Terjumpa dengan moderator Tranungkite Online

Sunday, March 15, 2009


Depan resort, kalau air pasang kawasan rumah itu, menjadi "pulau" sebab di belakang nya laut lepas


Baru baru ini saya berkesempatan mengunjungi Lagoona Villa Resort Cherating, Kuantan Pahang, kerana menghantar anak lelaki saya untuk mengikuti kursus jangka pendek „Kem Motivasi Remaja Muslim“ di bawah anjuran bersama sebuah badan Consultan dan Madrasah Darul Taqwa dari Terengganu.


Antara aturcara kem tersebut termasuklah riadah, muhasabah diri juga jungle tracking yang kesemua modul nya berlandaskan corakerja keIslaman yang mana ianya di bawa oleh beberapa orang Ustaz lepasan Jordan dan 15 orang facilator nya.

Semasa saya membuat pendaftaran anak saya itu, saya terpandang seorang yang pernah saya ketemui dimajlis sambutan hari raya anjuran Tranungkite Online/Kelab TKO Timur tahun lalu yang dibuat di pusat peranginan Telaga Simpul Kemaman. Beliau juga turut menghantar anak nya ke kem motivasi ini.

Saya menyapa nya, dan ketika perbualan kami itu, beliau ada menceritakan proses menyiapkan t-shirt kelab tko timur sedang dilaksanakan dan mungkin bakal disiapkan sebelum menjelangnya hari piliharaya kecil di Perak nanti, dan saya sendiri pun ingin untuk menempahnya nanti. Tambah beliau lagi, insya Allah akan di buka satu thread dalam forum di Tranungkite nanti berkaitan dengan t-shirt itu nanti.

Beliau juga menceritakan kemungkinan beberapa ‚projek kelab tko timur bakal di laksanankan dimasa terdekat ini, termasuklah mengadakan rombongan ke Perak ketika PRK nanti selain menawarkan t-shirt kelab tko kepada ahli ahli nya. Beliau diTranungkite Online lebih dikenali sebagai Matjejakrasul, beliau juga tidak mahu gambarnya dirakamkan dan kata nya „kita dah kenal“ tak payahlah dengan gambar gambar tu.

Sebelum kami berpisah, sempat juga minum bersama keluarganya direstoran resort tersebut, yang lebih bercirikan ‚classic tradisional’ bersama dengan keindahan lagun yang beralun mendamaikan suasana, kepada remaja remaja di kem motivasi itu dan penyewa penyewa resort tersebut.
- Indahnet/ 09