Tahap keselamatan di Parlimen

Tuesday, March 3, 2009


Beberapa kenyataan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar amat meragukan dengan keselamatan dalam negeri. Kata Datuk Seri Hamid Albar, "Mengikut amalan sebelum ini, polis tidak datang masuk campur tangan apa yang berlaku di pekarangan dan di dalam bangunan Parlimen kecuali diminta oleh Yang Dipertua Dewan," katanya semasa menggulung perbahasan usul terima kasih Yang diPertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.



Polis hanya datang ke Parlimen sekiranya mereka mendapat kebenaran dan dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan, tambah beliau lagi. Begitu juga dengan kata kata Timbalan Yang di pertua Datuk Wan Junadi, yang beliau tidak secara peribadai jika pihak polis campurtangan dalam urusan di parlimen.

Sebab itu mudah sekali tercetus pertelingkahan terhadap Karpal Singh baru baru ini dan pihak polis tidak mengendahkan panggilan dari Karpal ketika insiden itu. Mungkin itulah retetan kenyataan dua pembesar tadi. Apabila rusuhan sedemikian terjadi dan ada yang pertikaikan keselamtan di parlimen, barulah timbul suara suara kita akan pertingkat keselamatan di parlimen, habis tu sebelum ini bagaimana dengan keselamatan di parlimen? sudah 50 tahun parlimen beroperasi baru sekarang nak pertingkatkan keselamatan.

Yang Dipertuan Agong sering ke Parlimen, bagaimana dengan keselamatannya? Kata Wan Junaidi lagi, sebelum ini saya pernah bantah pihak polis yang mengawal tempat letak kereta dan mengambil fail di parlimen, tapi saya tak pernah hebuh kepada orang pun. Sesekali difikir seolah olah satu kelucuan pula dengan kenyataan ini, sedangkan semasa piliharaya kecil di Terengganu (penamaan calun)unit kereta perisai & helicopter di sediakan. Parlimen menempatkan para pembesar negara, termasuk Yang Dipertuan Agong dan para menteri dan wakil wakil rakyat dan disanalah tempat menggubal undangundang negara. Takkan keselamatan di abaikan,

Kenyataan kenyataan itu di nyatakan di parlimen apabila, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang mahu tahu sama ada polis akan melindungi anggota Parlimen yang diancam keselamatan oleh mana mana pihak dalam kawasan Parlimen. Mungkin akan datang parlimen kita akan menempatkan unit watercanon, Malaysia boleh!

- ref mStar/m-Jr