Bersedia pilihanraya kecil Parlimen Batu?

Monday, December 14, 2009


Parlimen kawasan Batu Kuala Lumpur, ada berkemungkinan di adakan satu pilihanraya kecil sekiranya Ahli Parlimen PKR kawasan Batu Tian Chua gagal dalam proses rayuan nya bermula 29 Januari ini.



Beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat di Parlimen Batu setelah dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda RM3,000 kerana didapati bersalah menggigit tangan konstabel Rosyaidi Anuar dalam satu pergelutan di depan bangunan parlimen 11 december 2007 lalu.



Beliau berkata “tak mahu merayu lagi” jika rayuan kali ini gagal. Biarlah parlimen Batu di adakan pilihanraya semula, Tian Chua juga turut menjangkakan yang mana proses rayuan ini akan mengambil tempuh yang agak lama dan berkait juga dengan peraturan pilihanraya itu sendiri.



Beliau juga menjangkakan BN akan berusaha keras untuk merampas kerusi parlimen Batu ini seandainya di adakan piliharaya semula.



Tian Chua enggan mengulas apabila di ajukan wartawan mengenai harapan nya dalam kes rayuan ini nanti dan beliau berharap jika di adakan pilihanraya nanti eloklah ianya dijalankan dengan betul dan adil.



Ahli parlimen Batu itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat pada 22 Okt lalu, tetapi ianya di tangguhkan pula untuk menantikan keputusan dalam rayuan nya. Namun segala keputusan dalam kes itu se olah olah sudah bermain di benak kita.

-bumirel/ agd