Dr M jangan masuk campur

Saturday, September 12, 2009




Pemilihan parti MIC yang akan diadakan pada 12 dan 13 Sept ini terus meniti hari hari yang memanaskan. Presiden nya Datuk Samy Vellu mula menyuarakan suara yang agak pedas dalam pemilihan calun parti nya kali ini. S.Subramaniam turut menjadi calun untuk merebut kerusi sebagai timbalan presiden. Beliau memang terkenal dengan sikap tidak sehaluan dengan Datuk Samy Vellu.

Semalam Samy Velly membidas Utusan Malaysia kerana menyiarkan di muka utama berita yang beberapa orang tokoh menyuarakan agar Samy Vellu berundur dalam kancah parti nya itu. Mungkin beliau merasakan sedikit kepanasan setelah sekian lama memegang’ tampok pemerintahan’ kementerian Kerja Raya. Sami Vellu antara salah seorang menteri yg berkhidmat paling lama di Negara ini selepas Tun Mahathir. Sami Vellu sudah menjadi menteri kerja raya selama 22 tahun dan berada dalam cabinet selama 28 tahun. Beliau adalah menteri senior yg masih lagi mencari cari lagi kesenioran nya itu.




Menurut laporan The Star Online Samy Vellu, Presiden MIC naik berang apabila bekas PM Tun Dr Mahathir dikatakan telah menyatakan sokongan kepada Dato S. Subramaniam untuk jawatan Timbalan Presiden MIC. Beliau melenting dengan kenyataan Tun Mahathir itu dan berkata yg bekas PM itu tidak perlu mencampuri urusan parti nya MIC. Tambah nya semasa Tun berkuasa dahulu beliau (Tun) pernah mengingatkan agar parti-parti komponan tidak mencampuri urusan parti komponan yang lain.

Sebelum ini, Samy Vellu, yang mengekalkan jawatan tanpa bertanding Mac lalu, mengumumkan bahawa beliau akan menyokong Palanivel untuk mengekalkan jawatannya. Pertandingan untuk jawatan timbalan presiden adalah antara Palanivel, Subramaniam dan naib persiden Datuk S.Sothinathan.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pula, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya". Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan. "Apa yang berlaku kepada Musa Hitam, apa yang berlaku kepada Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Rasa nya inilah pertama kali beliau memperlecehkan Mahathir dengan agak keras, walau pun sebelum ini Mahathir sebelum banyak memkritik MIC tetapi beliau tidaklah membalasnya dengan sekeras itu. Tun Mahathir menyatakan sokongan nya kepada S.Subramaniam,melalui laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam.

Beliau sendiri yg sudah memenangi kerusi presiden sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berundur sebelum ini, tetapi masih lagi menjadi. Apabila orang lain menegurnya supaya berundur beliau marah, hakikatnya tidak berapa nak berundur lagi. Itulah Samy Vellu menteri senior kita.
-adunanpagi