Pembesar Negara & Batu, tidak dapat di pisahkan lagi

Friday, July 31, 2009



31 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin.





Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.

Terdahulu C/Insp Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk "Pahlawanku" sebaik sahaja tiupan "Last Post" bergema dan bendera Malaysia diturunkan.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.

Hari Pahlawan disambut bagi memperingati mereka yang terkorban demi mempertahankan negara, dan majlis kali ini dimulakan malam tadi dengan kehadiran Perdana Menteri ke majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negara di sini.

Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai sejak tahun 1960-an memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.

Antara tidak faham atau tidak tahu mahupun berpura pura tidak tahu, pekara ini sudah berpuluh tahun berlanjutan. Beberapa orang mufti kerajaan negeri saban tahun mengingatkan yang mana perlakuan ini amatlah di tegah se iring dengan kedaulatan agama Islam itu sendiri yang menjadi agama rasmi negara ini.

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.” - http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371.

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu. - http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428

Ramai rakyat amat berdukacita dengan perkembangan ini, jika begini sikap pemimpin yang memimpin kita sudah tentu ia adalah satu gambaran buruk yang terus di amalkan sejak berzaman.

Walau pun menerima berkali kali teguran dari mufti yg di lantik nya, namun tidak memberi kesan. Hendak di fikirkan pekara ini selaras dengan beberapa "fatwa" yang dikeluarkan kebelakangan ini, tetapi tetap gagal untuk di sinambungan dengan ketetapan yang di beri. Islam Hadhari, 1Malaysia mahupun Rakyat di dahulukan, pasti nya tidak menepati konsep yang di laung laungkan apatah lagi pekara 'meletak kalung di tugu' ini sudah lama menjadi tradisi, ia itu sebelum wujud nya 'Islam Hadhari @ 1Malaysia' lagi.

Mufti Perak, bekas Mufti Perlis dan mufti2 yang berpegang dengan keagongan Islam sudah beberapa kali memberi pandangan, namun kalian terus menutup teliga.

Tak tahulah. Tidak faham, buat-buat tak faham, tak faham Bahasa Melayu ? Tak tahu apa nak cakap lagi, Selamat Menyambut Hari Pahlawan untuk mu!

ref:Bernama/editor4