Balak hilang Jabatan diam, lapuran semalam..

Friday, November 20, 2009

gambar hiasan

Satu kerja pembalakan yang di selimuti kontraversi telah dikesan berlaku di Kuamut Tawau Sabah. Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Zainuddin Hassan menulis surat rasmi dan mengajukan kepada Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan pada 15 november lalu.

 

Turut memeranjatkan juga apabila syarikat Danagaya Sdn.Bhd yang dimiliki seorang penjenayah antarabangsa, Michael Chia Tien Foh telah menjalankan operasi penebangan di cerun tingi Kuamut itu melalui Kalabakan untuk di bawa ke Pangkalan Lalangut Tawau.

 

Pimpinan PKR Sabah Zainuddin Hassan juga berkata “balak yg sedang di angkut ke Sandakan itu kini telah dilencongkan ke Pangkalan Lalangut pula”.

 

"Apakah balak tersebut boleh hilang daripada pandangan polis trafik, kastam, jabatan perhutanan, Agensi Pengawal Maritim Malaysia, Polis Marin dan sebagainya sehingga tidak ada pihak penguatkuasa yang menyedari bagaimana balak tersebut boleh sampai ke Pangkalan Lalangut yang begitu jauh?," tanya Zainuddin yang meyakini pihak berkuasa telah bersubahat dan telah dirasuah oleh Danagaya Sdn.Bhd kerana banyak balak melebihi saiz atau di bawah saiz ditebang di konsesi berkenaan.

 

Zainudin berharap agar ketua perhutanan Sabah itu, Sam Mannan dapat menyatakan secara telus bagaimana pekara ini boleh berlaku, Walaupun Jabatan Perhutanan Sabah telah mengeluarkan lesen pembalakan, tetapi ianya masih di tanggguhkan untuk siasatan. Seolah olah Danagaya Sdn.Bhd mendapat 'suaka' daripada Ketua Menteri Sabah telah membalak kawasan tersebut dan berjaya menyeludup keluar balak.

 

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat itu turut mempertikaikan Sam Mannan selaku ketua Perhutanan Sabah, bagaimana keberanian beliau ketika membantah pengwujudan Benta Wawasan di hadapan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad dan kini telah menyimpang daripada prinsip dan ketegasannya selama ini dan hanya menjadi keldai Musa Aman untuk menutup kejalangan yang dilakukan Danagaya Sdn.Bhd.

 

Zainuddin turut mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak  mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang begitu lembab menjalankan siasatan dan tidak langsung berkemahiran berhubung isu pembalakan haram, bagaikan tamsilan tujuh orang buta dengan seekor gajah!

 

- m/cahaya ref: Hafizjamail/sabah