Siapa pengkianat Melayu? kata Anwar diBeserah

Sunday, April 19, 2009



Pada malam tadi, 18 april kami berlima bertolak ke Beserah Kuantan untuk mengikuti siri ceramah Dato’Dri Anwar Ibrahim yang di adakan di pejabat baru PKR Kuantan, di Beserah. Hampir jam 9.00 malam itu kami sudah melepasi Bandar Kemaman.


Lebihkurang 20 minit perjalanan, kami tiba di Gebeng berhampiran dengan pelabuhan Kuantan dan kami berhenti disebuah restoran untuk berehat dan makan malam. Restoran Yala, yang menyediakan masakan Thailand itu menjadi pilihan kami, selesai kami makan kami terus bergegas ke Beserah. Dalam perjalanan itu kami sudah tidak dapat mengelak lagi untuk berbual bual dalam kancah politik semasa.

Cerita terbaru yang dibualkan termasuklah ‘kata kata Dato’Najib yang membayangkan ke engganan pihak kerajaan atau BN untuk bertanding dalam PRK di Penanti, Pulau Pinang, ekuran dari perletakan jawatan oleh Fairus dari PKR di kerusi Penanti itu. Jam 9.55 minit malam kami tiba dilokasi ceramah itu.Untuk mencari parking kereta, kami sudah mengambil masa lebih kurang 15 minit dan berjalan lebihkurang 500 meter pula untuk sampai ke tempat ceramah yg sedang berlangsung itu. Kesebukan tempat mencari parking kereta dan berjalan agak jauh juga itu, sudah menunjukkan tanda tanda sambutan yg bakal diterima di majlis itu.

Kami melalui jalan belakang untuk menuju ke pentas, selepas 10 minit mendengar penceramah kedua berucap iaitu Fauzi Ab Rahman, yang juga merupakan bekas Adun Beserah dari BN, beliau menjemput penceramah terakhir pula untuk membuat ucapan, ia itu DSAI yang diiringi dengan tepukan gemuruh dari para hadirin.

Pelbagai isu telah disentuh oleh DSAI , antara yang sempat dirakamkan disini termasuklah beberapa orang ahli Parlimen bertemu DSAI sendiri ketika rehat sidang, sambil memberitahu DSAI agar kembali semula ke majikan lama nya BN. Mereka berkata “eloklah DSAI kembali semula ke pangkuan UMNO, untuk menyelamatkan UMNO yg hampir karam” dan DSAI dengan berkata dengan baik, “kamu bila UMNO sudah hampir karam, baru suruh aku datang menyelamat, nanti dengan aku aku sekali yang karam” dan diiringi sorakan dari para hadirin.

Ada pula wakil wakil dari UMNO yg bertemu DSAI ketika rehat sidang parlimen, dan berkata “saudara DSAI you tegurlah Ir Nizar itu, dialah pengkianat melayu sekarang ini” kerana berekar ekar tanah telah diberi kepada bangsa asing, ia itu kaum China di Perak, kita walaupun berlainan politik, tetapi kedaulatan melayu mesti dijaga, ini bangsa kita tambah mereka. Dato’ Sri Anwar bersuara “Dato’Nizar beri tanah itu kepada kaum China yg punyai tanah TOL yang sudah bertahun tahun mengushakan tanah itu, dan mereka ini berpendapatan rendah buka yg kaya raya, kata DSAI. Ahli2 UMNO itu tetap mempertahankan yg Dato’Nizar ini sebagai pengkiananat bangsa, mereka berkata lagi “orang melayu yg miskin masih ramai lagi, kenapa tidak diberi tanah”. DSAI menjawab “berapa luas sangat tanah yang diberikan itu dan tanah itu untuk di ushakan untuk penanaman sayur, kenapa kamu katakan Dato’ Nizar pengkianat bangsa?

Kenapa kamu tak kata pengkianat bangsa kepada ‘pemberi’ tanah di Genting Highland kepada Lim Goh Tong? Tanah disana nak ditanam sayur ke buat tempat judi? Tambah DSAI lagi, “kenapa kamu tak kata pengkianat bangsa melayu kepada ‘pemberi’ tanah di bukit Tinggi Pahang kepada Berjaya Group? Siapa Berjaya Group? Itulah taukey judi ternama Vincet Tan. Pulau Redang di Terengganu juga diberi kepada Vincent Tan, sebenarnya siapa yang pengkianat bangsa?

Ahli2 parlimen itu tetap mempertahankan nya, sambil berkata lagi “itu dulu, sekarang UMNO sudah sedar”.. fikirlah sendiri.

Itu belum disentuh lagi twin tower untuk Ananda Krishnan atau pun pulau Singapura di beri kepada siapa?

Dalam ceramah itu DSAI turut menyentuh mengenai PRK Penanti yg bakal diadakan walaupun Dato’Najib sudah membayangkan yg BN kurang berminat untuk bertanding, kerana membazir duit yang banyak dan sebagainya, pelik juga bila beliau berkata begitu, yang sebelum ini tak sedar ke?

Perletakan jawatan Adun Penanti oleh YB Fairus, kesah PRK di dua bukit dan Batang Ai itu, dan banyak lagi pekara pekara lain yg kaitkan itu.

Difahamkan seorang ahli UMNO dari Kg.Tiram, Zulkifli AbGhani 50 tahun menyerahkan borang ahli PKR untuk menjadi ahli setelah Dato'Sri Anwar selesai membuat ucapan nya.

Pada hari itu di Kuantan agak ‘sengit’ kerana pertembungan dua jaguh politik tanah air, di Padang MPK 1 Kuantan, Dato’Najib sedang ‘berintraksi’ dengan rakyat Disbelah pagi nya dan di Beserah Kuantan pula Dato’Sri Anwar Ibrahim menerangkan sesuatu kepada rakyat dibahagian malam nya, dan saya tak mahu lagi bercerita dengan sambutan orang ramai terhadap ‘kehadiran’ Anwar Ibrahim ini, kerana saya masih lagi ‘menunggu’ berita suasana di majlis satu pihak lagi yang di dihadiri oleh Dato’Najib itu.