Sekadar Pandangan Umum dari Dr. Aziz Bari - Seminar

Sunday, November 8, 2009



Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, penubuhan PAS adalah memenuhi perintah Allah yg mewajibkan kesinambungan risalah Islam.


Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim yang turut menghadiri Seminar Memperkasakan PAS, berkata, Presiden PAS turut mengariskan empat perkara penting dalam meneruskan perjuangan.

 

”Yang pertama, ialah menegakkan risalah Islam yg menyeluruh yangg menjadi risalah para nabi, kedua; mewujudkan saf kumpulan Islam yg teguh serta mempunyai izzah dlm menghadapi musuh, ketiga; sedia berjihad secara faham dan bijak, dan yang keempat wala' kpd Allah, rasulnya dan kepimpinan Islam,”katanya dalam pesanan ringkas yang dihantar kepada Buletinonline.

Dr. Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Penerangan negeri berkata, Naib Presiden, yang juga ahli panel bagi sesi forum, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah menolak kritikan, bahkan, setiap kritikan akan diurus dengan baik.

Tuan Ibrahim menghurai lanjut dan berkata, berbeza pendapat bukan bermakna kita perlu mewujudkan jamaah dalam jamaah dan Seminar yang diadakan hari ini merupakan lambang keterbukaan PAS.

”Besarnya jiwa kita (PAS) kerana sedia menjemput orang yang mengkritik kita (Aziz Bari – yang datang sebagai ahli panel forum),”kata Dr. Azman mengulang kata-kata Tuan Ibrahim.

Oleh itu, Tuan Ibrahim menyarankan agar setiap ahli dan pimpinan perlu menjauhi ruang-ruang yangg boleh menimbulkan fitnah dalam membuat kenyataan dan tindakan.

Mengulas berkaitan ahli panel kedua Prof. Dr. Abd Aziz Bari, Dr Azman berkata, beliau seolah-olahnya lebih kepada memandang mudah kepada persoalan yang dibangkitkan perwakilan.
”Jawapan banyak berbentuk 'anti thesis' dengan menafikan dia mempunyai agenda tertentu disebalik kenyataan yg disiarkan,

”Beliau sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempunyai data-data berhubung kenyataan yang dikeluarkan.

”Sekadar mengambil kira dari suatu pandangan umum yang menjadi bahan perbincangan umum,”jelas Dr. Azman

Menurut Dr Azman lagi, soalan-soalan perwakilan yang dikemukakan kepada Aziz Bari memang agak keras dan kemudiannya menimbulkan rasa kurang senang dikalangan perwakilan apabila beliau mengambil ringan dan memandang mudah sahaja.

”tidak mengambil kira sensitiviti, terutama berkaitan kritikan keras terhadap Presiden PAS,”tegasnya.

Namun, kata Dr. Azman, perwakilan menerima hakikat bahawa seminar yang diadakan hari ini 7 November, adalah untuk memperkasakan parti dan bukan membahas atau mencari kebenaran kenyataan akhbar ataupun membicara kesalahan-kesalahan Aziz Bari. - Buletinonline