Dedah dan seorang editor laman berpengaruh diburu

Tuesday, December 29, 2009



Perairan Sabah juga merupakan salah satu lokasi yang manjadi tumpuan pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam melakukan beberapa tugas yang dipertanggung jawabkan. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia atau APMM turut mengunakan beberapa buah kapal termasuk bekas Kapal Perang Dunia Kedua dalam menjalankan operasi nya.

   

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia pernah mengadakan program nya yang mengundang para wartawan untuk turut berkongsi pengalaman dalam menjalani tugas tugas di peraiaran Sabah . Wartawan wartawan berpeluang melancong dalam pelayaran dengan KM Banggi sebuah kapal kepunyaan badan itu yang pernah menjadi pertikaian beberapa pihak baru baru ini.

Bebarapa orang officer nya yang pernah bertugas di TLDM turut diserapkan dalam APMM bagi menambahkan keberkesanan dalam menjalan tigas tugas yang berkaitan. Lt Madya Mohd Khair Baharom dan Bintara Muda Tadza adalah dua contoh personal berlainan pangkat dalam APMM tetapi daripada spesis yang sama kerana mempunyai ‘dua personaliti’; sebagai pegawai awam. Khabarnya turut memainkan peranan dan timbul beberapa kontraversi.

Memandangkan dua personel ini telah dicekup Anti Narkotik PDRM dan demi untuk ‘cover-up’ isu yang boleh mencemar imej Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipertanggung jawab menjaga agensi penguatkuasa ini, maka APMM Sabah bukan sahaja memindahkan dua fail sulit personel ini ke Putrajaya, malah menukarkan mereka jauh daripada Sabah untuk menutup mulut dan menghidar dari insiden yg pernah berlaku.

Bebarapa skendal yang di dedahkan turut melibatkan staf APMM ditukarkan ke Putrajaya yang juga banyak mengaitkan pelbagai ‘peristiwa’ yang memalukan . Mungkin wartawan dan rakyat kebanyakan tidak mengetahui kos sebenar perbelanjaan KM Banggi bagi setiap pelayaran; apatah lagi ianya terlalu mahal kerana mempunyai 72 krew dan menggunakan minyak lebih RM100,000, tidak termasuk bekalan makanan RM15,000 bagi setiap pelayaran yang dilakukan dalam tempoh dua minggu sekali.

KM Banggi yang dipatenkan atau diwar-warkan sebagai kapal tercanggih APMM hanya gah pada nama, namun apabila rapat ke jeti akan bertukar menjadi ‘sesuatu’ yang kurang enak di dengar.

Sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalakan siasatan dan menyoal beberapa kakitangan APMM sebagai saksi utama untuk membongkar segala skandal rasuah terutama penyeludupan minyak diesel melalui KM Berani dan KM Ikhlas.

Dalam pada itu, mesyuarat pegawai APMM Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini menemui jalan buntu untuk menyelesaikan isu yang dilaporkan Sabahkini kerana tidak ada pegawai yang berani mengesyorkan sesuatu. Kesemua pegawai yang menghadiri mesyuarat berkenaan melahirkan kebimbangan akan berlaku rombakan dalam APMM kerana isu dadah, pelacuran dan penyeludupan minyak diesel yang disifatkan telah mencemarkan imej APMM.

Editor salah satu laman blog yang berpengaruh pernah mendedahkan akan perbuatan penyelewengan yg dilakukan oleh badan itu, dan difahamkan beberapa orang sebagai penerajun badan itu mula merisik editor ini bagi berunding untuk membersihkan nama baik nya. Lebih melucukan, Pengarah APMM Sabah, telah menyalahguna kuasanya membawa wartawan belayar dengan kapal APMM untuk membuktikan kehebatan APMM yang menggunakan kapal perang dunia kedua dan dakwaan editori itu adalah meleset.

Namun amat menghairankan kenapa wartawan tidak di bawa ke Kapal KM Berani dan KM Ikhlas yang didakwa menyeludup minyak diesel milik APMM dan hanya menggunakan KM Banggi yang sebelum ini menjadi Agen Penyeludupan Syabu dan kegiatan kurang bermoral.

Sementara itu, Editor laman yg dimaksudkan itu yang berbulan madu di Langkawi melaporkan beberapa kelibat anggota APMM dan Risik APMM sedang memperhatikan gerak-gerinya dan terpaksa memendekkan percutiannya setelah merasa terganggu dengan kehadiran ramai pegawai APMM yang mengambil gambar daripada jauh dan sentiasa mengekorinya.

Terdapat juga sesaorang yg dicurigai sedang memeriksa semua Chalet dan hotel untuk mengesan jejak editor ini di Langkawi, namun gagal mengesan Editor ini yang dihubunginya baru-baru ini yang terpaksa bermalam di dalam bot laju sebelum berangkat ke suatu arah yang belum diketahui.

Bagaimanapun, dipercayai Editor berkenaan masih berada di Langkawi dan sedang menjalankan siasatan latar belakang pegawai APMM yang dipercayai berada di Kuala Lumpur kerana ingin membongkar enigma yang selama ini disimpan rapi oleh APMM sendiri.

-bumirel ref s/kini28