Berhatihati di musim pilihanraya

Saturday, June 20, 2009




Saban hari sejak seminggu dua ini para pembesar negara kita meniupkan sentimen yang membangkitkan ‘rasa’ terhadap ahli ahli dan penyokong Pas khas nya. Kata kata yang agak menghiriskan itu turut diambil kira oleh rakan rakan dalam PR itu sendiri.

Pada 16 jun lalu Datuk Najib berkata, beliau tidak menolak sebarang kerjasama dengan PAS yang boleh memberi kebaikan untuk negara. Katanya, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Abdul Hadi.



Ekuran dengan beberapa kenyataan itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jaaludin juga menyuntik kata kata yang baik terhadap Pas, “kita bersedia dan ingin bertemu cepat dengan Pas” serta mula nampak kesediaan dan keikhlasan pihak Pas sendiri yang boleh mennyelesaikan masaalah bangsa dan kebaikan negara kita. Dengan tidak semena mena bangkit pula Ketua Pergerakan Wanita Umno, Puan Shahrizat Jalil memainkan peranan objektif yang ada.

Baru baru ini Shahrizat dilaporkan berkata akan menghantar jemputan kepada Dewan Muslimat PAS untuk mengadakan perbincangan dalam isu-isu yang menyentuh penyatuan kaum Melayu-Islam di negara ini. "Saya selaku ketua pergerakan Wanita Umno, akan mengutuskan jemputan kepada ketua Dewan Muslimat PAS untuk kami kaum wanita duduk berbincang bagaimana boleh menentukan penyatuan kaum Melayu Islam yang sedia terjalin di negara ini,'' katanya dalam satu kenyataannya semalam.

Ahli dan penyokong Pas harus berhati hati dengan beberapa luahan pemimpin pemimpin ini, lapuran dari setiap media yang terus mengocakkan gelombang politik mutakhir ini perlu dikenalpasti. Janganlah kita mengambil terus dengan apa yang dikata untuk dibuat kata putus dalam hal ini. Dimusim musim beginilah kalian turun menangguk di air yang keruh. Sentimen di nobatkan, apa lagi sedikit keriuhan di muktamar Pas baru baru ini dan beberapa kenyataan dari mursyidul ‘am Pas terhadap beberapa pimpinan Pas sendiri dalam desas desus mengaitkan dengan kerajaan perpaduan.

Mereka mengambil peluang ini demi mengecek hati para rakyat, dengan tersenyum dan manis berkata, ‘Pas mudah di dekati, Pas sekarang semakin ikhlas, Pas sudah bersedia untuk merubah demi kebaikan negara’, kenapa baru sekarang mula berkata yang Pas ikhlas, yang Pas bersedia berbincang? Dan kenapa sebelum ini tidak? ‘Pas jumud, Pas hanya mempermainkan agama. Kita hendaklah positif mengambil iktibar dalam banyak pekara. Mereka mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan segera apabila timbul sedikit ‘perselisihan pendapat’ dalam pimpinan Pas dan ditambahkan lagi dengan persiapan masing masing untuk menghadapi pilihanraya kecil di Manik Urai nanti.

Semua ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kita petunjuk dalam menghadapi hal ini yaitu dengan ber-tabayyun. Allah SWT berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika
datang kepadamu orang fasik dengan membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (QS: Al Hujurat [49]:6).

Saya tidaklah bermaksud untuk mengatakan fasik, tetapi untuk sebagai panduan dan pengajaran, kita telah diturunkan ayat ayat NYA untuk dijadikan pengiktibaran kepada kita semua untuk mengelakkan melakukan kerosakan dimuka bumi ini. Itulah peranan medai kita, apa yang dikata kepada wartawan tidak sama dengan apa yang dilapurkan didada dada akhbar, sebagaimana pada 15 jun lalu. Pihak akhbar terus meutarbelitkan kenyataan Tok Guru Nik Aziz dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya. "Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu” dan "Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.
- sumber Hrk/editor4