Malaysiakini tarik suku juta pembaca

Thursday, April 9, 2009



Hampir sepuluh tahun beroperasi sejak November 1999, Malaysiakini kini berjaya menarik 250,000 pembaca setiap hari.

Bulan lepas sahaja, laman web berita politik itu menyediakan 35 juta halaman kepada 1.7 juta pembaca, demikian menurut data perisian penjejak populariti Google Analytics.

Klik tajuk artikel, untuk baca selanjutnya



Walaupun berdepan dengan persaingan daripada laman web baru dan blog, selain akhbar harian, Malaysiakini masih berpengaruh luas dan diminati ramai.

"Memang menakjubkan, kami masih berjaya berada di tangga teratas walaupun pembaca perlu melanggan (untuk membaca).

"Membandingkan kami dengan laman web percuma ibarat air galian dengan air paip," kata ketua pengarangnya Steven Gan.

Menurut enjin pemeringkatan Alexa, Malaysiakini sering terletak di atas The Star sejak tahun lalu, dengan Utusan Malaysia di tangga ketiga, manakala New Straits Times dan Malaysian Insider masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.
-mlaysiakini


post signature