PEWARIS memilih PAS sebagai jalan terakhir...

Tuesday, December 30, 2008

29 Dis (Bernama) -- Kira-kira 300 anggota pertubuhan bukan kerajaan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) berkumpul di hadapan Stadium Bandar Baru Bangi dekat sini malam ini bagi menyerahkan memorandum meminta PAS membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Ketika itu sedang berjalan ceramah perdana bertajuk "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan sedikit kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Bagaimanapun selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Timbalan Pengerusi Pewaris Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Pewaris dan Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.


Katanya pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.


- refer Bernama, pening jugak ni..mengapa PEWARIS dan NGO ini memilih Pas sebagai jalan terakhir untuk mengatasi masaalah babi di Melaka? apakakah PAS boleh atau diberi kuasa autoriti oleh pemerintah secara luarannya melakukan untuk mengatasi hal ini?

Kenapa PEWARIS dan NGO ini tidak direct menyerah memo atau mengadu terus kepada Kerajaan kita? bukankah kita ada wakil yg dipilih rakyat untuk mengambil kira hal hal begini. Kita ada pemerintah, kita ada bahagian keselamata, kita ada badan kerajaan tempatan dan banyak lagi 'orang' yang berkuasa yg berkebolehan, kenapa tak pergi mengadu? dah banyak aduan katanya.. dan PAS adalah jalan terakhir..

Secara khusus nya Pas boleh mendengar aduan2 sebegitu dan paling kurang nya membawa pekara ini ke parlimen dan pergi ke selapis lagi boleh bermunajat. Yang agak pening nya napa diserah ketika majlis sesuatu acara lain sedang dilangsungkan, mengapa dipilih disuasana sedemikian. Macam ada sesuatu yg tersirat dah nyata apa yg tersurat. Fikir2lah sendiri.

- sekam tak berapi Kuala Rompin/08
READ MORE - PEWARIS memilih PAS sebagai jalan terakhir...

Hudud: Dr Mohd Hasyim Sokong MCA

Saturday, December 27, 2008

Image Hosted by UploadHouse.com

GUANGZHOU Dis25,2008. Dr Haji Mohd Hasyim bersetuju dan menyokong Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menghantar memorendum kepada PAS mengenai tidak bersetuju dan tidak berpuas hati mereka terhadap cadangan PAS untuk laksanakan hukum hudud yakni sebahagian dari perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, kalau parti itu berjaya menguasai negara ini.

"Kalau mereka (MCA) merasa berhak membantah atau tidak puas hati terhadap kenyataan pemimpim-pemimpin PAS mengenai perlaksanaan perundangan Islam yang sebahagian darinya terdapat hukum hudud, maka pemimpin-pemimpin PAS lebih berhak lagi menyatakan pendirian partinya yang telah pun dilulus oleh Pendadaftar Pertubuhan Negara Fasal 5 dalam Perlembagaan PAS kepada umum dan rakyat Malaysia." Kata Dr Haji Mohd Hasyim sewaktu dihubungi melalui telefon di Guangzhou, China sebentar tadi.

"Hari ini adalah Hari Perayaan Krismas untuk penganut agama Kristian di seluruh dunia, tetapi Kerajaan China langsung tidak menyambut perayaan tersebut secara rasmi di China, walaupun agak ramai penganut-penganut Kristian di sini. Apakah pemimpin-pemimpin Kristian tidak prihatin kepada penganut-penganutny a seperti MCA yang ingin berlagak hero di kalangan bangsa Cina di Malaysia?" tanya beliau yang juga penulis blog www. ibnuhasyim.com merangkap Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

Namun begitu beliau bersetuju penghantaran memorendum tersebut kepada PAS, kerana sekurang-kurangnya MCA sudah mengiktiraf PAS sebagai rakan yang boleh dibawa berbincang dan berunding mengenai agama Islam, bahkan lebih berwibawa dari rakan komponannya UMNO, walaupun Haji Mohd tidak bersetuju mengenai isi kandungan memorendum tersebut. Pada beliau kritik itu sebenarnya bukan kepada PAS tetapi kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

"Mereka cabar Kerajaan Malaysia! Mereka cabar pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengakui Malaysia sebagai negara yang menuju ke arah Islam. Apakah UMNO pun setuju dengan MCA yang tak mahu hukum Islam itu?" Tanya beliau lagi. "Pada saya PAS kena layan mereka lebih baik lagi. Bukan saja terima memorendum, bahkan belanja mereka minum lagi.. Perkenalkan undang-undang Islam sebenar kepada mereka, bukan seperti yang diterangkan oleh rakan karib se hidup se matinya iaitu UMNO!"

- By ASYOK KUMAR
email by doreamon_sepi@yahoo.com
READ MORE - Hudud: Dr Mohd Hasyim Sokong MCA

Gobalakrishnan bakal ke mahkamah tinggi Kucing

Friday, December 26, 2008

Image Hosted by UploadHouse.com

Gobalakrishnan ahli parlimen Padang Serai Kedah berkata, Tan Sri Taib Mahmud menggunakan kekuatan akta perlembagaan dibawah artikel 66(1) yang bermaksud dimana ketua menteri berhak melarang sesiapa saja memasuki negeri nya (iaitu Sarawak).
Berikutan dengan tindakan imigeren Sarawak tidak membenarkan beliau masuk ke negeri itu, dalam rangka lawatan nya ke Lubuk Antu bagi membantu para penduduknya untuk menyambut krismas dua hari lalu. Lebih mendukacitakan lagi katanya, pihak imigresen itu langsung tidak memberi apa apa alas an.

Sebelum ini Gobalakrishnan sudah banyak kali ke Sarawak tetapi mengapa pula ianya di bolehkan? dan mengapa pula sebaik saja Datu Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak pula adalah negeri yg menjadi harapan untuk pembangkang bertapak dan berharap pimpinan pembangkang biar kerap melawat ke sana. Barulah pekara ini terjadi. Yang agak nyata hal ini adalah muslihat politik. Bagaimana pula seorang rakyat negara sendiri tidak boleh melawat sesuatu tempat dinegara sendiri?

Akta perlembagaan dibawah artikel 66(1)(c) sesaorang individu dari sebuah badan yg ditubuhkan dibawah perlembagaan persekutuan tidak boleh dilarang masuk, dan dewan rakyat adalah dibawah persekutuan yg mana persekutuan mempunyai hak hak nya mengikut perlembagaan.

PKR telah meningkatkan lagi kempennya di negeri itu dimana pilihanraya dijangka akan di adakan pada 2010 nanti. dan Gobalakrishanan akan mencabar serta membawa kes ini ke mahkamah tinggi Kucing kerana pihak negeri itu telah membelakangi akta imigeresen.

- matjejakrasul/ref:malaysiakini
READ MORE - Gobalakrishnan bakal ke mahkamah tinggi Kucing

Datuk Zahar Hashim bertukar kampong & turut berkampong

Thursday, December 25, 2008

Image Hosted by UploadHouse.com

Dalam pertemuan dengan mStar akhbar internet, beliau turut berkata “dengan penyertaan nya ke dalam PAS, pejabat Umno diPJ Selatan akan menjadi pejabat PAS mulai esok. Apabila pejabat itu akan berubah suasana nanti dan beroperasi semula akan ramai lagi di antara ketua ketua cawangan akan berpailng arah, katnya.


Keresahan pimpinan Umno yg menggantung keahliannya baru baru ini, antaranya berikutan dengan pendedahan beliau berkenaan penyelewengan tatacara pembelian Eurocopter yg tidak mengikut prosesdur yg ditetapkan. Rasa kurang senang beliau semakin memuncak sejak mei lalu dengan perubahan keadaan politik Umno di Selangor.


“Secara terus terang, saya tidak menghormati pimpinan tertinggi dalam Umno, yg banyak keputusan dibuat tidak mengambil kira keperluan kehendak rakyat Melayu khusus nya” tambah beliau.


Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan bersama sama Datuk Zahar nanti berada di Terengganu yg bakal menyertai kancah pilihanraya kecil januari ini dan turut membawa Datuk Zahar ke masjid Rusila serta bertemu tuan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi nanti.

- matjejakrasul/ref BuletinOnline
READ MORE - Datuk Zahar Hashim bertukar kampong & turut berkampong

Rumah Syed Hamid disimbah cat merah

Wednesday, December 24, 2008

Image Hosted by UploadHouse.com

CAT merah (dalam bulatan) yang disimbah ke kediaman Syed Hamid di Kampung Jawa, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI - Penduduk daerah ini gempar apabila rumah kediaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar di Kampung Jawa di sini semalam disimbah cat merah dipercayai akibat perbuatan khianat.

Tinjauan Kosmo! mendapati cat itu disimbah di lantai sisi dan belakang rumah banglo dua tingkat tersebut dan dipercayai dilakukan pada awal pagi semalam.

Dipercayai cat tersebut dibaling dari luar pagar rumah menteri itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian yang dipandang serius itu.

"Kita belum mengetahui siapa yang terbabit dan setakat ini kita belum ada identiti suspek-suspek yang disyaki," kata beliau.

Dua hari lepas, dinding bangunan pusat khidmat Syed Hamid yang terletak di Jalan Jaafar dan bangunan pusat khidmat Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique di Jalan Mempelam di sini turut diconteng dengan kata-kata kesat.

Menurut beliau, selain rumah Syed Hamid yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, turut menjadi mangsa simbahan cat semalam ialah rumah setiausaha akhbar menteri itu, Rosleli Jahari yang terletak di Jalan Limau Kupas 1, Taman Kota Jaya di sini.- Kosmo
READ MORE - Rumah Syed Hamid disimbah cat merah

perkhidmatan internet TM terganggu

Sunday, December 21, 2008

Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah.

TM berkata, kerja-kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.

Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akan alami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya.

TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalah seperti sediakala.
Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih "perkhidmatan internet" atau di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya.- BERNAMA
READ MORE - perkhidmatan internet TM terganggu

RTM bermasaalah dengan puisi Dato'Asri bekas mufti Perlis

Thursday, December 18, 2008

Sebuah puisi karya Dato'Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis, telah diadunkan menjadi sebuah lagu nyanyian kumpulan Koptratasa bertajuk "Aku Bukan Musuh Harta". Lagu ini tidak mendapat kelulusan pihak RTM atau di gam dek kerana masaalah lirik nya, jelas penerbit album tersebut Xifu Nasir. Album itu bertajuk "Yang Benar Tetap Benar".

Image Hosted by UploadHouse.com

Tambah beliau lagi, hanya RTM sahaja yg 'menahan' siaran lagu itu manakala setesen setesen lain sudah meluluskan sepenuh nya. Dato'Asri yg tika ini berada dikediaman nya Lempeter, England dihubungi dan beliau merasa kesal dengan tindakan itu. "Katanya lagi,"Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan."

Dari lapan buah lagu yg liriknya nukilan Ustaz itu dalam album tersebut, turut di muatkan juga dua buah pusi yg disampaikan bekas mufti itu berjodul "Politik Namanya dan Salah Menduga". Antara nama nama besar yg terbabit dalam penghasilan album ini termasuklah, Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik, edaran Nasyeed.com.

- suntingan dari mStar
READ MORE - RTM bermasaalah dengan puisi Dato'Asri bekas mufti Perlis

Muliakanlah anak-anak dengan ilmu agama

Monday, December 15, 2008

Image Hosted by UploadHouse.com gambar hiasan

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.

Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ..

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”



- email by faruqi2001@yahoo.com
READ MORE - Muliakanlah anak-anak dengan ilmu agama

Peniaga Tawar Diri Bertanding PRK K/Terengganu

Image Hosted by UploadHouse.com

Peniaga getah sekerap, Isma Airfath Hassanuddin pada hari Ahad menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan depan.

Isma, 38, yang berasal dari Kampung Kok Pauh, Rantau Panjang, Kelantan mengisytiharkan untuk bertanding pilihan raya kecil itu, pada satu sidang media di Batu Burok, petang ini.

"Hobi saya (bertanding pilihan raya). Malah, saya terpanggil untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil ini kerana merasakan amalan demokrasi masih wujud di negara ini.

"Jangan terperanjat jika saya menang pada pilihan raya kecil tersebut, nanti," katanya yang telah mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, pagi ini.

Isma yang juga merupakan peniaga makanan dan pakaian, berkata sebagai ahli persatuan skuter (Vespa), beliau memperoleh sokongan padu daripada rakannya di bandar Kuala Terengganu untuk bertanding pada pilihan raya itu.

"Mereka berjanji untuk berkempen secara agresif bagi memastikan saya menang pada pilihan raya kecil tersebut," katanya yang berada di sini sejak semalam bagi meninjau sentimen pengundi di kawasan berkenaan.

Isma turut terkejut apabila persatuan-persatuan kelab bermotor lain di Terengganu bersedia untuk memberi sokongan kepadanya dalam pilihan raya kecil itu.

"Daripada tinjauan awal, saya dapati saingan di sini pastinya sengit. Mungkin lebih daripada pertandingan tiga penjuru... kita tunggu dan lihat," katanya lagi.

Beliau berkata hasratnya bertanding kali ini ialah bagi membersihkan namanya yang dikaitkan menerima tajaan daripada beberapa anggota Umno Rantau Panjang ketika bertanding pada pilihan raya umum lepas.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, beliau dan calon Barisan Nasional Mohd Afandi Yusof tewas dalam saingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Rantau Panjang yang dimenangi calon PAS Siti Zailah Mohd Yusof.

Isma yang lebih dikenali sebagai "Kosing" di kalangan rakannya, berkata beliau akan terus menggunakan "kepala harimau" sebagai lambangnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, Isma berkata beliau tidak perlu berceramah atau mendirikan markas, sebaliknya hanya keluar bertemu pengundi.

Bapa kepada lima anak, berusia antara 6 bulan dan 15 tahun itu berkata beliau tidak bimbang hilang wang pertaruhan kerana menganggap ia sebagai "adat" jika inginkan sesuatu.

-- BERNAMA
READ MORE - Peniaga Tawar Diri Bertanding PRK K/Terengganu

serangan'bogel' tak menjadi? hanya sidang akhbar

Friday, December 12, 2008

Image Hosted by UploadHouse.com

Hari ini 12/12/08 hari jumaat juga merupakan tarikh ‘kritikal’ bagi pengamal pengamal kewartawanan di negara tercinta ini, bersamaan juga dengan 14 zulhijah dan 11, 12 & 13 zulhijah merupakan hari tasyrik yg diharamkan berpuasa.. hari hari makan dan minum dengan mengingati Allah, itulah amalan amalan pengibadatan para hijjat ditanah suci.

.. dan dinegara kita pula pada tarikh 12 hb ini telah dijanjikan Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar untuk mengadaakan perarakan ‘bogel’ dijalan raya. Ramlan sudah melafazkan untuk melancarkan perang ‘bogel’yg di istiharkannya kepada MB Selangor Dato’ Khalid Ibrahim. Perancangan nya untuk menyerang MB itu di majlis majlis yg dihadiri nya. Hal ini berikutan dengan permintaan nya agar MB Selangor itu mengkaji semula kadar sewaan Progran Perumahan Rakyat PPR yg mana beliau tetap memegang manifesto pilihanraya, Negara Kebajikan.

Bagi pihak Khalid Ibrahim pula mengatakan ia tidak gentar dengan ugutan itu dan menyatakan pekara itu sudah selesai dengan memberi kepada mereka yg berpendapatan bawah 1500.00 kebawah boleh membayar sewaan dengan kadar Rm 124.00 ia itu kadar lama.

Idea tuan Presiden Reformis ini juga banyak menerima pelbagai kontra dari masyarakat keliling, kerana cara atau gaya yg bakal ‘dipersembahkan’ itu tidak mengikut saluran yg sesuai untuk membuat bantahan.


Berita yg diterima, beliau hanya buat sidang akhbar dengan kehadiran 10 orang penyokong di gelanggang takraw depan sebuah runah di Sentul Utama bersama beberapa orang wartawan dan li[utan TV. Dalam sidang akhbar itu beliau turut menyentuh DSAI serta melebelkan Anwar sebagai jelmaan syaitan, munafik, hipokrit, penipu dan pendusta. (Malaysiakini)

READ MORE - serangan'bogel' tak menjadi? hanya sidang akhbar

Antara dua darjat? retetan Bkt.Antarabangsa

Image Hosted by UploadHouse.com

Malaysia Negara ku, bukan Negara kuku sebagaimana agak keriuhan sedikit waktu dahulu dengan ‘creatif’ nya si-pencipta lagu Negara kuku oleh graduan kita di Taiwan, Namewee.

Sebagaimana yg kita maklum, banyak lokasi dinegara kita ini sering dilanda pelbagai kejadian antaranya kejadian tanah runtuh, tanah mendap, banjir kilat atau pun banjir conventional, mahupun kondo roboh serta masjid roboh dan sebagainya.


Mutakhir ini dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, yg penghebuhannya terlalu meluas, sedemikian juga pada 1993 lalu dengan peristiwa ‘Highland Tower’. Tanah runtuh ini turut berlaku di Lenggong, Sik, Gua Musang mahupun di Genting Highland, beberpa tahun lalu. Begitu juga kejadian banjir yg agak kritikal di Kota Tinggi, Segamat, Kota Bharu, Perlis dan beberapa lokasi lain lagi sering dipantau @ syaki akan berlaku.

Motifnya disini terdapat perbezaan yg agak ketara dengan ‘sambutan’ yg berikan oleh pelbagai pertubuhan, badan badan penyelamat, pembesar pembesar Negara, ahli ahli politik, para kenamaan, Ketua Polis, PBT, CEO-CEO, Ahli2 perniagaan, jutawan jutawan malah pihak istana sekali pun. Tak kurang juga dengan media2 atau badan badan penyiaran, yg begitu aktif membuat liputan dan tak ketinggalan dengan para artis kita, yg begitu ‘ambil berat’ dengan peristiwa ini.


Mungkin kemasyhuran Bukit Antarabangsa itu sendiri, dengan penempatan mewah dan dihuni ‘tokoh tokoh’ ternama, itulah yg menggamit keperihainan mereka ini.. secara ‘automatik’ terbina nya jambatan kilat, tertubuhnya persatuan penghuni2 disitu bagi membela keresahan yg dihadapi, tanpa disedari dengan sendiri nya ada gerai menyedia roticanai percuma. Kelainan jika tanah itu runtuh di kampong kampong atau kawasan yg seangkatan dengan nya. Memanglah di akui bantuan dan sumbangan tetap diberi, malah jika berlaku banjir di negeri Pahang misalnya, pihak istana turut mengambil berat rakyat2 nya, begktiu juga MB atau pun wakil2 rakyat nya. Semetelah lagi pihak bomba, tentera, Majlis Daerah dan sebagainya. Realitinya tidaklah sehebat yg ‘dipaparkan’ sekarang ini.


Rasa ‘kagum’ pula dengan jentera2 dan badan penyelamat nya bertungkus lumus, dan di Bukit Antarabangsa ini juga yg menariknya di penyiaran mStar ada tersiar keluhan pengerusi Per.Penduduk Bkt.Antarabangsa(BARA) Dr.Mohd Rafick Khan yg menyatakan ada penggantungan iklan dari kedua dua parti iaitu kerajaan dan pembangkang di pusat pusat bantuan masing masing.


Walau bagaimana ketabahan penghuni2 nya cukup baik walaupun berlaku beberapa insiden2 kecil, kecurian dan sebagai nya, semoga ia nya menjadi pengajaran untuk semua dan takziah juga adanya.

READ MORE - Antara dua darjat? retetan Bkt.Antarabangsa

Peristiwa Bukit Antarabangsa, bukan salah manusia - kata Pak Menteri Perumahan

Wednesday, December 10, 2008

Tidak ada bukti jelas menunjukkan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabngsa pada Sabtu lepas berpunca daripada kecuaian manusia, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini.

Beliau berkata, faktor semula jadi mungkin menjadi penyebab tragedi itu berikutan hujan hingga terjadinya runtuhan tanah. "Kalau keruntuhan ini berpunca daripada kecuaian manusia, pasti ia berlaku sejak awal selepas setahun dua rumah dibina tetapi kawasan perumahan di sini dibina sejak 15 tahun yang lalu," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian.

Image Hosted by UploadHouse.com

.. dan di parlimen juga riuh mengatakan "kejadian tersebut tidak boleh diletakkan ke atas kegiatan pembinaan berdekatan lokasi kejadian.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan hujan yang berpanjangan sebagai salah satu punca kejadian tanah runtuh itu," katanya.

Pening juga memikirkan, dikatakan oleh pembesar pembesar yg terlibat.. peristiwa ini tiada bukti jelas berpunca dari kecuaian manusia, yang membina bangunan dilereng lereng bukit itu bukan manusia ke? dan yg melulus projek tu siapa? bukan manusia jugak ke?.. kontrektor, konsultan, pemaju dan majlis kerajaan tempatan manusia serupa kita juga kan..

Sememangnya di akui hujan juga antara punca nya, tapi jika di bina bangunan di atas bukit apa cerita? nak salahkan hujan juga ke..

Kata Musa Hitam, kalian tak belajar dari kejadian Highland Tower. Selepas peristiwa Highland Tower cukup riuh agar dihentikan perojek2 dilereng lereng bukit tapi 15 berlalu projek mana yg dihentikan? siapa yg laung laungkan dahulu?..

Ada 'pitih' semua jadi. Bina condo boleh, lulus projek atas bukit boleh, sign itu boleh, sign ini boleh. Bila berlaku pekara begini mulalah menjurus jari telunjuk, si-anu itu si-anu ini. Ada yg berpangkat 'kolonel' yg bercakap tak sepadan dengan pangkat, ada penghuni terbabit tengking ahli parlimen. MPAJ di serang. Satu peristiwa menjadi seribu peristiwa!

- pernah menetap di Hulu Kelang

READ MORE - Peristiwa Bukit Antarabangsa, bukan salah manusia - kata Pak Menteri Perumahan

Petugas MPAJ di'serang', Azmin Ali tenteramkan..

Image Hosted by UploadHouse.com

Sekumpulan petugas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tergamam kira-kira 20 minit apabila seorang penduduk yang juga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini, ‘naik angin’ di khemah operasi petugas MPAJ.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, lelaki itu dikatakan marah dengan layanan diberikan petugas MPAJ dalam membantunya berpindah dari kediamannya di pangsapuri Oakleaf Park, di sini.

Tumiran Kasdi, 56, yang menghidap sakit jantung di katakan ‘menyerang’ kira-kira 10 petugas MPAJ sebelum menghamburkan pelbagai kata-kata pedas mendakwa tidak diberikan bantuan sewajarnya.

Lebih memanaskan keadaan apabila lelaki terbabit menjerit sambil memberitahu dia turut membayar cukai taksiran setiap tahun kepada MPAJ, namun tidak menerima layanan baik ketika cuba untuk berpindah.

Insiden yang turut disaksikan berpuluh petugas penyelamat dan wakil media itu tercetus apabila dia cuba meluahkan semua perasaannya kepada kakitangan MPAJ bertugas.

Namun, lelaki berkenaan akhirnya ditenteramkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang berada di lokasi kejadian.

Sejurus kejadian itu, Tumiran memberitahu tindakan penuh emosinya berpunca kerana dia tidak dibantu ketika dirinya sibuk memindahkan barang dari rumahnya petang kelmarin. - metro
READ MORE - Petugas MPAJ di'serang', Azmin Ali tenteramkan..

"bila nak masuk Umno balik?" Ibrahim Ali tersenyum...

Saturday, December 6, 2008

Dihari terakhir sidang dewan rakyat berlangsung sehingga lewat malam khamis lalu, para ahli parlimen menunggu akhir sidang kerana rang undang undang perbekalan 2009 perlu diluluskan. PM sendiri turut berada di parlimen tika itu, sebagaimana yg di ketahui amat jarang sekali mejoriti ahli parlimen memenuhi sidang. Apabila hari terakhir ataupun untuk meluluskan rang undang undang barulah keadaan sedikit berubah.

Diwaktu rehat sebelah malam kalangan ahli parlimen sebuk meruangkan masa untuk menjamu selera masing masing dan pada hari itu Pak Lah bersama beberapa orang ahli yg lain juga berehat sambil mengalas perut dengan nasi lemak bungkus, Ahli parlimen Bebas Ibrahim Ali turut mencelah dan riuh dengan jenaka nya walau pun sebentar tadi berbahas bagai nak rak. Begitulah juga dengan ahli ahli pembangkang yg lain mereka tetap berbual mesra dengan wakil wakil kerajaan walau pun dalam dewan kalian sering menghentak meja.

Image Hosted by UploadHouse.com

Pak Lah sempat kata sambil bergurau dengan Ibrahim Ali, “bila nak masuk Umno balik?” Ibrahim tersenyum, dan sebelum beredar semula ke dewan beliau sempat bersalam dengan Pak Lah sambil berbisik sesuatu kepada PM kita, itulah yang menarik nya.

- ref/agendadaily
READ MORE - "bila nak masuk Umno balik?" Ibrahim Ali tersenyum...

Rumah Dato'Shah Rukh Khan di Melaka - Dato' Ali Rustam

Friday, December 5, 2008

Esok sabtu 6/12 di jangkakan begitu meriah di negeri bersejarah kita, Melaka. Ketibaan pelakun terkenal Bollywood Dato'Shah Rukh Khan ekuran penganugerahan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yg membawa gelaran Dato' akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Air Keroh dijadualkan pada jam 10 pagi.

Dato SRK kita ni bakal di persalinkan dengan salinan baju Melayu bersongket yg bernilai Rm3000/= yang ditaja oleh Institute Seni Malaysia Melaka dan cara pemakaian nya ala P.Ramlee. Persalinan rasmi negeri digunakan untuk pertama kali pada tahun ini oleh Dato'SRK kata Pengarah Urusan Sovereign Wear Sdn Bhd yg bertindak sebagai penaja nya.

Dato' Mohd Ali Rustam yg mengesahkan perkembangan itu berkata, beliau akan memaklumkan kepada pelakun itu yg kerajaan negeri mempelawa pembelian kediaman mewah di negeri Hnag Tuah ini menerusi 'My 2nd Home Program'. Tambahnya sekiranya pelakun Bollywood itu tidak berminat, beliau akan di beri pilihan lain iaitu tawaran tapak perumahan di perkampongan Artis Malaysia Ala Hollywood, yg sedang dalam pembangunan di Melaka Indah.

Image Hosted by UploadHouse.com
suasana dalam rumah beliau di India

Mungkin jika Dato'Shah Rukh Khan berminat untuk membeli rumah di Melaka, adalah orang yg berluang berjiran dengan aktor itu. Mungkin juga hanya berjiran dengan rumahnya sahaja, sebab yg pasti pelakun itu amat sebuk dengan 'dunia' nya dan kehidupan tetap nya di India.

Melaka negeri ku - Sungai Rokan /08/editor
READ MORE - Rumah Dato'Shah Rukh Khan di Melaka - Dato' Ali Rustam