'Post-moterm' persendirian - PRK

Friday, April 10, 2009




Hanya pandangan peribadi saya sendiri - IZAM ISMI

SAYA golongan atas pagar yang hanya melihat yang terbaik dan benar. Saya terkejut juga dengan kemenangan Pakatan Rakyat. Apa lagi BN dah wawarkan yang mereka telah menang dengan undian bancian rahsia?


Pelikkan tapi nampaknya 'over confident' bawa rebah apa lagi kalau terlalu berbangga dan yakin tak tentu pasal. Contohnya pemilihan Umno baru-baru ini ni, calon favourite jatuh merundum. Apa yang saya kesal terdapat beberapa calon yang memang bagus terlangkup juga - mungkin mereka terlalu bersih kot?

Mengenai pilihanraya ni, saya tak hairan sangat kalau kat Batang Ai dimenangi BN sebab saya tenguk keadaan sana agak kurang segala-galanya - terpaksa bersampan, kurang kemudahan dan masyarakatnya belum betul-betul mengerti tentang apa itu kemajuan dalam erti kata yang sebenar. So senanglah kot golongan ini di beri umpan dan bermacam dakyah yang meragukan (baik kerajaan atau pembangkang) . Tak salah pengundi juga sebab maklumat yang diberi kurang liputannya cuma yang banyak apa yang dapat dilihat dalam TV.

Tapi saya terkejut juga sebab jumlah undi yang dimenangi opposition agak banyak juga - ini suatu yang tidak boleh dipandang rendah oleh BN. Mengenai Bukit Gantang dan Bukit Selambau, saya lagi terkejut sebab sebelum ni saya rasa BN berpeluang cerah. Dari apa yang saya dapat lihat berlaku di saat-saat akhir dan genting ialah :

1) Rakyat mulanya sudah hampir terarah kepada BN

Tetapi penyalahgunaan terlalu banyak pihak keselamatan membuatkan mereka rimas dan marah apa lagi aktiviti harian mereka terganggu. Kadang macam nak berperang pun ada. FRU sana FRU sini, Special Branch sana, Special Branch sini, sembur sana, sembur sini. Jadi nasihat saya lepas ini bagilah FRU tu berehat. kasihan pula tengok polis kena bertugas atas arahan yang tak tau hujung pangkal. Kalau zaman darurat lain lah...

Perlu diingat rakyat tak boleh dilayan macam orang salah. Ini adalah satu sebab utama kejatuhan BN. Apa lagi rakyat boleh menganggap mereka ni dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menangkan BN. Tengoklah kejatuhan di Kuala Terengganu dulu.

2) Sentimen anti seseorang pemimpin itu masih tebal di hati rakyat.

3) Tarikh yang terlalu lama untuk mengundi pun ada sangkut juga. Rakyat dah mula bosan dan terfikir ada udang di sebalik batu ke? Apa lagi diadakan lepas mesyuarat Agung dan umpanan pembebasan tahanan ISA yang tertinggal lebih 30 orang lagi di belakang? Dan akhbar Harakah & Keadlian dibenarkan pada saat-saat akhir?

Diharap BN ubahlah jadi betul-betul di hati rakyat. Jangan pergunakan harta kerajaan (TV/keselamatan /jabatan/suruhanjay a) untuk berkempen. Hapuskan rasuah di kalangan ahli. Jangan aniaya pembangkang.

Bertandinglah secara gentleman. Jadi kalau kalahpun, BN tetap di hati rakyat dan dihormati rakyat. Maaf, ulasan saya agak peribadi tapi tidak sangkut mana-mana pihak.
-IZAM ISMI
Hasan Ibrahim assan.ib_07@yahoo.com



post signature