cerita lain sempena PRK Kuala Terengganu -siri 2

Friday, January 23, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Keenakan rasa ikan bakar, sering menjadi igauan di antara kita. Tak kira di Batu Pahat, Kajang dan membawa ke seantero di merata daerah dinegara ini... dan kali ini 'si-pemerhati politik kecil' membawa pula satu penceritaan berkait dengan ikan bakar di suasana 'panas' sempena PRK Kuala Terengganu baru baru ini.

Wa sendiri tidak begitu mengetahui lokasi ini kerana agak jarang 'bermain' di Terengganu, kebetulan gara gara pilihanraya kecil pada 17hb. lalu wa berkesempatan berada disana untuk beberapa ketika. Namun begitu belum terlambatlah lagi untuk wa mengucapkan tahniah kepada Hj.Ab.Wahid Endut, diatas kemenangan beliau dalam perebutan kerusi parlimen itu. Kapada calun Bn En.Wan Farid, jangan putus asa boleh cuba lagi dilain kali demi merialisasikan pengaruh parti masing masing.



Selepas tamat waktu mengundi jam 5.00 ptg, group saya mula beredar setelah 'meninjau' beberapa pusat mengundi sebelum itu dan seorang sahabat warga Terengganu mencadangkan kami berehat dan minum petang disebuah restoran ikan bakar, yang pernah menjadi restoran 'kontraversi' dengan bermulanya hari penamaan calun, di Kuala Terengganu. Wa pun turut muskil dengan tidak berpeluang merakamkan gambar di lokasi yg diceritakan ini.

Restoran Shelly juga dikenali dengan 'Kedai Hamid' terletak dibawah gertak atau jambatan Kuala Ibai yang menyajikan pelbagai masakan panas sejajar dengan terkenalnya masakan ikan bakar di lokasi tersebut. Ketika kami tiba ke restoran itu, saya perhatikan suasan nya agak 'hening' pelanggan pun tidaklah begitu ramai lagi, al maklumlah tempuh layak mengundi masihlagi 15 minit berlalu. Ruangan disebelah tepi menghadap kocakan arus sungai, satu meja panjang yg di sediakan pinggan dan cawan beralaskan kain meja berwarna hijau pucuk pisang, se akan akan menantikan para tetamu 'khas' yg bakal bersarapan sebentar lagi.

Wa and the geng mengambil tempat, sambil membuat pesanan kami berbual bual dan tak ketinggalan juga Ketua Moderator Tranungkite online dan Ust.Azman Shapawi bekas adun Dungun yg lalu. Di ke asyikan bercerita bab 'politik' tanah air, rakan dari Terengganu menyatakan, "beberapa hari sebelum itu satu kejutan yang berlaku di restoran ini, dek pertembungan dua orang tokoh politik tanah air yang membuat sedikit 'keriuhan kecil' kerana seorang tokoh pembangkang berada di meja yg berhampiran sungai, manakala se orang lagi tokoh dari Selangor bersama kumpulannya baru saja tiba dan menuju ke meja yg berhampiran sungai juga. Apa bila beliau terpandang saja Datu'Seri Anwar Ibrahim sedang menikmati makanan bersama rakan rakan Parti Keadilan nya, Sang Bekas MB Selangor ini terpaku seketika dan konon berjalan terus sambil membelok ke belakang lalu beliau bersama group nya beralih tempat ke meja dibahagian sisi depan berdekatan dengan tanah daratan".

Orang ramai yg memenuhi gerai itu tersenyum memandang Datu'Khir Toyo berjalan lurus sambil membuat u-turn kebelakang. Ramai dari pelanggan waktu itu terdiri dari para penyokong pari masing masing yg bertanding pada 17hb. nanti.

Sambil geng Datu'Khir Toyo menjamu selera, kumpulan Anwar Ibrahim pula mula beredar, dan melalui jalan sisi keluar dari restoran itu. Wa punya rakan ini juga menceritakan, yang Si-MB lama negeri Selangor itu tutut menjelaskan bayaran makanan dari orang ramai yg duduk berdekatan dengan meja nya, tak kira yag memakai kopiah mahupun bertopi 'lidah anjing' atau bertopi sudu.

Sejak hari penamaan calun sehinggalah ke hari kemuncaknya 17hb,restoran itu menjadi tumpuan ramai lagi pemimpin politik kedua dua belah pihak yang agak sebuk 'menjalankan tugas' bagi mempengaruhi para pengundi dikawasan itu, Parlimen Kuala Terengganu.