Ada juga yg menuduh Blogger sebagai pelacur Politik

Wednesday, November 18, 2009

Dunia tanpa sempadan, pergerakan berita berlaku secara pantas dan kini di negara kita khas nya sudah melewati detik detik itu. Begitu juga dengan kepantasan maklumat yang disampaikan  melalui website termasuklah blog, facebook, friendster dan sebagainya. Kecepatan laluan berita  melalui siber ini sudah pun mengatasi saingan saingan yang lain, sama ada berita TV dan akhbar akhbar harian.

   

Begitu juga dengan para menteri atau pun tokoh tokoh politik dinegara kita, sudah mula menjengah dan sebahagian besar dari mereka telah pun terjun ke alam siber ini. Umpamanya Datuk Najib, Tok Guru Nik Aziz dan mantan PM kita Mahathir Mohamad, masing masing sudah pun berkecimpung ‘mewarnai ‘ agenda mereka menerusi blog mereka.

 

Tidak dapat tidak media ini sudah memainkan peranan besarnya dalam apa jua bidang. Pengaruh laman web cukup berkesan, kehidupan, perniagaan dan politik tidak dapat di sangkal lagi. Beberapa orang ahli politik turut ‘kepanasan’ dengan elemen elemen yg mangaitkan mereka di arena ini.

 

Pengendali blog misalnya, mempunyai pelbagai missi dalam mencari pengaruh pada setiap artikel yg mereka siarkan. Oleh kerana mereka ini mempunyai pelbagai ragam, pelbagai niat dengan mengenengahhkan  maksud  yg di utarakan melalui blog blog mereka, maka timbulah cerita cerita yang berbau fitnah, provoke mahupun hasutan. Walaupun banyak cerita cerita yg agak positif, tapi tidak kurang juga dengan cerita cerita di sebaliknya. Khususnya dalam berita berita yang menjuruskan kepada perkembangan politik tanah air.

 

Parti  pembangkang Pas, turut merasa kesannya dengan pengaruh dari blogger, sama ada blogger pro kerajaan mahupun yang pro pembangkang itu sendiri. Sehingga  Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad, akan menganjurkan  satu konvension Blogger yg pro kepada pembangkang pada 20 december nanti.

 

PAS memandang serius dan positif dengan  kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS, katanya, dan satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

 

Ramai Ahli Parlimen di Malaysia yang tidak senang dengan kewujudan banyak blog yang menghentam kerajaan dan blooger sudah ramai melanggar etika tambah mereka.

 

 "Saya terkejut kerana seorang ahli parlimen menghantarkan mesej melalui SMS menuduh ahli Persatuan Blogger Sabah sebagai Pelacur Politik," kata Ismail Rosli @ Endra seraya menunjukkan sms berkenaan daripada seorang ahli parlimen. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden 1, Persatuan Blogger Sabah. Begitu juga di semenanjung, sudah ramai ahli ahli politik sudah terasa bahang nya.

Itulah peranan para penulis blog dan beberapa cadangan telahpun dikaji bagi menggubal peraturan mengawalnya. Namun begitu kerajaan juga ada satu badan yg mengawal dan meneliti kandungan berita berita dari wadah ini.