T-Shirt Kelab Tranungkite Online, di Bukit Gantang

Monday, March 23, 2009



Pembuka bicara hari ini, pohon maaf pada semua kerana dah lama tak kemaskini artikel disini.Rasa nya dah seminggu lebih blog ini kurang aktif, dan ada pesanan "akan di updatekan/naik taraf dari masa ke semasa" namun meleset juga dengan apa yang diharapkan.



Hal ini gara gara dengan kesebukan 'penyunting' dengan tugas tugas harian nya dan tumpuan terpaksa di berikan kepada penyiapan tempahan t-shirt oleh kelab TKO timur @ lebih dikenali dengan kelab Tranungkite Online Bhg.Timur. Kelewatan penyediaan dengan lebih awal terbantut disebabkan oleh beberapa masaalah teknikal. Didalam 'keenakan' memprosesnya, tiba tiba dikejutkan dengan perubahan beberapa 'artwork'dan pihak penyedia cepat cepat 'edit' bagi mengelakan kelewatan berganda.

Secara tak langsung, penghasilan nya bertukar menjadi dua version. 42 helain pertama yang menjadi cetakkan awal itu, berubah font utama nya dari 'arial black' ke 'Monotype Crosiva'. Dibahagian belakang t-shirt itu juga berubah dengan penampilan link tko, bersama 'trademark' nya, yang menjadi lambang tranungkite.net. Di bahagian belakangnya itu menggunakan cetakan 'objek timbul'.

T-Shirt ini di keluarkan dengan dua warna, ia itu putih dan hitam dan tak dipastikan kemungkinan ada warna warna lain pada cetakan seterus nya nanti.

Pada target awal nya, kemungkinan t-shirt ini akan diperkenalkan di Bukit Gantang, sempena hari penamaan calun PRK hari ahad akan datang ini. Beberapa orang rakan dari utara, ada juga 'bertanya' sama ada saya sendiri akan turut berada disana nanti..saya pun belum pasti untuk kesana, walau bagimana pun 'perhati' juga perkembangan nya nanti, kut kut 'jadual' itu berubah.

Mungkin juga akan di uploadkan illustrasi t-shirt tersebut besuk, atau pun dalam masa satu atau dua hari lagi.

Dua gambar di atas adalah version pertama.