Sikap hipokrik Utusan Malaysia tadi..

Wednesday, November 11, 2009

Gambar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia



Gambar yang disiarkan melalui Berita Harian


Bagi saya tidak hairan mana kalau Utusan Malaysia membuat lapuran tak lekang dari sikap 'penipuan' nya. Yang saya sangat hairan nya kalau Utusan Malaysia membuat lapuran tidak menipu. Yang nyata setiap keputusan nombor magnum 4 Digit tak ada penipuan. Maka timbulah jumlah kehadhiran sesuatu 'perhimpunan' yang berbeza beza, Utusan kata 'yg hadhir  cuma 5 ribu orang sahaja, Berita Harian kata 9 ribu dan Bernama kata 15 ribu', begitulah dunia mereka.



Payung yang berlambang dacing Barisan Nasional pun sudah di padamkan, mungkin ada sesuatu yang di bimbangkan. Payung berharga '10 ringgit' pun takut di bayangi BN apatah lagi pekara yg bernilai lebih dari itu.


Lihat contoh gambar di atas , sebagai bandingan dengan apa yang di kata. Berita beberapa akhbar yang di lapurkan tadi 11hb11/09.