Anwar mensabotaj ekonomi kata Awang Adik

Tuesday, November 17, 2009



Keghairahan Dr.Awang Adik Husien yang mengulas agenda Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk ‘menyerang’ Datuk Najib, turut di pertikaikan oleh beberapa pihak. Kematangan politiknya sudah lama di ragui, apatah lagi dengan hasrattinggi nya untuk menjadi MB Kelantan pada pilihanraya ke 12 yang lalu.

  

Beliau mempertikai dan beranggapan usha usha yg di gerakan DSAI untuk ‘menyerang’ Tuk Najib itu adalah bakal mempengaruhi  kemasukan para pelabur ke negara ini nanti, dan secara tak langsung kebimbangan dengan pengaruh Anwar masih lagi menghantui beliau sendiri serta Umno itu khas nya. Walau pun sebelum ini juakjuak mereka terus menghentam Anwar dari pelbagai sudut, “Anwar sudah tidak relevan, Anwar agen Yahudi dan Anwar adalah pengkianat bangsa dan Negara”

.

 

Perlu diingat, pelabur pelabur luar bukannya mudah di perkotak katikan. Sebelum menanam modal di satu satu negara, mereka terlebih dahulu membuat kajian, bagaimana keadaan politik Negara itu, bagaimana suasana keselamatan di Negara itu dan bagaimana iklim perdagangan nya. Mereka boleh mendapat berita satu satu Negara itu dari pelbagai sumber, bukan hanya sekadar dari mulut pembangkang sahaja.

 

Anggapan Awang Adik Husien itu yang mengatakan Anwar Ibrahim ingin mensabotajkan ekonomi Negara ini konon nya biar semua rakyat tahu, inilah gaya dan taktik pembangkang.

 

Dimana mana system politik sama ada di barat atau di negara negara lain sekali pun, apabila pembangkang dan kerajaan sering tuduh menuduh dan serang menyerang, ini bukanlah bermakna yang pembangkang itu  ingin untuk ‘mensabotajkan’ ekonomi Negara. Ianya adalah lebih menjuruskan kepada menonjolkan kekuatan masing masing bagi memberi kepercayaan kepada rakyat.

 

Kalau begini keadaan nya bererti Anwar masih lagi berpengaruh dan sebab itulah beliau cepat cepat melenting bila diajukan persoalan yg Anwar akan ‘menyerang’ Datuk Najib.

 

Awang Adik ini menggambarkan Anwar mensabotajkan ekonomi negara, mengapa pula Anwar memusnahkan negara sendiri? dan seandainya jika pembangkang dapat memerintah negara ini, ia perlu jangka masa yg lama untuk memulihkan ekonomi yg sudah musnah itu setelah di sabotaj. Itulah pendekatan beliau.

 

Sepatutnya perkataan bodoh itu tidak keluar dari seorang cendikiawan atau ahli politik semacam beliau kepada tokoh politik yg lain, jika kematangan politik agak lemah inilah yg berlaku. Penilaian rakyat juga perlu di ambil kira.

- olahidea m/cahaya/halikzaman