Ibrahim Ali pulanglah mu..kau istimewa!

Sunday, October 18, 2009


Datuk Ibrahim Ali
Ahli parlimen Pasir Mas, sudah membayangkan untuk kembali semula ke 'majikan' lama nya Barisan Nasional. Ketidakselesaan nya sudah dirasakan di Pasir Mas kebelakangan ini. Gaya lakunya kini sebagai ahli parlimen Pasir Mas mula mendapat pelbagai kritikan dari dari pimpinanan Pas selaku pemerintah kerajaan negeri.

 
Beliau dijangka akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat ini. Pekara ini sudah diagak akan berlaku juga, tidak kira pengundi di Pasir Mas sendiri atau para pimpinan kerajaan negeri mahupun beliau sendiri serta juak juak pembangkang di negeri itu..

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Mazlan turut berkata "jika Datuk Ibrahim Ali ingin kembali kepada Umno semula, beliau perlu membuat permohonan semula" dan sama dengan permohonan seperti biasa oleh orang orang lain juga. Ahmad juga berkata "Umno mengalu ngalikan penyertaan beliau yang juga selaku presiden PERKASA untuk kembali semula ke dalam Umno" dan segala keputusannya terletak MT Umno sama ada diterima dan sebagainya.

Ketua Penerangan Umno itu juga menganggap Ibrahim Ali sebagai orang 'istimewa' kerana mempunyai daya kekuatan nya yang memperjuangkan nasib kaum melayu. Sesuailah untuk berada didalam Umno. Umno menghargai Datuk Ibrahim Ali dan PERKASA kerana mendaulatkan perjuangan agama dan orang melayu.

Saya sendiri pun kurang memahami kata kata Datuk Ahmad Mazlan ini, dimanakah 'mertabat' agama yang Ibrahim Ali perjuangkan selama ini. Takkan acara perarakan burung 'petalawati' yang Ibrahim Ali lakukan dulu, boleh di anggap sebagai pejuang agama? (agama Islam). Pernah perarakan itu mendapat bantahan2 dari pelbagai pertubuhan dan membolehkan membawa ke pada syirik.

Walau bagaimana pun apa yang dilihat ketokohan Ibrahim Ali ini amatlah sesuai dengan 'jiwa' Umno itu sendiri dan kemana kuah jika tidak tumpah ke nasi. Walau pun tidak semestinya kuah itu tidak tumpah ke tempat lain adanya. - adunan sh18/10