Ummi Hafilda nikah ahli perniagaan Iran?

Tuesday, October 20, 2009



PERSONALITI yang pernah menjadi saksi utama dalam kes kontroversi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali, khabarnya sudahpun bernikah dengan seorang lelaki separuh umur yang berketurunan Iran.

Lelaki itu khabarnya adalah seorang ahli perniagaan berjaya, bertaraf ulama dan berasal dari Teheran. Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, perkahwinan Ummi Hafilda Ali itu dilaporkan berlangsung sekitar bulan puasa tahun ini di sebuah majlis tertutup.

Ummi merupakan adik bongsu kepada selebriti Azwan Ali dan ahli politik yang juga naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali. Namun menurut sumber itu lagi, perkahwinan itu telah dirahsiakan dari keluarga dan tidak mendapat restu dari ibu Ummi, iaitu Mak Tom. Difahamkan juga, Ummi, 42, anak bongsu dari enam orang adik beradik, adalah isteri kedua kepada lelaki yang berusia awal 60an itu.

Usaha untuk menghubungi usahawan wanita itu bagi mendapatkan komennya tentang kesahihan berita ini, tidak berjaya dan mungkin akan di cuba lagi nanti.

- sumber ms18/10