Tamaddun Pilihanraya Kecil

Tuesday, April 28, 2009





Dengan berlalunya pilihanraya kecil di tiga kawasan baru baru ini, turut membawa bersama pelbagai kemelut yang menyesakkan rasa kepada beberapa perbadanan di negara kita ini. Kepanasan yang dialami kalian itu, mula dikaitkan dengan parti pembangkang yang disebut sebut sebagai pembuat kerenah yang banyak mengecewakan kerajaan pemerintah, khusus nya SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya itu sendiri.


Pihak SPR sudah pun membuat pertemuan dengan beberapa buah parti politik sama ada dari BN mahu pun dari pihak pembangkang, Pakatan Rakyat di Puterjaya khamis lalu. SPR yang melahirkan rasa kecewa setelah menerima tamparan hebat dari Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Dato’Mustafar Ali selaku Pengarah Pilkihanraya PAS dalam majlis itu.

Pendekatan baru yang diperkenalkan oleh SPR dengan menjelangnya piliharaya kecil di Penanti itu nanti, ditolak dan di bidas oleh perwakilan Pakatan Rakyat secara total.

Sebaik saja berlalunya PRK di dua bukit dan satu batang itu pihak SPR terus melaung laungkan beberapa usul yang bakal dilaksanakan di pilihanraya pilihanraya yang akan datang. Secara sepontan PRK Penanti bakal di adakan pada 30 mei ini, maka usul yang dicadangkan itu terus mahu dilaksana dan SPR mahu ianya diterima atau di ikuti oleh parti parti yang bertanding.

Lahirlah hasrat yang melarang ‘ bangsal panas’ dibina ditempat tempat mengundi, melarang berkempen dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang pada hari membuang undi dan supaya mengurangkan jumlah para penyokong pada hari penamaan calun, hari mengundi atau pun semasa pengumuman keputusan, itulah antara pendekatan baru dari SPR untuk menghadapi hari pilihanraya kecil nanti.

Timbalan pengerusi SPR Dato’Wan Ahmad Wan Omar berkata “parti parti dari Pakatan Rakyat menolak usha usha SPR dan Pakatan Rakyat lebih suka keadaan tegang dan tidak menghormati undang undang” apabila difikir semula, inilah kata kata yang boleh disifatkan sebagai ‘kurangmatang’.

Boleh dikatakan begitu, selama ini atau sejak lebih 50 tahun lalu siapa yang tak hormati undang undang? baru baru ini siapa yang mencabul petugas perempuan Parti Keadilan?

Motif sebenar unsur unsur yang membawa kepada ‘tercipta’ nya pendekatan baru itu, tak perlulah hendak didolak dalek lagi, ramai yang sudah mengetahui, ‘sekilas ikan di air’ sudah tahu jantan betina nya. Kalau ‘pendekatan baru itu’ baik dan cantik kenapa baru sekarang mahu dilaksanakan? Hampir 60 tahun yang lalu apa cerita? setelah tumbang di banyak tempat kebelakangan ini (tidak bermaksud riak) dan kebangkitan ramai rakyat jelata, barulah pendekatan baru hendak diadakan, itupun PRK Penanti telah dibayangkan ke engganan nya untuk meletak calun bertanding. Tak tahulah sama ada lucu atau sebaliknya apabila sebuah parti pemerintah tidak mahu bertanding dalam pilihanraya kecil.

Sebagai contoh kita ambil disini, antara usul yang dikatakan tadi “dilarang berkempen dari pukul 8 pagi hingga jam 5 petangpada hari mengundi” ini pun kita kena pastikan kempen di TV dan akhbar akhbar pada hari itu masa yang sama juga mesti diharamkan.

Saya pun malaslah atau tidak mahu lagi menyentuh beberapa ‘keajaiban’ yang disarankan oleh regu regu ini, ada yang buat cadangan mengambil tindakan atau denda kepada mereka yang meletak jawatan sebagai Adun. Ada juga tokoh kita yang mencadangkan “satu DUN mesti ditempatkan dua platun askar wataniah” atau 30 orang anggota dan apabila digabungkan untuk satu Parlimen, ia nya satu kompeni askar wataniah. Selama ini bukankah Negara kita ‘aman dan damai’? dan sekarang setiap DUN diperlukan angkatan tentera untuk menjaminkan keselamatan dan pengundian pos berjalan lancar. Katanya untuk mengelakan orang menjadi takut untuk keluar mengundi, sebelum ini bagaimana, dah 50 tahun siapa yang takut keluar mengundi? atau sudah berapa orang terbunuh kerana keluar mengundi?

Baru sekarang mahu dicadangkan, kenapa?. Secara tak langsung sudah menjadi setiap DUN mesti ada undi pos, siapa yang beroleh manafaat jika ramai pengundi pengundi pos? begitulah ‘pendekatan baru’ yang bakal dilalui semua, Malaysia Boleh!

- pelapis