Berahim tolong keluar...

Monday, September 28, 2009


Sebelum ini sudah beberapa kali para pimpinan Pas menegur dan berhasrat agar ahli Parlimen Pasir Mas dapat merubah tindak tanduk nya yang agak berlawanan dengan arus pemerintahan kerajaan negeri. Hasrat kerajaan negeri pimpinan Pas, bukanlah bermakna mahukan beliau menurut segala acuan pemerintahan cara Pas, tetapi pentadbiran nya biarlah tidak terus membelakangi hala tuju Pas sebenar,

Walau pun beliau itu bertanding sebagai calun bebas, tetapi ianya mendapat restu dari Pas dan menggunakan lambang Pas di Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lalu. Pas membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket nya dan beliau menang. Tok Guru Nik Aziz pernah berkata “penyokong Pas ramai yang menyokong nya ketika itu walau pun masih ada sedikit dikalangan penyokong Umno yang mengundi nya”. Klik title untuk baca seterus nya

Klik title untuk baca seterus nya




Baru baru ini Nik Aziz turut bersuara agar Ibrahim Ali mengkaji semula kedudukannya sebagai ahli parlimen kawasan itu. Tindakan nya yang banyak berbeza dengan haluan parti pemerintah kerajaan negeri membuatkan orang ramai dikawasan nya mula jelak dan tertanya tanya dengan cara pembawaan nya. Nik Aziz yang sebelum ini tidak banyak berbunyi mengenainya, akhirnya mengeluar kenyataan supaya beliau melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas.

Pas kawasan Pasir Mas sudah lama meminta Ibrahim Ali berundur, kerana beberapa tindakan nya sudah banyak tersasar dari halatuju pemerintah kerajaan negeri pimpinan Pas.

Ibrahim Ali yg lebih terkenal dengan jolokan pangilan‘katak’ kerana sudah beberapa kali melompat parti, dari BN ke Semangat 46 kemudian BN semula, kemudian digugurkan dari jawatan ketua Umno Pasir Mas pada 2003 lalu. Beliau juga digantung keahlian Umno se umur hidup kerana bertanding pada 2004 atas tiket Bebas. Dalam pilihanraya kecil di Pangkalan Pasir pada 2005 Ibrahim Ali hilang wang pertaruhan nya selepas mendapat 415 undi sahaja dan di menangi oleh Hanafi Mmat dari BN.

Ibrahim Ali juga mempertikaikan kedudukan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, kerana sudah lama kata nya, sudah tua dan sakit sakit, eloklah beri laluan pada muka mujka baru. Beliau turut menyatakan yg beliau tak akan meletak jawatan kecuali pengundi dikawasan nya yang meminta. Ibrahim Ali turut mempertikaikan mengapa pihak Pas mengatakan beliau menang di Pasir Mas kerana Pas, tambahnya orang Pas menang sebab saya dan pada 2004 Pas hanya ada dua kerusi saja, dia saja yg betul dan syurga neraka hak dia kata Ibrahim Ali lagi kepada wartawan.

Pas meminta Ibrahim Ali mengosongkan kerusi Pasir Mas, dan tidak kesah sama ada beliau ingin bertanding semula atas bebas. Nik Aziz turut mencabar beliau melepaskan jawatan dan bertanding untuk menguji pengaruh politik nya. Yang mana Ibrahim Ali berkata “saya menjadi wakil rakyat, saya tak guna lima sen pun duit rakyat, saya guna duit gaji saya untuk rakyat”.

Di jangkakan selepas ini ‘perang mulut’ akan semakin hangat antara kedua tokoh ini. Di awal tahun dahulu ianya riuh sekejap, dan kebelakangan timbul semula turut mengaitkan dengan mursyidul Am sendiri yang mula menegurnya. Sementara itu difahamkan Ibrahim Ali tetap diterima rakyat, katanya beliau mengadakan majlis rumah terbuka dengan kehadiran orang ramai yg hampir 7000 orang dengan menyediakan 300KG daging, 10 guni beras dan 3 ekor rusa, sambutan orang ramai yg datang dari Pasir Mas dan kawasan sekitarnya.

-adunan2