Atap genting bertukar asbestos di Kemaman semalam

Tuesday, December 8, 2009


Cuaca mendung bertukar panas, sesekali rintik rintik hujan masih lagi  turun. Baru baru ini Kg.Geliga Kemaman agak teruk juga dilanda banjir di setengah setengah tempat. Faridah Jaafar, 45, berasal dari Kampung Baru Geliga, Kemaman salah seorang pemilik rumah dalam ‘skim Rumah Mesra Rakyat’ telah mendiami rumah itu sejak setahun lalu.

 

“Nampak gayanya, rumah mesra rakyat sudah jadi rumah musuh rakyat” kata nya kepada Wartawan Buletinonline yang meninjau rumah beliau semasa kerja kerja menggantikan atap dan kayu kayu dirumah nya. Kayu sudah didapati banyak yang reput dan banyak yg rosak serta bocor ketika musim hujan yang baru melanda sekarang ini. Beliau mengambil peluang untuk membaikinya setelah cuaca panas dua tiga hari ini.


 

Faridah berkata, beliau telah menghabiskan wang sebanyak RM600.00 bagi membuang atap genting dan kayu tempat menyangkut genting yang reput itu dan yang lebih menyedihkan lagi beliau terpaksa menukarkan atap genting itu kepada atap asbestos kerana kekurangan wang. Menurutnya, beliau telah berkali-kali membuat aduan berkenaan kerosakan rumahnya kepada syarikat yang menguruskan pembinaan rumah-rumah mesra rakyat itu. Beliau berkata demikian dalam lapuran suratnya yang ditujukan kepada seorang pegawai Syarikat Perumahan Negara, syarikat milik kerajaan pusat.

 

Umno dan BN Terengganu yang menyediakan program perumahan mesra rakyat itu. tetapi sudah beberakali di adukan kerosakan nya tapi tiada tindakan apa apa. Terpaksalah dilakukan baikpulih sendiri. Terengganu memang sudah terkenal dengan ‘kekukuhan’ pembuatan bangunan bangunan nya. Rumah rumah rakyat dibina, masjid masjid di bina dan beginilah hasil nya pekerjaan dari ‘kontraktor terlatih’ yg mendapat tender dari mereka.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat yang turut bersama dalam tinjauan itu berkata, ia adalah satu penipuan dan penyelewengan yang sangat jelas dan berazam akan membawa kes tersebut ke pihak-pihak berkenaan untuk mendapat keadilan, dan tidak menolak kemungkinan membuat satu laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Tidak perlu menunggu lama, hanya menggunakan rumah itu selama setahun saja sudah terserlah ‘hasil’ nya. Untuk rakyat kerana rakyat dan rakyat diutamakan.

-bumirel ref:Buletinonline