Arak tidak mempengaruhi anutan agama saya Islam

Tuesday, September 15, 2009

Image Hosted by ImageShack.us


Ada tempat nya tidak sesuai apabila di katakan ‘kemana kuah kalau tidak tumpah ke nasi’ atau pun ‘bapa borek anak nyab rintek’ dan sudah banyak peribahasa atau simpulan bahasa yang sudah tidak kesesuaian lagi untuk kita mengambil kira mahu pun telah ketinggalan masa dan suasana sudah berubah.

Begitulah juga rangkaian orang orang berpengaruh di negara kita ini. Tidak ketinggalan juga kepada mereka ini, umpama nya tidak banyak beza dengan pembawaan masing masing.


Marina Mahathir cukup gah dengan Sister In Islam nya, kita pun tahu atau kena ambil tahu apa dia agenda yg di bawa oleh kumpulan ini. Selaras dengan Al Quran, As Sunnah atau Qias atau pun sebalik nya dan yang nyata ia nya tidak selari dengan Islam yang syumul. Abang nya turut mengambil kaedah yg sama, mempermainkan kesucian agama Islam yang di anuti nya sendiri, itulah Mirzan Mahathir.




Beberapa minggu lalu beliau memeranjatkan ramai di antara kita atau rakyat Negara ini. Tidak kurang juga yang ramai memekakan telinga. Kenyataan Mirzan Mahathir yang mengesahkan penglibatan nya dalam industri minuman haram atau arak di Filipina. Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau turut menganggap yg penglibatan nya dalam industri itu, tidak mempengaruhi anutan agama nya, iaitu Islam sebenar.

Mungkin fahaman intlektual nya yg cerdas itu, hanya menganggap meminum arak saja yg haram, sebab itulah dia berkata ‘pekara itu tidak mempengaruhi anutan agama nya’. Dia sudah lupa pembabitan di sektor ini turut mangganmitkan keharaman nya. Tidak kira siapa, pengeluar ke, pemandu ke, semuanya berkait. “Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Jadi jika begini ‘keinginan’ nya maka tidak dihairankanlah bagaimana keadaan pembawaan saudara saudaranya yg lain. Kalau kuah sebegini yg tumpah ke nasi alamat nya rosaklah masakan se belanga. Secara tak langsung pekara ini turut mencalarkan kewibawaan ahli keluarganya yang terhormat itu. Fikirkanlah sendiri!

- mJR