Ulasan Penamaan Calon 2 Bukit 1 Batang - N25 N29 & P59

Tuesday, March 31, 2009



Terpahat dlm lipatan sejarah apabila 3 PRK akan dilakukan serentak bulan depan. 7 April tarikh keramat & tarikh sejarah apabila pengundi di ketiga2 kawasan akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pemimpin kawasan mereka.

N25 Bukit Selambau - Kedah

P59 Bukit Gantang - Perak

N29 Batang Ai - Sarawak

Kejutan yg paling ketara adalah di N25 Bukit Selambau apabila terdapat lebih kurang 15 Calon dilaporkan akan bertanding. Di P59 pulak menyaksikan perlawanan 3 penjuru BN-UMNO Vs PAS Vs Bebas & perlawanan 1 lawan 1 di Batang Ai N29 Sarawak. PKR buat pertama kalinya akan mencuba nasib pada PRK peringkat negeri di Sarawak.


N25 Bukit Selambau



Pencalonan dikejutkan & dimeriahkan dgn 15 pencalonan diterima. Kebanyakan calon2 bebas yg bertanding adalah drpd PKR sendiri. Mungkin kerana memikirkan habuan yg bakal diterima oleh Kerajaan Negeri (menjadi Exco wakil Kaum India) jika terpilih maka ramai calon2 menawarkan diri. Hakikatnya mereka2 ini merupakan ahli2, Hindraf & juga pemimpin dlm PKR sendiri yg tidak merestui calon Penasihat Parti mereka PKR. Jelas menunjukkan PKR sendiri mempunyai conflik dalaman yg amat membimbangkan. Perpecahan amat jelas & adakah ini menunjukkan akan terdapat perpecahan undi oleh calon PKR sendiri. Kita akan saksikan pada 7 April ini.

Calon BN S.Ganesan dr MIC bermula dgn lebih baik berbanding rakannya dalam PKR. Meskipun parti beliau dilanda masalah kepimpinan namun ia tidak mematahkan semangat BN hasil dr suntikan kepimpinan baru drpd UMNO. Walaupun mungkin ada sedikit protest yg dr pihak UMNO yg inginkan calonnya bertanding ia tidak sedikitpun menghalang penyokong2 BN yg berarak amat bersemangat sekali.

P59 Bukit Gantang - Perak


Pertandingan 3 penjuru akan berlaku. PAS meletakkan Ir Nizar, BN-UMNO meletakkan calon tempatan Ismail Safian & calon bebas Kamarul Ramizu Idris. Melihat kepada penyokong2 yg hadir dapat diramalkan pertandingan di P59 adalah pertembungan yg amat sengit sekali. Bukit Gantang boleh dikatakan kubu kuat PAS & memandangkan salah satu calon PKR dahulu telah menjadi bebas akan menjadikan ia lebih menarik.

UMNO mengambil isu derhaka Nizar kepada Sultan Perak, isu tanah 999 tahun, isu tadika kemas, isu PAS tunduk pada DAP atas perlantikan Ir. Nizar sbg calon Bkt Gantang & bbrp lagi isu tempatan sebagai modal kempen di Perak. Manakala PAS mengambil isu rampasan kuasa BN di Perak bagi menarik simpati pengundi2 di P59. Kalah & menang PAS akan memberikn 'indication' adakah rakyat merestui kerajaan pimpinan BN yg baru di Perak.

Menangnya UMNO akan menunjukkan org Melayu tersinggung dgn perlakuan PAS, DAP & PKR yg menjadikan Sultan kambing hitam utk melahirkan ketidakpuasan hati akibat kehilangan Negeri Perak. Ini menjadikn PRK di sini merupakan terlalu penting bagi kedua2 pihak.

N29 Batang Ai - Sarawak

Di Batang Ai pula BN meletakkan calon tempatan Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang. Meskipun kawasan ini merupakan kawasan selesa bagi BN. Tetapi kredibiliti PKR tidak boleh dipandang rendah. Melihat kepada majoriti yg tidak begitu tinggi. Apa2 pun mungkin terjadi.

DSAI memerlukan kemenangan di N29 utk memberikan impak kepada bertapaknya PKR di Sarawak memandangkan Pilihanraya Kecil Sarawak berkemungkinan diadakan pada tahun 2010. Meskipun PKR merupakan calon underdog disini PKR yakin bahawa dgn mengetengahkan isu Tanah kaum Iban di Batang Ai. Meskipun begitu insiden dimana penyokong PKR dihalau semasa cuba berkempen di rumah panjang Batang Ai menunjukkan indikasi PKR tidak diterima oleh masyarakat & bakal berdepan dgn laluan sukar.

Apa2 pun BN- PRS tidak boleh memandang rendah kebolehan lawannya kali ini memandangkan ia pertandingan 1 lawan 1. Kita saksikan keputusan nanti.
-by anaklangkawi - http://other-perspektif.blogspot.com/2009/03/ulasan-penamaan-calon-2-bukit-1-batang.html