Related Posts with Thumbnails

Archive

label


DSAI ketua pembangkang yang baru di parlimen, hari pertama beliau di sini sudah mula membuat kegusaran bermain di hati beberapa perwakilan BN. Dalam perbahasan rang undang undang identifikasi asid deoksiribonukliek atau DNA beliau mula mencelah setelah Datuk Tajudin Ab.Rahman BN Pasir Salak duduk bila habis berbahas dengan Dr.Siti Mariah PAS Kota Raja yg menyentuh majlis peguam sama ada masih punya 'kick' atau sebaliknya.

DSAI secara sinis bertanya anggota dewan yg lain yg kerajaan kita agak korupted berbanding majlis peguam dan beliau menegur pihak kerajaan membentang rang undang2 secara tergesa gesa dengan tanpa ahli ahli yg lain membuat semakan, tambahnya rang undang2 disokong org politik tapi dibantah oleh pihak pihak lain NGO atau majlis peguam dan sebagainya, ternyata kerajaan dan kabinet sekarang sudah takut dengan suara suara rakyat (dipetik dari Bernama).

Teguran teguran Anwar juga membuatkan Lim Kit Siang turut bertegangburat dengan Tajudin BN.

Syed Hamid sendiri mengambil peluang tidak menjawab beberapa soalan yg diutarakan Azmin Ali perihal rang undang undang itu, dan membuat berlakunya sedikit kekecuhan diantara anggota Pakatan Rakyat dan Bn.

Hari pertama bertugas di parlimen beliau sudah mula memberi riaksi yg agak keras dan beberapa kali di sorak oleh ahli ahli kerajaan.



Sebagaimana yang diketahui umum, bulan sembilan ini adalah bulan puasa bagi masyarakat Islam, dan bulan lapan sebelum nya lebih dikenali sebagai bulan 'sesumpah', yang mana pelbagai peristiwa 'sumpah' telah di mertabatkan.

Saiful telah mempergunakan bulan ogos ini untuk 'mengangkat sumpah' yang mendakwa bekas majikannya Dato'Seri Anwar Ibrahim meliwatnya beberapa kali, pelbagai soalan yang timbul dalam peristiwa itu masih lagi di pertikaikan.

Di bulan ini juga bekas menteri besar Perak,Tajol Rosli terus mempopularkan diri dimusim pilhanraya dengan igauan sumpahnya, yang mengaku tidak ada kaitan langsung dalam kejadian penahanan dua exco Pakatan Rakyat Perak oleh BPR.

... dan antara sumpah yang 'top five' juga berlaku dibulan ogos ini, apatahlagi dengan menjelangnya hari pilihanraya kecil di Permatang Pauh 26 lalu yang mengaitkan tokoh pemimpin negara masakini Dato'Najib. Beliau bersumpah mengwarkan yang dirinya tidak mengenali samakasekali Altantuya iaitu model yg berasal dari Monggolia yang mati dibunuh dengan penggunaan bom berteknoloji tinggi C4.

Setiap tahun negara kita melahirkan para cerdikpandai dengan jumlah yg agak ramai dan juga masih terlalu ramai yg tak berapa cerdikpandai yg mana turut melaung laungkan dendangan para sesumpah kita.

Kini tiba pula giliran Anwar Ibrahim untuk bersumpah yg dijadualkan dalam waktu terdekat
yg akan dibuatnya di Kuala Lumpur. Sepanjang bulan julai dan ogos beliau dicabar untuk bersumpah.. dan sekarang beliau dengan sukarelanya akan bersumpah dengan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen.

Sama samalah kita ikuti,.. jalan keluar telah di rintis..


Sehingga berita ini ditulis, keputusan secara rasmi pilihanraya raya kecil di Permatang Pauh masih belum diketahui lagi. Siaran berita keputusan pilihanraya kecil ini agak berbeza di beberapa media utama antaranya termasuklah Bernama, Utusan Malyasia, Berita Harian, Malaysiakini, mStar, Harakahdaily, Klpost dan beberapa media lain lagi, oleh kerana keputusan secara rasmi masih lagi di tunggu secara am nya mejoriti yang di perolehi Anwar mengatasi para pencabar nya.

Dengan tak rasmi nya Harakahdaily menyiarkan mejoriti perolehan Anwar sebanyak lebih 17,000, Berita Harian sebanyak 12,912, Agendadaily 16,000 lebih, Malaysiakini lebih 15,000 dan sebentar tadi mStar menyiarkan keputusan rasmi nya yang Anwar memperolehi mejority 15,671. (sedang manaip lapuran ini, tiba tiba keluar keputusan rasmi, tak jadi nak edit).

Dalam pilihanraya umum lalu Wan Azizah berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh ini dengan kelebihan mejoriti 13,888 mengatasi pencabarnya bekas Imam masjid negara, Firdaus.

Wan Azizah 'akur' dengan kekalahan mejoriti nya sebanyak 13,888 itu ditangan seorang calun yang dikelilingi pelbagai tekanan dan kontraversi dengan meraih mejoriti 15,671 yang juga adalah ayah kepada Adun Lembah Pantai saudari Nurul Izzah.

Cerita berkaitan bakal dilapurkan nanti.




Bukan hanya di tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh kedengaran perkataan “liwat” dan “konspirasi”, satu persembahan teater satira politik buah tangan sasterawan kritis Faisal Tehrani juga berdengung dengan ungkapan seumpamanya.

Persembahan di Universiti Malaya mulai malam ini berselang-seli dengan dialog menyindir peristiwa politik semasa seperti "correct, correct, correct", "anak ikan umur 23 tahun" dan "Rosma".

Bagaimanapun teater yang dipentaskan selama lima malam itu bukanlah tentang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lawan politiknya Datuk Seri Najib Razak.

Persembahan Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun di auditorium Akademi Pengajian Islam itu sebaliknya menceritakan pergolakan politik era kegemilangan kesultanan Melayu di Melaka.

Pratonton persembahan itu selama 90 minit untuk wartawan diadakan Sabtu lalu di tempat yang sama. -oleh Jimadie Shah Osman


Oleh G.MANIMARAN



(Mutakhir) PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.

Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar.

Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang tadi.

Beliau dijadualkan akan mengaku serta menerangkan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya minggu lalu.

Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.

Jelasnya, beliau telah diarahkan serta dipaksa untuk menjadi saksi majlis angkat sumpah itu.

Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Penanti.

Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.

Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."

Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.

"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," katanya.


salinan email karangan Saiful yang dihantar kepada rakan rakannya, setelah lapuran polis dibuat.
- Ihsan che gu Bard


BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) Datuk S. Nallakarupan menasihati pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh agar tidak mudah terpengaruh dengan lakonan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kempen pilihan raya kecil Selasa ini.

Beliau berkata penduduk Permatang Pauh perlu membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan dan jangan terlalu mudah percaya dengan apa yang dituturkan Anwar.

"Anwar seorang pelakon yang hebat seperti Tan Sri P. Ramlee," katanya berucap ketika melawat jentera pilihan raya MUIP bersama calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah di sini, Rabu.

Nallakaruppan berkata beliau memberi jaminan semua anggota parti itu akan memberi sokongan padu kepada Arif Shah pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau yang telah mengenali Anwar selama 30 tahun, juga menasihati bekas anggota jawatankuasa pusat Gerakan Datuk Dr Toh Kin Woon supaya berfikir semasak-masaknya sebelum menerima pelawaan Anwar menyertai PKR sebagai penasihat parti itu.

Anwar pagi tadi menawarkan Toh menjadi penasihat PKR berhubung tadbir urus tetapi Toh dilaporkan berkata beliau memerlukan masa untuk mempertimbangkan tawaran itu.

-- BERNAMA

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaannya untuk bertumbuk jika isu peribadinya disentuh oleh pihak-pihak tertentu.

"Kalau masa saya muda kemudian jadi begini, saya akan bertumbuk," katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gambar-gambar yang tidak senonoh bagi tujuan menjatuhkan maruah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, Islam tidak mengesyor menjatuhkan maruah pihak lawan untuk memenangi sesuatu perkara.

Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan BN yang menggunakan isu sumpah bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum hari penamaan calon bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh.

"Tak ada cerita lain? Tak ada hujah dan dalil-dalil lain untuk ditunjukkan kepada masyarakat bagi membantu parti berkempen?" katanya.

Tambah beliau, menggunakan serangan peribadi adalah cara bagi orang telah kehabisan modal.

"Mengapa nak serang peribadi? Peribadi pun belum tentu betul lagi," katanya.

Selain itu katanya pertandingan antara parti-parti politik adalah atas dasar sesebuah parti itu dan bukannya dalam bentuk fizikal.


IPOH: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menafikan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, tidak memberi perkenan kepadanya dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyampaikan khutbah Jumaat di dua masjid di negeri ini hair ini.

Sebaliknya, Abdul Hadi menjelaskan beliau sendiri yang membuat keputusan untuk tidak meneruskan rancangan itu dan memaklumkannya kepada Raja Nazrin kerana berasa ada tekanan daripada pihak tertentu.

"Saya dijemput dan bukan meminta (memberi khutbah Jumaat) dan saya menjunjung kasih kepada Tuanku kerana memberi penghormatan kepada saya bersama Nik Aziz.
"Tapi kerana ada gangguan daripada pihak tertentu, saya buat keputusan jumpa Tuanku untuk menarik diri kerana kita tidak mahu mengheret istana dalam perkara politik," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan Pas ke-54 di Stadium Indera Mulia di sini.

Hari ini, akhbar menyiarkan laporan Bernama yang memetik kenyataan Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman, bahawa rancangan kedua-dua pemimpin itu untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri dan Masjid Sultan Azlan Shah tidak diberi perkenan Raja Muda Perak.

Perkara itu disampaikan kepada Abdul Hadi ketika beliau menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam, kata Raja Mansor dalam satu kenyataan kepada agensi berita berkenaan.
Titah itu adalah selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian. -
Oleh ulitmayang



.. dan bermulalah era bulan ibadat yang perlu dititik beratkan dengan menjelangnya ramadhan 1429H tahun ini, seiring dengan kemunculan produk kurma yang meningkat pasarannya dibulan tersebut.

Baru baru ini saya ada menerima khabar yang kurang menyenangkan bagi kita umat Islam khasnya, dalam pelbagai jenama kurma dipasaran nanti terdapat juga beberapa produk keluaran Israel yang mana kita semua perlu berhati hati untuk memilihnya nanti, bagi mengelak perkembangan nya perniagaan negara Yahudi itu dan pelbagai kesan yang bakal dihadapi.

Salah satu jenama tersebut ialah "Jordan River" hasilnya ialah bukan dari negeri Jordan tetapi ianya adalah pengeluaran Israel yang kini sedang dibungkus di Singapura dan bakal di ekspot ke negara negara sekitar termasuk negara kita Malaysia.

Semoga kita semua tidak membelinya bagi membuat 'penentangan' termasuklah dengan penentangan sistem ekonominya. Pendedahan ini turut dinyatakan dari Berita Harian versi Singapura. Samasamalah kita fikirkan.

- manjera


Kerajaan dayus jika tidak menggunakan Akta Hasutan terhadap penganjur forum "Memeluk Islam" minggu lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak rasa (wajar menggunakan) ISA. Lebih sesuai di bawah Akta Hasutan," katanya kepada media sebagai mengulas desakan agar pemimpin Majlis Peguam dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan.

"Kita jangan dayus (untuk) menggunakan Akta Hasutan. Ini sudah dua kali dah (Majlis Peguam berbuat demikian)."

Dalam ucapan sewaktu merasmikan program Himpunan Pelajar Melayu Merdeka di Shah Alam pagi ini, Dr Ahmad Zahid juga menyifatkan badan profesional guaman itu sebagai "kurang ajar" kerana menganjurkan forum yang mencabar isu Melayu.

Beberapa pihak termasuk Umno, PAS dan Persatuan Peguam Muslim mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap Majlis Peguam dengan alasan forum tersebut telah mencetuskan kekecohan.

Selain mendesak kerajaan mengambil tindakan menggunakan ISA, sesetengah pemimpin termasuk Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dilaporkan mencadangkan penggunaan Akta Hasutan.

Selain mengulas forum kontroversi berhubung Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Dr Ahmad Zahid juga mengecam cadangan Menteri Besar Selangor yang dianggapnya boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.

"Jangan biarkan orang Melayu mengamuk," katanya.

Ahad lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar menerima kemasukan 10 peratus pelajar bukan Bumiputera untuk meningkatkan lagi kemajuan institusi pengajian tinggi itu.

Turut hadir di majlis anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu ialah Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan presiden gabungan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Program itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan GPMS.
- M'siakini

Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa ia akan bertindak terhadap mana-mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang didapati mengambil mudah tentang peranan Islam dalam pentadbirannya.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata pergerakan itu mahu pimpinan di negeri-negeri terbabit iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang supaya memperjuangkan hak, nilai dan prinsip Islam yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri masing-masing.

"Kita (Dewan Pemuda) akan menjalankan tugas-tugas kepemudaan untuk melakukan check and balance terhadap kerajaan ke arah urus tadbir baik.

"Kita bersedia untuk menegur secara diplomatik dan kita juga sanggup untuk mengambil pendekatan konfran jika teguran-teguran itu tidak dilayan," katanya dalam ucapan dasar
Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Ke-49 di Stadium Indera Mulia di sini malam ini.

Beliau memuji Dewan Pemuda PAS Selangor yang disifatkan berani menegur beberapa kepincangan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa perkara melibatkan soal hukum agama mahupun pentadbiran.

Salahuddin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berkata, sebagai sebuah parti yang telah berpengalaman memerintah dua buah negeri semenjak 1990, PAS bersedia berkongsi pengalaman pentadbirannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), serta DAP.

Menurutnya PAS menghormati dasar dan tujuan perjuangan partiparti dalam Pakatan
Rakyat itu, namun pada masa yang sama mereka juga perlu menghormati PAS dan mewujudkan budaya 'mutual respect' (saling menghormati).

Katanya, kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat juga perlu memainkan peranan penting dalam menganjakkan paradigma pemikiran rakyat untuk memahami dasar perjuangan masingmasing dan mencipta satu era baru yang lebih kondusif.

Beliau berkata, kejayaan memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini juga memerlukan para anggota parti dalam Pakatan Rakyat beranjak dari berfikiran seperti pembangkang kepada berfikiran sebagai negarawan yang melaksanakan yang diamanahkan oleh Allah.

Ini kerana, katanya PAS bersama Pakatan Rakyat adalah kerajaan alternatif kepada
BN dan bukannya pembangkang pinggiran seperti dahulu lagi.

Sehubungan itu katanya, mereka perlu memperlihatkan kepada rakyat tentang kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban pakatan parti itu sebagai kerajaan.

"Ahli-ahli PAS tidak boleh memencilkan diri kerana mereka adalah pembuat undang-undang (legislature) yang sah, maka peranan yang lebih besar perlu dimainkan untuk memastikan setiap undangundang memberi kesan positif kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, wakil-wakil rakyat PAS di Parlimen juga perlu aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan, media massa dan juga pentadbir awam kerana mereka adalah penghubung antara PAS dengan rakyat.

Salahudin berkata, beliau mengetengahkan perkara itu kerana tidak mahu pemimpin parti itu dianggap sebagai 'partisan politics' yang membawa implikasi negatif terhadap potensi parti itu.

Beliau berkata, pergerakan itu mengalu-alukan apa sahaja bentuk akomodasi dengan manamana pihak untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

Namun katanya, Pemuda PAS sekali-kali tidak akan bertolak ansur jika politik akomodatif itu bertujuan mewujudkan kerjasama politik atau perkongsian kuasa antara PAS dengan Umno atau Barisan Nasional.- BERNAMA

Angkatan Keadilan Insan Malaysia, (AKIM) melahirkan keyakinan memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Presidennya, Hanafi Mamat berkata, parti yang dipimpinannya itu akan memperoleh sokongan yang padu terutamanya daripada ahli-ahli PAS kerana teras perjuangan mereka adalah mahu menegakkan Islam dan memerlihara hak orang Melayu.

“Kami yakin akan memperoleh sokongan yang padu daripada pengudi di sana berdasarkan matlamat perjuangan AKIM,” katanya kepada mStar Online hari ini.

AKIM yang itubuhkan pada 1995 merupakan sebuah parti serpihan PAS.

Ahli-ahli yang keluar daripada Pas menubuhnkannya atas alasan tidak percaya kepada perjuangan parti itu.

Difahamkan parti itu mempunyai kira-kira 10,000 ahli di seluruh negara.

Parti tersebut pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 di kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tewas.

Jelas Hanafi, PAS hari ini telah banyak melakukan perubahan dan ini merupakan peluang menjelaskan kepada semua termasuk ahli-ahli PAS mengenai perjuangan AKIM.

“Dengan keadaan politik yang kurang stabil sekarang AKIM punya ruang untuk menang,” katanya.

Ketika ditanya siapakah calon yang akan diletakkan oleh Akim di Permatang Pauh, Hanafi berkata:

“Calonnya akan diumumkan pada 15 Ogos. Yang boleh saya jelaskan calon tersebut merupakan anak tempatan dan punya latar belakang agama yang bagus,” ujarnya.

Menurut beliau, sudah tiba masanya orang ramai membuka mata dan memberi sokongan kepada calon yang memperjuangkan Islam dan nasib orang Melayu bukan lagi memilih calon yang punya agenda tersendiri.

Tambahnya, jentera pilihan raya parti itu sudah bergerak biarpun mereka berdepan tugas getir untuk menghadapi calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Barisan Nasional.

Oleh NURUL AIN HUSSAIN


Seorang pegawai tinggi kedutaan Malaysia di Washington telah dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika berhubung pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.

Ilango Karuppannan, telah bertemu dengan para pegawai jabatan tersebut Rabu lalu, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan di mahkamah semalam.

Jabatan itu mengesahkan pertemuan tersebut berhubung kes Anwar serta isu-isu yang lain, tetapi tidak mengulas lanjut.

"Kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan diplomat Malaysia di Washington mengenai pelbagai perkara, termasuk dengan Karuppannan.

"Kes Anwar adalah salah satu perkara yang dibangkitkan," katanya.

Tindakan Amerika itu mungkin memarakkan lagi kemarahan kerajaan Malaysia.

Kuala Lumpur menuduh Washington campurtangan dalam hal ehwal dalam negerinya apabila Setiausaha Negara Condoleezza Rice bulan lalu berkata Amerika memandang berat dakwaan liwat terhadap Anwar."Kita memandang berat banyak persoalan serius yang dibangkitkan di Malaysia, termasuk oleh Majlis Peguam, berhubung kes ini," kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

Anwar - yang pernah dihukum penjara sedekad lalu atas tuduhan yang sama, tetapi kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan - mendakwa tuduhan terhadapnya itu direka oleh kerajaan bagi menghalangnya mengambil alih kuasa.

Badan-badan pemantau hak asasi manusia juga menganggap tuduhan terhadap Anwar itu bermotifkan politik, dengan Majlis Peguam membangkitkan persoalan mengenai siasatan polis dalam kes tersebut.

"Kami sekali lagi menggesa pihak berkuasa kerajaan supaya menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang boleh membina keyakinan terhadap keadilan undang-undang dan demokrasi di Malaysia," kata pegawai Jabatan Negara tersebut.
-AFP

'Mengapa saya sahaja didakwa?'


Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)? Sepatutnya dakwa kedua-dualah," katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik.

"(Pertuduhan) ini fitnah khianat."

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Beliau juga terus mengecam perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.

"Yang saya kesalkan hanyalah pendakwaan diteruskan walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa pun nampaknya dipaksa juga oleh tokoh-tokoh politik.

"Kalau tidak, mustahil pendakwaan itu dibuat," katanya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11.10 pagi.

Beliau juga berkata, semalam Abdullah berkata kes beliau sebagai "rogol" dan menyifatkan kenyataan itu "yang paling biadap."

Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.

Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya.
- Jimadie Shah Othman


Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin semalam menghadiahkan sejambak bunga kepada pihak Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana mengeluarkan laporan keatas dakwaan liwat keatas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Dalam sidang medianya selepas pertemuan bersama pihak Pengarah HBKL, beliau berkata 10 Jambak bunga yang dihadiahkan beliau mempunyai mesej tersirat dan pihak hospital agak terkejut dengan kehadiran beliau.

Menurut catatan di blog beliau, p99ampang.com, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak hospital kerana tulus jujur dan amanah dalam mengeluarkan laporan tersebut.

Katanya, beliau telah mendapat tahu isi laporan yang dikeluarkan oleh HBKL yang menyatakan bahawa tidak ada unsur-unsur liwat oleh Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan.

“Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat,” kata blog berkenaan.

Tambah tulisan blog berkenaan lagi, “salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya.”


ERBUATAN bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan," jelas Dr Asri.

Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

"Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin," jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," katanya.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).

Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, " Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan"

- mStar


Satu ketika dahulu kita semua 'disebukkan' dengan era debat antara saudara Anwar Ibrahim dengan Shabery Cik, menteri penerangan. Bagi mereka yg terlibat menghadiri dewan DBP untuk menyaksikan 'pertempuran' itu, sebelum mengambil tempat duduk masing masing kalian perlu di scan dan 'mengangkat' sumpah atau pun membaca ikrar seperti yg ingini oleh 'director' nya.

Nampaknya tak ada can lah nak bawa "C4" siasatannya agak terperinci seolah olah untuk menaiki kapalterbang.

Saya sebenenarnya tidak berkesempatan untuk menyaksikannya secara life, hanya mengikuti perkembangannya 'di udara' dan adakah hal itu benar benar terjadi? sila perhatikan 'suasana' diatas.

by MJR

;;
TAK AKTIF SELAMA 4 HARI