"Hiburan cara Islam", kata Nazrey Johani memuji Pas Tawau

Wednesday, November 4, 2009


Baru baru ini Dewan Pemuda PAS Kawasan  Tawau Sabah, telah mengadakan satu konsert persembahan Kesenian Islam yang bertempat di Dewan Masyarakat Tawau . Dewan Pemuda PAS yang menganjurkan persembahan ini juga merupakan julung julung kali nya di adakan disini. Ianya turut melibatkan jabatan PASTI dan menjemput Juara Nasyid, Ihtifal Alam Ria PASTI 2009  dari PASTI Farah Ain Merotai  dan persembahan nya cukup menghiburkan hadirin.

  

Beberapa kumpulan nasyid turut di undang antaranya termasuklah kumpulan nasyid Unit Amal, Kumpulan Nasyid The Minds yang tidak asing lagi dari SMK Balung, juga kumpulan nasyid Unit Amal. Artis undangan yang di tunggu tunggu oleh para hadirin  pada malam ialah Ustaz Nazrey Johani, bekas vokalis utama kumpulan nasyid popular Raihan. "Inilah hiburan cara Islam," kata Nazrey dan memuji  Dewan Pemuda PAS Kawasan  Tawau sebagai pemganjur  hari itu.

 

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Tuan Haji Muhammad Husin., berkata di majlis itu "Ini merupakan satu bukti kepada masyarakat Tawau khususnya bahawa PAS tidak pernah menolak hiburan, asalkan dalam hiburan itu kenalah mengikut cara yang dibenarkan dalam Islam”

 

Beliau yang turut hadir pada majlis itu merasa gembira dengan kehadiran orang ramai yang mencecah 2 ribu orang, dan ini menandakan orang ramai begitu dahagakan hiburan yang bercorak ke Islaman dan yang boleh mendidik jiwa seterusnya mendekatkan diri untuk mentaati Allah subhanahu wat’ala.

 

Konsert itu yang bertemakan "Berhibur Cara Islam" di anggap berjaya  walaupun masa yang di peruntukan untuk berlatih agak singkat kata ketua kumpulan  ketua kumpulan nasyid Unit Amal, Adry Sabry.

 

Persembahan malam kesenian  juga eloklah di jadikan antara acara tahunan bagi Pas kawasan itu, sekurang kurang nya dapat juga mendekati rakyat jelata sambil menerapkan bilai nilai keperibadian yang tinggi, sejajar dengan tutuntan agama Islam itu sendiri.

 

- adunan S/kini by Maya