwar Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa kesalnya dengan taktik kotor dan berterusan yang dihadapi kini.

"Tuan Guru berkata kepada saya, supaya sabar dan katanya adatlah seumpama 'pohon tinggi maka gelobang laut atau angin yang datang ia akan terkena juga' sabarlah dalam hadapinya," katanya.

Anwar mengucapkan terima kasih kepada kesudian Tuan Guru Nik Aziz mengunjunginya tatkala Ketua Umum KeADILan itu berhadapan dengan dugaan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertemu kira-kira 45 minit dengan Anwar dan meninggalkan pejabat Anwar pada jam 4.50 petang.

Menteri Besar Kelantan itu yang datang dengan jubah putihnya ditemani dengan pemandu dan beberapa orang pegawainya, sementara Anwar turut ditemani Naib Presiden, Sivarasa Rasiah.


Abdullah membidas Washington

Abdullah bidas Washington



PENDIRIAN TEGAS: Abdullah mengulas pertemuan beliau dengan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Parlimen, semalam.

"Negara itu bersikap prejudis terhadap undang-undang negara ini dan cuba campur tangan dalam hal negara kita. Kita ada kerajaan, undang-undang dan penguatkuasaan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan siasatan dijalankan dengan baik, adil dan tidak menzalimi mana-mana pihak.

"Itu adalah amalan kita selama ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di Parlimen selepas menerima kunjungan Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abdullah berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menghantar nota bantahan berhubung kenyataan Washington itu.

Semalam, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey, dipetik agensi berita AFP sebagai berkata, Washington akan menentang sebarang siasatan atau pendakwaan yang didorong oleh politik, terhadap Anwar.

"Hujah utama kami ialah undang-undang perlu ditegakkan mengatasi politik. Sudah tentu kita menentang sebarang penggunaan undang-undang atau prosedur kehakiman untuk tujuan lain selain tujuan sebenar undang-undang," katanya di Washington.

Sambil menjelaskan pihaknya memang mengetahui bahawa Anwar pernah menghadapi tuduhan yang sama sebelum ini tetapi sabitan terhadapnya diketepikan, Casey berkata: "Kita berharap tidak ada corak serupa di sini.

"Bagaimanapun, sudah tentu kita akan ambil berat bahawa apa saja yang dilakukan dan patut dilakukan dengan cara teratur dan ada penyiasatan yang sah ke atas dakwaan yang mungkin wujud mengikut undang-undang Malaysia dan bukannya siasatan atau pendakwaan yang didorong politik."-Beriha


Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menerima semua pekerja sukarela termasuk orang yang menuduh beliau melakukan liwat keatasnya dengan hati yang terbuka.

Ketika kesibukan kempen pilihanraya ke-12, Saful Bukhari muncul di pejabat Anwar dan menawarkan khidmat dalam apa juga kapasiti ketika kesibukan pilihanraya yang lepas dan Anwar sendiri menerimanya dengan hati terbuka. Berdasarkan gambar Saiful bersama beberapa menteri
dan seorang orang kanan kepada Timbalan Perdana Menteri menjadi bukti bahawa konspirasi ini dirancang oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan karier politik Anwar dan juga imej Pakatan Rakyat khasnya Parti Keadilan Rakyat.

Parti ini akan mula berhati-hati dalam membenarkan para sukarelawan berkerja untuk Parti Keadilan Rakyat.

Dalam kes fitnah ini adalah merupakan mainan politik sesetengah pihak yang bertujuan bukan sahaja menjatuhkan imej pemimpin tertinggi parti ini malah menjatuhkan parti ini secara tidak langsung. Pertuduhan ini tidak langsung melemahkan semangat kami dan kami akan terus komited dalam memperjuangkan prinsip keadilan.

Kami juga telah membincangkan isu ini bersama PAS dan DAP dan mereka teguh bersama kami, Parti Keadilan Rakyat. - azmin

;;
TAK AKTIF SELAMA 4 HARI