3 dibebas termasuk Adun Terengganu?

Friday, August 7, 2009

Tiga lelaki termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu dibebaskan dengan jaminan, hari ini.

Mereka dibebaskan selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, memerintahkan setiap seorang membayar jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin sehingga tarikh perbicaraan kes itu ditetapkan kelak.



Peguam bela Adun berkenaan, Syed Azimal Syed Abu Bakar, berkata semua yang dibebaskan diminta melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan ditetapkan.

Menurutnya, perintah berkenaan dibuat dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan semalam adalah cuti hujung minggu bagi Terengganu.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh dihantar ke Hospital Daerah Kemaman selepas seorang daripada mereka mengadu sakit dada bagi membolehkan dia menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum prosiding diteruskan.


Ketiga-tiga tertuduh tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi menaiki tiga kenderaan dan dua daripada mereka termasuk Adun terbabit dilihat memakai topeng penutup muka dan topi.

ulasan:

Berita di ambil dari Harian Metro, lapuran nya mengatakan Adun Terengganu dan mengapa tidak di sentuh kawasan yang di wakilkan nya, iaitu DUN Kemasek. Lantas menutup muka, kalau tidak bersalah apa perlu di takutkan.
Kalian merasakan begitu malu dan menutup mula, walaupun kesalahnya belum terbukti lagi. - sedutan metro