Undi Pos Laju di Bagan Pinang?

Wednesday, September 30, 2009



Sebuah badan bebas pemantau piliharaya MAFREL, berkata kerajaan memerlukan pengkajian semula kepada penggunaan system pengundian Pos bagi pasukan keselamatan sama ada pasukan Polis dan Angkatan tentera. Penglibatan system ini adakah masih lagi sesuai atau sebalik nya, memandangkan pertanahan Negara kita semakin setabil yang tidak seperti dulu ditahun 50’an dan 60’an mahupun di sekitar 70’an.


KLIK TAJUK, UNTUK BACA SETERUS NYA



Suatu ketika dahulu pasukan keselamatan kita lebih banyak berada di perbatasan mahupun di sempadan Thailand kerana terlibat dengan ancaman PKM, Parti Komunis Malaya dan gejala konfrantasi dengan Negara jira kita Indonesia. Maka keseuaian pengundian cara Pos ketika itu adalah perlu untuk di ambil kira. Ianya relevan untuk di laksanakan.

Sekarang katanya Negara sudah aman damai dan pelaburan ke negarakita cukup memberangsangkan dan sekarang sudah masuk ke abad yg baru 2009. Malaysia sudah berubah dan bakal menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020, kata pemimpin kita.


Hanya segelintir sahaja pasukan pertahanan kita yang masih bertugas di sempadan Thailand, itu pun ramai yg terdiri dari Unit Pencegah Penyeludupan. Angkatan tentera dan Polis tinggal di Kem Kem dan pasukan Polis menetap di quarters nya. Perkembangan semasa sudah lama berubah, tetapi undi Pos masih di adakan. Apaklah masih relevan atau punya agenda tersendiri? Begitu juga dengan cara pengundian Pos di jalankan, cukup banyak pekara yg di pertikaikan. Terlalu banyak rahsia.

Pengerusi MAFREL Syed Ibrahim Syed Noh, berkata “situasi sidah berubah, jika dulu pasukan keselamatan banyak berada di sempadan menyebabkan mereka sukar menjalankan tanggung jawab nya sebagai pengundi”, dan tambahnya SPR perlu mengambil kira dan memastikan ketelusan undi Pos.

MAFREL turut bercadang untuk bertemu dengan pihak SPR bagi membincangkan banyak pekara bagi kelancaran pilihanaraya. Jika ketelusan dalam system pengundian Pos, apalah salahnya jika pihak MAFREL di benarkan untuk membuat pemantuan perjalanan pengundian pos ini.

Di pilihanraya kecil Bagan Pinang yang di jadualkan pada 3 hingga 11 oktober ini, pihak pembangkang banyak mempertikaikan ketelusan dan cara pelaksanaan undi pos ini di adakan. Analis nya undi pos ini membantu pihak kerajaan dari banyak pekara.

Naib presiden PAS Salehuddin Ayob turut menyampaikan usul nya pada jam 11.30 pagi semalam di pejabat SPR di Puterajaya. Beliau berkata “sudah tiba masa nya anggota keselamatan di beri kebebasan dan tidak perlu di bayangi unsur unsur ugutan dalam hal ini”. Pimpinan PAS mempertikaikan kaedah ‘borang 2’ yang digunakan semasa pengundian pos ini, boring ini adalah kenyataan data @ pengistiharan identity pengundi pos itu yang di kepilkan bersama kertas undi. Apa maksud nya? sejak system undi pos ini di adakan, itulah caranya, dan banyak ‘rahsia’ lain semasa pengundiaan di jalankan.

Pihak pembangkang juga turut mempertikaikan dan mencadangkan kepada SPR beberapa pekara lain yangh melibatkan system undi pos ini, antaranya karung kertas undi atau peti undi yg sudah dijalankan tidak perlulah di simpanlagi di kem kem tentera dan balai polis, ianya eloklah dikawal sendiri oleh pihak SPR. Begitu juga dengan tarikh pengundian pos ini, adalah lebihbaik jarakmasa nya tidak terlalu lama dengan tarikh hari mengundi umum yg sebenar. Setulusnya eloklah kedua dua pengundian ini di lakukan serentak, untuk mengelakan pelbagai ‘hal’ yang timbul.

Jurucakap SPR bagaimana pun memberi tempuh masa untuk mengkajinya dan tidak akan melakukan nya di PRK Bagan Pinang ini nanti. Hal ini difahamkan semasa pertemuan dengan rombongan naib presiden Pas Salihuddin Ayob di pejabat SPR Puterajaya semalam.

- matjejakrasul