H1 gagal, Muhyidin pula ingin ambil alih

Friday, September 4, 2009


Ahli tetap setia, Adun tetap setia dan hanya krisis dalaman sahaja. Kita boleh selesaikan. Dalam boleh selesaikan itu pun, ianya sudah berlarutan makan tahun. Kekuatan tersendiri kedua jaguhan kita ini tidak dapat tidak, turut mempengaruhi suasana kehidupan rakyat jelata di negeri Terengganu ini.

Nampak nya kekuatan Dato’ Hishamudin Husein yang pernah menjawat sebagai ketua Pemuda Umno itu, tercabar kepimpinan nya di Terengganu. Beliau yang sebelum ini di sebut sebut sebagai orang yang berkemampuan untuk menjernihkan kekeruhan arena politik semasa di negeri itu, Lantas beliau di lantik untuk menerajui kemampuan Umno di Terengganu. Namun jalan penyelesaian masih di cari walaupun pertemuan demi pertemuan di rencanakan. Kekusutan nya gagal untuk di leraikan, untuk mengaku kegagalan jauh panggang dari api.




Semalam TPM kita, Dato’Muhyidin Yassin pula menawarkan diri untuk menyelesaikan pertikaian ‘keluarga’ di antara MB Terengganu dengan bekas MB nya Dato’Idris Jusoh. Umum sudah mengetahui, ketidak serasian mereka ini banyak mengaitkan hal hal yang lain dalam pengurusan kerajaan negeri itu.

Mereka tidak sekata dan telah pun melahirkan suasana yang berantakan, maka timbullah apa itu ‘kumpulan 10’, dan baru baru ini terjadi pula ‘sms ugutan’ yang banyak mempengaruhi sidang dewan. Apabila menerima teguran dari pusat supaya semua Adun menghadiri sidang dewan, mereka semua patuh dan hadir tetapi lain pula yang berlaku dalam dewan. Semua Adun yang terlibat mengambil pendekatan “senyap” sebagai protes kepada MB Dato’Ahmad Said. Mereka mendiamkan diri dalam sessi soal jawab perkara berbangkit.

Yang nampak agak ketara nya dalam pekara ini, adalah penafian tetap penafian terus di hamburkan oleh mereka. “Ini hanyalah masaalah dalaman dan kecil sahaja” kita boleh selesaikan. Setiap massaalah yg kita hadapi ada jalan pemyelesaian nya. Begitulah keadaan kalian, sering menidakan apa yg berlaku. Sehinggakan lepas seorang, se orang pemimpin mereka silih berganti bertukar tangan untuk mengatasi kemelut itu.

Pada mula nya di peringkat negeri sendiri menyelesaikan nya, tetapi gagal. Dato’Hishamudin Hussein pula mengambil alih nya, namun hasil nya tak nampak kesan dan kini TPM pula, Muhyidin menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. Walau pun begitu Dato’Najib juga secara tak rasmi nya sudah beberapa kali melawat Terengganu. Untuk ‘menyilau’ krisis tersebut agak nya.

Sebenarnya rakyat Terengganu sudah memahami dan maklum dengan fenomena itu. Tidak perlulah untuk menderamakan nya pekara itu. Cuma hakikatnya sekarang sebahagian dari rakyat itu ‘berpura pura’ tidak mengerti dengan kerenah yang melanda negeri. Mereka tahu sebenarnya, tetapi untuk menjaga ‘keutuhan’ nya, kalian sanggup berbuat apa saja, demi menggambarkan kewibawaan kerajaan yang memerintah hari ini.

Semalam juga Dato'Muhyidin mengadakan pertemuan di Kuala Terengganu untuk merapatkan kedua dua kumpulan yg berbalah itu bagi memperbaiki hubungan baik nya, namun hasilnya tidak juga kesampaian.Dua tokoh utama dalam kumpulan ADUN Umno Terengganu yang menentang menteri besar tidak hadir di majlis untuk merapatkan barisan kepemimpinan negeri yang disertai timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Bila semakin serius krisis itu, barulah slow sikit berbicara, bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik berkata kunjungan dan perjumpaannya ini dengan pemimpin Umno negeri "adalah kritikal" bagi memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagi kepada sebahagian rakyat yang ‘satu lagi’ ini, mereka tetap mengambil tahu setiap rentak yang berlaku dalan kerajaan negeri. Kalian ini terus memerhatikan apa yang berlaku, maka terdengarlah beberapa desas desus nya, Adun Ajil begitu, Adun Kemasek begini dan itulah kemelut yang ternobat di negeri Terengganu. Jumpa lagi.

- mamatrompin