Tranungkite masih gagal beroperasi

Saturday, September 19, 2009


Hingga ke hari ini Laman Tranungkite online masih lagi tidak dapat beroperasi akibat di godam dengan serius, juga turut melibatkan beberapa laman yang banyak menyangkal arus termasuk Malaysia today dan lain lain. Kemungkinan cerita dan perkembangan nya akan di siarkan kemudian. - mJr

Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin daripada Warga Kerja Tranungkite Online (TKO) dan moderator.

Pihak kami meminta maaf TKO tidak boleh dilancarkan semula pada 17 September sebagaimana yang dijanjikan kerana mengalami beberapa kekangan, apatah lagi suasana di bulan puasa dan menjelang Hari Raya ini menyebabkan sebahagian besar mereka yang terbabit sibuk dengan pelbagai tugas.

Insya-Allah jika tiada halangan TKO akan muncul dengan perubahan yang besar. Perubahan ini mungkin akan menyebabkan sebahagian daripada kita akan terasa kelaianannya.

Harapan dan doa untuk kami kerana TKO masih lagi dalam proses "upgrade" yang melibatkan banyak perkara dan akan menjelaskan nya selepas hari raya nanti. Insya Allah.

Buat masa ini lawatlah laman-laman rakan reformasi yang lain untuk berita terkini.
Webmaster
18 September 2009