Pertemuan dengan pelajar di Perancis

Wednesday, October 7, 2009



Tan Seri Isa Samad sudah menjalani hukuman di atas kesalahan nya dalam kes rasuah dan dia telah di calunkan sebagai Adun Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil ini nanti.

Difahamkan beliau begitu popular di kalangan masyarakat kawasan itu, dan beliau di lantik sebagai calun. Ketika bercakap semasa pertemuan dengan sebahagian pelajar Malaysia di Paris. Klik tajuk untuk seterus nya.

  

Katanya lagi Isa adalah calun yg popular di kawasan itu, diterima masyarakat dan kepimpinan nya di kehendaki setelah tinjauan di lakukan oleh pihak parti serta beliau sudah menjalani hukuman sebelum ini.

 

Inilah kefahaman Perdana Menteri kita terhadap Isa Samad dan beliau menerangkan ketika bertemu sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis. Apabila sudah menjalani hukuman tidak bermakna ianya sudah bersih, rekod tetap tercatit dengan sejarah yg di lalui. Itu baru hukuman sesama ‘group’ sendiri.

 

Tambah Najib lagi dalam perbualan nya dengan pelajar itu, “Datuk Isa ini bukan bersalah dari segi undang undang Negara, Cuma kesalahan teknikal dalam parti sahaja” beginilah kredibeliti perdana Menteri kita.

Ini bermakna perbuatan rasuah itu bukan satu kersalahan dalam undang undang Negara kita? Itu belum lagi di kaitkan dengan hukum agama Islam.

 

Datuk Najib memberikan riaksi kepada beberapa soalan dari para pelajar di sana. “beliau sudah jalani hukuman dan hanya bertanding sebagai calun DUN sahaja, bukan untuk memegang jawatan menteri”. Kalau begini tak mengapalah hanya kerusi Dun saja, beliau sudah terima hukuman dan kesalahan nya hanya masaalah teknikal dalam parti.

Maka beginilah amalan sebenarnya juak juak Umno dan lahirlah para pemimpin pemimpin nya yang ‘sudah di ketahui ramai’ akan kewibawaan nya. Adakah ini pemimpin yang di kehendaki rakyat, atau pemimpin yg di kehendaki oleh ketua nya?

 

Dalam perkembangan lain pula, Datuk Isa ini sering di sebut sebut sebagai seorang pemimpin yang di terima dalam masyarakat nya di kawasan itu, dan sudah berpuloh  tahun  berpengalaman  dalam bidang itu.

Datuk Isa ini di pilih menjadi calun oleh masyarakat di kawasan itu ke di pilih oleh Umno? Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Hasan pula berkata “dia sendiri yang menyuruh Datuk Isa bertanding” ketika bertemu di hospital.

 

Beginilah ‘kekuatan’ yang ada pada Datuk Najib semasa bertemu para pelajar di luar Negara, sebelum itu beliau turut di sambut oleh penunjuk perasaan orang orang Perancis gara gara “Monggolia” setiba nya di sana. Kalau dalam negeri riuh, kita perangi rasuah, kita menolak rasuah, bila sampai kat Perancis ‘ini hanyalah masaalah teknikal parti sahaja’ sedangkan yang berdepan dengan nya adalah pelajar pelajar yang cerdik.

 



- susunan tip s/harian6/10 by mamat