Saya hanya ikut kawan kata tok siak Kuala Lumpur

Friday, December 4, 2009

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Arjunaidi Mohamad berkata “beberapa serbuan di buat di tiga lokasi pusat siber adalah berdasarkan risikan oleh pihak polis” dan pasukan polis telah menahan 28 orang di pusat pusat tersebut termasuk 5 orang penjaga di pusat siber Sungei Way Petaling Jaya.

  

Kelmarin satu operasi telah dilakukan di seksyen 5 oleh IPD Petaling Jaya dan pihak turut polis mencekup dua orang siak yang sedang asyik ‘bermain’ di pusat judi itu. Setelah di soalsiasat kedua dua orang siak itu mengaku adalah petugas di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

 

Teramat dukacita nya apabila salah seorang dari siak tersebut mengatakan “saya tidak tahu menahu hal ini, hanya mengikut kawan sahaja”. Beginilah keadaan nya, para petugas di masjip pun sudah tidak tahu menilai erti sebenar dan rakan nya  turut berkata ia berkunjung kesini hanya semata mata  untuk melepaskan kebosanan sahaja. Bertugas di masjid tapi melepaskan kebosanan di pusat judi. Entahlah tidak tahu pula sama ada terdapat juga orang orang yang bertugas di pusat judi tapi melepaskan kebosanan di masjid.

 

Walau bagaimana pun kedua dua mereka itu dibebaskan setelah keterangan di ambil dan tidak banyak beza  dengan lapuran baru baru ini, seorang wanita Cina mualaf yang sedang menunggu proses perceraian ingin mengadu nasib ke sebuah persatuan persendirian menjadi mangsa rogol pula.

 

Sebuah badan kebajikan tetapi memberi kemudharatan pula apabila orang mengadu sesuatu masaalah. Petugas masjid tetapi melakukan judi pula. 1Malaysia!


- bumirel